Tetamu Kehormat...

April 24, 2013

Zam Sindir Mat Taib

Sah hari ini Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib telah menyertai PAS kerana beliau tidak nampak Umno selama ini memperjuangkan negara Islam. Beliau mahu semua wanita berkelumbong dan hukum-hukum Islam lainnya dijalankan di negara ini, terutama di Lembah Klang. PAS menampakan penyertaannya sebagai suatu tangkapan besar kerana dialu-alukan oleh Presiden PAS dan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang menampilkan diri dalam sidang akhbar bersamanya.

Bagaimanapun, kepada Umno dan kepada rakyat seluruhnya, tindakan Mohd Taib ini bukanlah mengemparkan seperti kegemparan di kalangan PAS seolah-olah menyambut suatu kemenangan besar. Kepada Umno tidak rugi apapun, sebaliknya penyertaan Mohd Taib ke dalam Umno nilainya sama seperti jika Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS menyertai Umno setelah bertaubat. Sangkakan hanya artis yang berkeyakinan dengan menyertai PAS akan dapat membasuh dosa masa lalu dan terus diterima oleh Allah sebagai orang yang bersih untuk dihantar ke syurga, tetapi rupa-rupanya orang politik yang telah melalui proses kematangan dan pembersihan undang-undang juga boleh menggunakan logik ini: Masuk PAS bersih dosa, masuk Surga. Mohd Taib tentunya adalah di antara orang yang beriman kepada Fatwa Kafir Haji Hadi tambahan pula dirinya sendiri pun banyak berdosa, maka itu dia mengambil keputusan untuk tidak mati sebagai kafir Umno dan mahu ke Syurga sebagai Islam PAS. Kita ucapkan selamat ke syurga kepada Mohd Taib.Di sana tentu ada puteri raja dan wang berjuta.(Sumber klik di sini).

4 comments:

Nam Ron said...

tindakan Mat Taib menunjukkan perubahan sikap seorang umat islam sebenar!...setelah lama bergelumang dengan perkara mungkar bersama UMNO beliau memilih jalan akhir kehidupan beliau bersama-sama jemaah islam!..

Azli Shukri said...

salam tuan nam..jemaah yang terbaik jika benar2 sudah insaf adalah tablig..bukan PAS

hah! said...

Nam Ron, jika mat taib tahu dia bergelumang dgn perkara mungkar dalam UMNO, kenapa dia tak cegah kemungkaran itu dan tak perlu keluar UMNO....!Masuk PAS bukan UMNo nak dengar nasihat Mat taib!!!

PASBodoh said...

Jemaah Islam hanya ada dalam PAS? Jika begitu sesiapa yang sertai parti tokan jual pil kuda masuk jemaah neraka juga ke? Bukan aku cakap, pencacai Namrud yang cuba bermaksud begitu...