Tetamu Kehormat...

April 20, 2013

Yang Tinggal Hanya Seluar Dalam..

Nama Mustafar Ali tiada dalam senarai calon PAS. Dia tidak bertanding di mana-mana kawasan pun. Tak logik, jika tanpa isu besar - seorang yang berjawatan setinggi sebagai setiausaha agung parti tidak dicalonkan untuk bertanding sama ada di peringkat DUN mahu pun parlimen. Pasti ada yang tidak kena dengan Mustafar Ali ini. Masih nak berahsia? Blogger pencacai PR sibuk menyalak berhubung UMNO zalim kerana memecat Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding atas tiket bebas hari ini. Namun demikian, mereka lupa bertapa zalimnya Majlis Syura Ulama PAS tatkala memecat bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Naib Presiden PAS, Hassan Ali tahun lalu tanpa usul periksa dan dipanggil membela diri. Maka sebab itulah mengapa ramai orang berkata PAS sudah banyak berubah dan tidak lagi boleh dipercayai.


2 comments:

skodeng said...

PAS DAN KRONI2NYA KAN MCM AYAM TUA.. berkokok sane berkokok sini.. aljuburi penuh candu.

Azli Shukri said...

ye betul tu tuan skodeng..