Tetamu Kehormat...

April 9, 2013

Ya Allah Selamatkan Malaysia!

AIDCNews – 08/04/13 – Satu rakaman ceramah yang dibuat oleh Mohamad Razali bin Abdul Rahman, bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP mendedahkan bagaimanakah perancangan strategik parti itu untuk menawan Putrajaya. Pada Julai 2011, Mohamad Razali telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown di mana beliau turut mengesahkan beliau merupakan salah seorang peserta dalam pertemuan paderi di Pulau Pinang, 5 Mei 2011 yang ‘berdoa’ mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Majlis ‘doa’ itu diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister. Berikut merupakan transkrip ceramah beliau :

Pengerusi Majlis

Bismilahirahmanirahim…
Alhamdulillah

Yang kita hormati saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman, penceramah undangan kita. Elok juga saya mengenal beliau sepintas lalu. Beliau merupakan salah seorang mantan Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam dalam parti DAP suatu ketika dahulu. Dan banyak soal-soal, perkara-perkara strategi dalam parti DAP, kemungkinan beliau akan kemukakan. Jadi, itu sedikit latar belakang. Mungkin dia akan memperkenalkan dirinya masa sesi beliau dan sejurus selepas itu, saudara-saudara, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian diberi ruang sepenuhnya untuk mengemukakan soal jawab yang berkaitan dengan ceramah ataupun ucapan yang telah disampaikan oleh beliau. Dan saya rasa, saya tidak mahu mengambil masa yang begitu panjang. Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramah beliau, dipersilakan.
(Hadirin menepuk tangan)

Mohamad Razali bin Abdul Rahman
Bismilahirahmanirahim..Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh. Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaan dan izin-Nya dapat kita bertemu pada pagi ini. Ini merupakan kali pertama saya berada di Putrajaya. Kali pertama dalam hidup saya. Mungkin Tuan-tuan dan Puan-puan tertanya-tanya saya, siapa ni, tiba-tiba berada di hadapan Tuan-tuan dan Puan-puan untuk memberi satu taklimat. 

Terlebih dahulu di sini, saya ingin memperkenalkan diri sayalah siapa. Saya Mohamad Razali. Saya anak anak jati Pulau Pinang. Lahir di Pulau Pinang, besar di Pulau Pinang, belajar di Pulau Pinang. Telah pun berumah tangga, mempunyai dua orang cahaya mata, seorang sahaja isteri ya.

Saya ini bekas…bekas ahli DAP. Dalam DAP ini, untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, banyaklah jawatan-jawatan penting yang saya pegang semasa saya berada dalam pentadbiran DAP ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya ini merupakan bekas Setiausaha Politik kepada ataupun lebih dikenali sebagai Lim Guan Eng. Pegawai Tugas-tugas Khas dia. 

Saya juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong. Setiausaha Publisiti DAP negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Pulau Pinang. Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Jelutong. Selepas itu, saya merupakan Pengarah Pilihanraya untuk DUN Sungai Pinang di Pulau Pinang ini. Lepas itu, Pegawai Khas kepada YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong juga. Timbalan Pengerusi Melayu Pulau Pinang dan saya jugalah Timbalan Pengarah Strategi untuk pilihanraya negeri untuk tahun lalu. 

Saya juga telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Strategi dalam DAP ialah satu jawatankuasa, minta maaf..yang dilantik oleh Guan Eng. Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP. Lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Saya merupakan wakil orang Melayu yang berada dalam G 17.

G17 ini untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan adalah merupakan satu jawatankuasa sulit, hanya Setiausaha Agung dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja yang ada, yang lain semua tak ada. Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel. Latihan yang saya terima semuanya berbezalah daripada US, UK, Australia, Jerman, Kanada, Belgium. 

Di Malaysia ini, kami sempat buat di tiga tempat saja. Satu di Pulau Pinang. Lepas itu kami buat di Hotel Shangg di Johor dan satu lagi di Selangor, di Hotel Quality Shah Alam. Lain semua di luar negara. Saya kata saya dilatih tiga tahun oleh pihak Israel, jadi ideologi saya dengan Tuan-tuan dan Puan-puan berbeza lah. Saya cuma terima dua ideologi saja. Satu Malaysian Malaysia dan lagi satu fahaman Zionis.

Lain..semua saya tolak. Saya tolak semua. Dua ini saja yang saya terima. Saya lebih pentingkan parti saya ni daripada anak ke..bini ke..family ke segala-galanya, parti its more semua important bagi saya. Ini merupakan taklimat saya yang ke 105 dalam masa tiga bulan saya merantau hampir ke seluruh pelusuk tanahair. Ini yang ke 105 pada pagi ini.

Jadi, saya di sini ingin berkongsilah pengalaman saya, apa yang saya diajar oleh pihak-pihak Yahudi. Tugas utama saya Tuan-tuan dan Puan-puan. Tugas utama saya semasa saya berada dalam Kerajaan Negeri adalah merancang bagaimana nak mengusir orang Melayu ni keluar daripada Pulau Pinang. Saya tak tuduh orang lain, saya tak kata orang tu baik, orang tu tak baik. 

Saya adalah orang yang terlibat secara langsung isu tanah-tanah orang Melayu di Pulau Pinang ini. Isu di Pokok Asam di Jeletong, isu di Balik Pulau, Bayan Mutiara, pelupusan masjid yang berharga RM 125 juta ini. Sayalah orang yang terlibat secara langsung yang merancang supaya kita tukar tapak masjid itu ke bangunan komersial. Sayalah orangnya.

Saya ni bekerja di dua tempat. Satu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lagi satu dengan Ivory Property, salah satu pemaju yang terkenal di Pulau Pinang yang telah mengambil projek Bayan Mutiara. Saya dibayar hampir RM12,000 oleh Kerajaan Negeri dan RM4,000 oleh Ivory Property. Lebih kurang RM16,000 tak termasuk dengan elaun ataupun benda-benda lain lah. Boleh dikatakan RM20,000 lah sebulan. Cukup mewah semasa saya berada dalam kerajaan DAP ini, cukup mewah, terlalu mewah. 

Apa yang saya tak ada, semuanya saya dapat. Saya ni merupakan anak emas lah orang kata kepada Lim Guan Eng. Tapi saya tidak akan muncul di hadapan, tidak pernah muncul di hadapan. Selalunya akan berada di belakang tabir sahaja. Saya tidak dibenarkan muncul di hadapan.

Ini merupakan Ketua Pakar Strategi DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya. Di bawah dia lah kami enam belas (16) orang berada. Dia cukup pakar. Ini manusia yang cukup berbeza. Cara pemikiran dia, idea dia, lain daripada yang lain. Saya duduk dengan dia hampir tiga tahun. Memang tahulah cara dia. Berbeza, dia merupakan manusia yang cukup uniklah bagi saya. Pemikiran dia ni terlalu geniuslah. Susah nak dapat orang macam dia ni. Tapi apa nak buat, dia berada dalam parti DAP. Cukup berbeza. Satu manusia yang cukup istimewa Tony Pua ni. Itu untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Di sini, saya ingin berkongsi satu pengalaman saya, apa latihan yang diberi oleh pihak Yahudi. Dia cakap, cara-cara kita nak dapatkan idea atau ilham, katalah kita ada satu masalah tapi kita tak tahu jawapannya. Kita tak tahu cara nak menyelesaikan. Dia kata, cukup mudah. Cukup mudah dia kata. Gunalah tiga benda ni saja, dia kata kita boleh dapat jawapannya. Kita dapat tiga jawapan, pilihlah satu jawapan yang terbaik.
 
Dia kata yang pertama, kalau kita ada satu masalah tak tahu jawapan. Semasa kita nak tidur pada malam hari tu, ambillah sekeping kertas dengan pen, letaklah di sebelah kiri kita dan kita tidurlah sambil memikirkan masalah yang belum dapat jawapan. Kita tidur macam biasa tapi kita fikir masalah yang kita tak dapat jawapan.

Di tengah-tengah malam masa kita tidur tu, jawapan pertama yang kita akan dapat. Conform jawapan pertama yang akan kita dapat, dia kata, bangun dan tulislah pointnya, dia takut bangun pagi kita akan lupa. Lepas itu tidurlah seperti biasa.

Yang kedua dia kata, semasa kita mandi di pagi hari. Masa kita mandi di pagi hari Tuan-tuan dan Puan-puan, minda kita pada masa itu akan terbuka cukup luas. Masa tu Tuan-tuan dan Puan-puan cuba fikirlah masalah tu, jawapan yang kedua akan dapat.

Yang ketiga dia kata, semasa kita membuang air besar. Bila dia kata air besar, kami pun gelak. Merepek Yahudi ni, takkan masa buang air besar pun dapat idea. Dia rasa marah. Dia rasa kami yang tujuh belas ni (gelak), dia rasa tercabar. Dia bagi satu soalan kat kami suruh buat ketiga-tiga cara ni, esok pagi mailah dengan jawapannya. Kami buat. Tujuh belas orang ni buat.

Benda ni berlaku di Hotel Shangg, Perak. Kami buat ketiga-tiga benda ini. esok pagi Tuan-tuan dan Puan-puan, tujuh belas orang mendapat jawapan. Jawapan kami cukup berbeza, tujuh belas orang ni tetapi matlamat yang sama. Kalau Tuan-tuan tak percaya, cubalah malam ni, tak salah kita cuba. Cuba sekali cukup, tengok kelainannya macam mana, berbeza. 

(Tayangan gambar) Sebelah Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau merupakan Pengarah Urusan Ivory Property yang telah mengambil projek Bayan Mutiara. Bayan Mutiara ni bukan diberi secara open tender.
Kita bincang tentang isu ini pada 26 Mac 2009 di Medan, Indonesia. Saya telah membuat rombongan ni pergi ke Medan antara Ivory Property dengan Kerajaan Negeri. Kita telah pergi ke Medan berbincang, tiga hari dua malam di sana.

Kami telah berbincang tiga hari dua malam. Itu tidak diberi open tender. 2009..kita dah set dah nak bagi dekat Ivory Property. Harga sekaki tanah di Pulau Pinang, di tempat itu berharga RM420 sekaki tanah harganya. Bayangkanlah, projek itu bernilai lebih RM1 billion pada masa itu. Sekarang lebih lagi. Memang tak diberi open tender, dah diset kita akan bagi dekat Ivory Property.

Sayalah orang yang terlibat. Sayalah orang tengah antara Kerajaan Negeri dengan Ivory Property untuk projek Bayan Mutiara. Begitu juga dengan projek-projek lain yang sedang rancak sekarang. Sedang diusahakan terutamanya di bahagian Batu Feringgi tu, Island Resort Moon Light Bay..semua itu merupakan sayalah orang yang terlibat. Walaupun tak dapat kelulusan disebabkan lereng bukit tapi saya berjaya menggunakan kuasa yang ada kat saya mempengaruhi Kerajaan Negeri supaya memberi kelulusan kepada Ivory Property. Banyaklah saya buat di sana Tuan-tuan dan Puan-puan.

Merampas tanah-tanah orang Melayu, merobohkan kedai-kedai orang Melayu, sayalah orangnya. Kalau kami tahu dia tu tak sokong Pakatan Rakyat, tak sokong DAP, kami akan pastikan kedai dia akan diroboh walaupun dia ada lesen ke apa, kita akan cari teknikal apa pun untuk merobohkan kedai dia atau sekurang-kurangnya menyaman dia, bagi denda. Macam tu cara kami.

Kalau dia tu merupakan penyokong Pakatan Rakyat, you tak ada lesen pun tak ada masalah, kita akan benarkan you berniaga. Contoh saya boleh bagi. Tuan-tuan kalau pi ke Pulau Pinang, pergilah ke Jalan Yong Len berhampiran dengan Hotel Sunway, di sana merupakan penyokong-penyokong tegar DAP yang berniaga di sana. Mereka tidak mempunyai lesen ke apa, tak ada. Disebabkan mereka hardcore DAP, kita sanggup tutup jalan daripada pukul 4 (petang) hingga 12 (malam) untuk memulakan mereka berniaga. Sebab depa penyokong DAP. 

Kalau penyokong UMNO ke Barisan Nasional ke, padah akan menanti dia. Sampai macam tu saya buat. Saya merupakan orang yang merancang segala-galanya. Akan memberi nasihat kepada Lim Guan Eng atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Merekalah yang akan menjalankan tugas ini tapi kami tujuh belas orang ni tak akan muncul.

Begitu juga di Selangor Tuan-tuan. Tony Pua..Ronie Liu merupakan pakar strategi DAP. Hanya dua. Salah seorang Ahli Parlimen dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini yang berada dalam kepimpinan G17, yang lain itu semua merupakan orang-orang biasa saja.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa berada di Sibu sebagai Timbalan Pengarah Strategi untuk Pilihanraya Negeri pada tahun lalu. Saya sepatutnya berada di Sibu hampir dua minggu. Lepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Semasa dewan (DUN) dibubarkan, saya berada di Shanghai, China atas urusan rasmi kerja saya.

Jadi, saya agak lewat sikit datang ke Sibu. Apabila saya sampai di Sibu, tempat tinggal ataupun bilik hotel yang sepatutnya disediakan oleh DAP ini, telah pun diambil alih oleh rakan saya daripada Selangor.
Jadi, kita maklumlah bila dah bubar dewan tu, hotel penuh tiba-tiba, rumah sewa apa pun tak ada. Saya sampai di Sibu pukul 12 tengah hari sampai malam ni saya tak tahu nak duduk mana. DAP berusaha carikan satu tempat tinggal untuk saya. Tak dapat juga. Last, pukul 7.30 malam, barulah DAP membuat satu keputusan. 

Akhirnya saya telah ditempatkan di salah sebuah gereja di Sibu. Saya tinggal di gereja hampir dua minggu Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya sanggup tinggal kerana apa, perbezaan politik saya berbeza. Berbeza…saya duduk dua minggu di asrama gereja. Kiri kanan paderi-paderi daripada luar negara. Saya sanggup duduk.

Banyaklah paderi-paderi yang saya bertemu di sana ni. Mereka ingat saya ni orang India sebab muka nampak macam orang India. Sebab saya pun tahu empat bahasa. Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Tamil pun saya tahu, bahasa Mandarin pun saya tahu.

Jadi, mereka ingat saya ni orang India. Ada seorang paderi tu, semasa dia berjumpa saya, dia dok bercakap bahasa Tamil dengan saya, dia ingat saya India. Dia pun tak tanya nama saya, dia dok panggil saya brother ja. Saya pun panggil dia brother balik.

Saya tanya kat dia, apa you buat kat sini hampir lima tahun. Nama dia Martin. Beliau ni fasih berbahasa Melayu, cukup fasih paderi ni. Dia kata, dia dok di Sibu ni hampir lima tahun. Tanya kat dia, apa you buat lima tahun kat sini? Adakah ditugas nak ajar cara-cara nak sembahyang orang Kristian ke? Dia kata, tak. Yang tu bukan tugas dia. Tugas utama dia adalah untuk mengkristiankan orang-orang Melayu di Sibu.

Bila dia kata benda ni, saya rasa macam tak terkejut, biasa je. Oh macam tu ke, okay. Tanya balik kat dia, dah berapa ramaikah orang Melayu yang telah dikristiankan di Sibu? Saya tanya balik kat dia. Dia kata, terlalu ramai, lots. Dia kata, paling tidak sekurang-kurangnya dua orang Melayu akan dikristiankan setiap dua minggu. 

Bayangkanlah dia dok sana lima tahun, satu paderi. Tak termasuk paderi-paderi yang lain.
Saya nampak Tuan-tuan dan Puan-puan, depan mata saya ni. Dua orang gadis Melayu, pakai tudung labuh, pakai baju kurung, masuk ke dalam gereja. Mereka pergi ke mana? Tempat sembahyang orang Kristian dalam tu, dewan sembahyang. Tak tahu depa pi pasal apa. Saya nampak, lepas dua hari saya berjumpa dengan paderi tu. 

Saya nampak, remaja, awal 20-an..mereka masuk. Selepas saya berada di sana seminggu, saya sajalah nak tipu juga, masuk ke dalam menghampiri dewan sembahyang orang Kristian, nampak satu papan kenyataan, dia tulis apa, “Muslim and pet not allow,” “Orang Islam dan binatang tak dibenarkan masuk”, terpampang di sana. Saya cuma tangkap gambar. Lepas tu saya kembalilah tugas saya Pakar Strategi DAP. 

DAP bertanding 15 kerusi di Sarawak. Kami menang 12 (kerusi). Kali pertama DAP menang kerusi yang terlalu banyak, paling kuat yang biasa kami menang pun 6 (kerusi). Inilah kali pertama (menang).
Saya ni tugas saya di Sarawak adalah menghasut…menghasut orang-orang Iban supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Menghasut orang-orang Melayu supaya membenci kerajaan. Saya buat benda-benda ni Tuan-tuan dan Puan-puan.

Apa yang saya diajar oleh pihak Yahudi tiga tahun, saya jadikan Sibu ini sebagai pusat ujikaji saya, eksperimen. Tiga tahun saya di bawah naungan mereka ni. Saya buat dan saya berjaya. Saya berjaya menghasut mereka semua ni supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Saya buat semua benda ni sampai kami menang.

N46 tu, Dudun, ikut sejarah DAP, tak pernah menang sekali pun. Itu merupakan kubu kuat kepada SUPP tapi saya berjaya dengan majoriti 346 undi. DAP menang kerusi tu. Kerusi tu memang tidak diberi harapan langsung oleh DAP. Tapi saya ambil cabaran, I can do it. Saya dengan rakan saya ambil sebagai cabaran. Kami fokus khusus untuk kerusi itu.

Kami dibekalkan sehari Tuan-tuan dan Puan-puan, RM5,000 oleh DAP. Setiap hari pukul 8 pagi, saya akan pergi ke pejabat ambil duit RM5,000. Duit itu saya kena guna habiskan sebelum pukul 10 malam. Saya kena habiskan setiap hari RM5,000. Nak habis duit bukannya susah, senang je. Very easy. Kebanyakan saya laburlah di rumah-rumah panjang dan juga kawasan-kawasan orang Melayu.

Kita pun guna politik wang juga. Siapa kata DAP tak guna politik wang. Kita guna lagi banyak. Kekuatan atau kewangan DAP sekarang ini terlalu kukuh. Saya berani jamin, saya berani kata, DAP merupakan satu parti yang paling kaya di Malaysia ni. Paling kaya. UMNO pun tak kaya macam DAP ni. Kekuatan ekonomi yang mereka ada sekarang selepas 2008 berbeza. Cukup berbeza.

So, ini merupakan kempen poster saya pada tahun 2010 (tunjuk slide). Saya bertanding jugalah dalam satu pemilihan peringkat negeri Pulau Pinang, sebanyak 95 calon bertanding. Dia nak pilih 25 orang saja. Tapi saya berjaya mendapat tempat yang ke 21. Selepas itulah saya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Melayu di Pulau Pinang.

Tapi saya difund. Fund yang saya dapat ni semuanya melalui Lim Guan Eng. Dia yang fund untuk kempen saya. Secara sulit dia bagi duit untuk saya. Dia nak pastikan saya menang. Dialah yang beri segala-gala kemewahan untuk saya berlobi pada tahun itu.

Jadi, selepas saya menang di Sibu ni, kami kembalilah ke Pulau Pinang. Lepas seminggu, YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong telah membuat satu mesyuarat. Saya Setiausaha Bahagian pada masa tu. Dia buat satu mesyuarat, ingin membuat satu jamuan makan malam meraikan kemenangan DAP di Sarawak. Jadi, kita buat satu keputusan, ingin menjemput 12 calon yang menang di sana datang ke Pulau Pinang untuk merayakan bersama-sama kami. Satu jamuan makan malam.

Jadi, kita tetapkan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock. Semua dah siap, kita dah atur semua dah. Selepas mesyuarat tu, saya terbang ke Indonesia balik, urusan kerja. Kami di Ivory Property ada satu projek di Indonesia. Setiap dua minggu saya kena pergi ke Indonesia. Sebab saya ni pegawai untuk projek tu lah. Saya akan ulang-aliklah. Setiap dua minggu saya akan pergi ke Indonesia.

So, saya berada di Indonesia hampir seminggu, kebetulan pada minggu tersebut. Jadi, saya serahklan semua tugas-tugas saya ni dekat Penolong Setiausaha saya, saya serah kat dia. Lepas itu, saya balik ke Malaysia ni 4 Mei 2011. Malam tu, esok tu dah 5 (Mei) 2011. Saya pun tak tanya kat dia perancangan, sebab saya tahu dia can do everything.

5 Mei 2011 saya hadir. Saya hadir dalam pukul 8 lebih, saya hadir. Sepatutnya yang kena ada dalam majlis tu Tuan-tuan dan Puan-puan, 40 orang saja, ahli parti bahagian Jelutong dengan ADUN yang menang 12 orang. Tetapi yang ada pada malam tu Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir seratus orang berada dalam dewan tu. Ada setengah paderi yang saya biasa jumpa di Miri, Bintulu, di Kuching, di Sarikei dan juga di Sibu. Banyak paderi yang saya kenal. Begitu juga paderi daripada Seri Aman.

Saya rasa hairan. Majlis makan DAP, pasal apa paderi ni hadir? Ada pula setengah-setengah wakil luar negara yang saya tak pernah kenal langsung. Saya tanya kat rakan saya, pasal apa semua paderi ni hadir. Sedangkan ini cuma makan malam DAP saja? Dia kata, dia pun tak tahu. YB yang jemput.

Saya rasa malam tu tak puashatilah. Saya Setiausaha Bahagian, kenapa benda ni tak dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Saya tanya kat dia balik, siapa orang-orang putih ni? Dia kata, mereka merupakan Ketua Paderi daripada beberapa negara asing. Rasa satu sangsi kat saya ni. Majlis makan malam DAP, pasal apa Ketua Paderi luar negara dan dalam negara hadir. Inilah penganjur majlis dia, Ahli Parlimen Jelutong.

Majlis pun bermulalah dengan ucapan Ahli Parlimen Jelutong ni. Sebelum ni Tuan-tuan dan Puan-puan, ucapan dia sama. Saya boleh terima dia kutuk Islam, menghina Islam, saya boleh terima, tak ada masalah bagi saya, no problem. Tapi pada malam tu, dia kata benda yang sama juga, saya tak boleh nak terima langsung.

Dia mempertikaikan, dia kata agama Islam merupakan satu agama pengganas, terorist religion. Dia mempertikaikan kenapa al Kitab tidak dibenarkan masuk ke Semenanjung Malaysia. Macam-macam dia mempertikaikan.

Benda yang sama dia kata dulu masa kempen di Sarawak, bagi saya okay. Tapi malam tu saya rasa macam marah, geram. Saya duduk di meja yang keempat, pasal tak puas hati tapi saya diam. Saya mendiamkan diri. Datang pula seorang paderi daripada Seri Aman. Nama beliau paderi Jackson daripada Seri Aman, Ketua Paderi Seri Aman.

Ucapan dia Tuan-tuan dan Puan-puan, dia kata, hanya Nabi Isa saja dalam dunia ini yang boleh membawa masuk syurga bukan Nabi Muhammad, dia kata. Nabi Muhammad dia kata, tidak layak dipanggil Nabi. Sebab itulah pihak Kristian telah berusaha untuk mengkristiankan seramai banyak yang boleh untuk mereka juga bersama-sama kami untuk masuk ke syurga. Masuk ke syurga dia kata. 

Dia kata, Nabi Isa merupakan anak Tuhan. Cuma dia seorang sahaja boleh memberi jaminan semua orang dalam dunia ni masuk syurga. Lepas itu datang pula Ketua Paderi daripada Afrika Selatan. Ucapan beliau, dia kata, mereka telah membuat satu frame time. Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian. Dan pada masa itulah YB Jeff telah bangun dan beri satu kenyataan. Dia kata apa, pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. 

Kita akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian. Paderi yang saya maksudkan itu inilah yang duduk di tengah-tengah berbaju orange, beliaulah Ketua Paderi daripada Afrika Selatan (tunjuk gambar). Lepas tu, paderi tu kata, kita akan menghantar banyak mubaligh-mubaligh Kristian datang ke Semenanjung Malaysia. Dia kata, projek mereka di Sabah dan Sarawak telah berjaya. Lepas ini mereka akan fokus di Semenanjung Malaysia. Tentang dana, no problem. Kita akan salurkan melalui parti DAP dan juga NGO-NGO Kristian.

Dan selepas itulah, tiga puluh lima (35) paderi dipanggil, dia panggil satu-satu nama datang ke depan buat satu bulatan. Inilah cara mereka ingin berikrar, bersumpah dan berdoa, tiga dalam satu. Saya merakam segala-galanya apa yang berlaku pada malam itu. Saya merakam. Rasa tak puashati. Nak keluar tak boleh, pintu tutup dah. Saya merakam segala-galanya.

Dia panggil satu tu nama datang ke depan buat, mereka ingin berdoa. Mulanya doa mereka okay, keamananlah, kesejahteraanlah, it’s ok bagi saya, you doa macam biasa. Tetapi ini kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh paderi itu, “we must sure Christian became official religion in Malaysia and we must make sure the next Prime Minister is a christian”.

(Tayangan gambar) Gambar ini Tuan-tuan lebih jelas, siapa yang terlibat, tengoklah kedudukan Ahli Parlimen Jelutong. Semasa beliau memberi kenyataan akhbar, beliau kata, semasa kejadian ini beliau sedang makan dan bermain ipad. Tapi Tuan-tuan boleh lihat di manakah kedudukan pemimpin-pemimpin DAP pada masa itu.

Saya dok rakam Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya terkejut, saya rasa macam saya ni terjaga daripada mimpi, saya rasa macam saya kena satu penampar. Terjaga, takkan disebabkan politik, sebabkan saya ni nak jadi calon PRU ke 13, disebabkan duit, takkan aku nak jual agama kot? Timbul satu kesedaran pada masa itu. sebelum itu memang saya tak sedar langsunglah. Tak sedar, everthing block. Everthing saya block, saya tak boleh terima.

Tapi pada malam itu, timbul satu kesedaran, rasa tak puashati, nak keluar tak boleh pintu tutup. Saya tunggu sampai pukul 10.35 malam pintu dibuka, saya keluar terus pergi ke tempat letak kereta saya. Masuk dalam kereta, saya duduk diam. Saya duduk hampir setengah jam dalam kereta, saya duduk sorang-sorang. Saya memikirkan kejadian yang baru berlaku dengan kezaliman yang saya buat selama ini semasa saya berada dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Takkan disebabkan nak jadi calon, dibayar gaji tinggi, aku nak jual agama? Itulah kali pertama dalam hidup saya Tuan-tuan dan Puan-puan, saya menangis untuk agama Islam. Kali pertama, sebelum ni tak ada, jahil. Kali pertama saya menangis, menyesal. Hampir setengah jam saya dok sorang. Selepas itu saya kembalilah ke rumah saya. Dua hari kehidupan saya ni tak menentu, rasa tak puashati. Dua hari juga saya tak pi ke pejabat. Pejabat saya tingkat 28, pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Isteri saya pun tanya saya, “What happen to you? Pasai apa you nampak semacam je?”. Saya habaq kat dia, saya ni kurang sihat. Sebab isteri saya dia memang tak tahu apa pergerakan saya. Sebab saya ni ambil sumpah cara orang Yahudi. Saya habaq, saya ambil sumpah cara orang Yahudi. Satu perenggan sumpah dia kata apa, “Don’t trust anybody even those she is your wife.” Jangan percaya sesiapa pun, walaupun dia isteri kamu sendiri. Sampai tahap tu saya ikut.

Isteri saya cuma tau, saya pergi mesyuarat, balik mesyuarat. Pi luar negara, balik luar negara. Saya kata dia, “You don’t ask me what I doing. Apa yang you nak, you minta I bagi. Tapi you jangan tanya apa yang saya buat.” Sampai tahap tu saya buat kat dia. Dua hari memang saya pressure habis. 5 hari bulan berlaku (5 Mei 2011), tiba-tiba 7 hari bulan (7 Mei 2011), keluar dalam Utusan Malaysia, “Kristian Agama Kristian Rasmi?.” Saya masa tu dok dalam market nak beli makanan, terpampang Utusan. Saya pun belilah paper Utusan tu. Beli, saya baca. Itulah kali pertama saya beli paper Utusan. Selama ni saya tak pernah beli, saya cuma baca Harakah, Keadilan dengan Roket. Tiga ni saja, lain semua saya tolak.

Saya baca apa yang ditulis oleh wartawan tersebut. Benda ni baru dua hari lalu berlaku, macam mana puak ni boleh tau. Rasa hairanlah. Tak apalah, saya ambil paper ni buat balik rumah. Saya tunjuk kat isteri saya, saya tunjuk kat dia, suruh dia baca. Dia pun bacalah. Dia pula tanya saya, “Betulkah benda ni berlaku?”. Saya kata yes, benda ni memang berlaku. Dia tanya pula, “Macam mana you tahu benda ni berlaku?”. Saya kata, saya hadir dalam majlis tu. Dia tanya lagi, “Sejak bila you pi majlis Kristian ni?”. 

Dia tanya kat saya. Dan selepas itulah, saya menceritakan segala-galanya apa yang saya buat semasa saya berada dalam DAP. Saya dedahkan audio, video, dokumen yang ada kat saya. Saya tunjuk kat dia yang orang Melayu memang tak tahu langsung yang kami dok buat. Saya mendedahkan segala-galanya. Dia menangis Tuan-tuan dan Puan-puan. Dia tak dapat nak terima yang suami dia ni buat perkara ni. Tahu dia kata apa kat saya, “Tak sangka aku hidup selama ini dengan seorang pengkhianat!”. Isteri saya kata kat saya, “You ni di depan terlalu elok, tapi di belakang you adalah syaitan nombor satu.” Dia kata kat saya, dia tak dapat terima saya buat kerja ni.

Tuan-tuan tahu tak, pada satu ketika tu, cara percakapan dia ni, kalau boleh dia tak mahu hidup dah dengan saya. Dia tak boleh terima saya buat benda ni. Saya minta maaf. Saya mengaku kesilapan saya, memang saya tahu saya silap semasa saya berada dalam DAP, memang saya silap. Memang saya tahu, saya buat benda ni. Disebabkan apa? Duit, nak jadi calon, disebabkan harta. Tiga sebab nilah, tahu dia kata apa, “Kalau you sanggup menikam bangsa dan agama you dengan tiga benda ni, saya tak hairan satu hari you boleh jual saya juga disebabkan politik.” Sampai tahap tu dia kata kat saya. 

Saya minta maaf kat dia. Saya mengaku kesilapan saya. Saya konfran dengan dia hampir empat jam. Sampai akhir tu, saya merayu kat isteri saya ni agar saya diberi satu peluang untuk hidup bersama. Sampai tahap tu saya pi. Dia kata, “Kalau saya bagi satu lagi peluang, apa yang you nak buat? Adakah you sanggup mendedahkan benda ni kat orang Melayu? Orang Melayu tak tahu perancangan DAP ni, adakah you sanggup dedah? Adakah you sanggup buat laporan polis tentang isu Kristian ni? Semua pihak menafikan benda ni tak akan berlaku. Tapi bukti ada di tangan you. Adakah you sanggup?.”

Saya kata yes, saya sanggup buat. “Betul ke you sanggup? Kalau you buat, sekelip mata you akan hilang apa yang you ada”. Saya kata, saya lebih rela hilang harta ke, wang ke daripada saya hilang agama selepas ini. Saya kata kat dia, saya menyesal dengan apa yang saya buat. Dia kata, “You tak guna pi minta maaf kat saya. You kena minta maaf kat setiap orang Islam kat Malaysia ni sebab kesilapan yang you buat ni terlalu besar. Dosa yang you buat ni terlalu besar.” Saya kata, yes saya sanggup. “Okay tak apa, saya nak tengok.” Dia kata dia nak tengok. 

Selepas itulah 13 Mei 2011, saya pergi membuat laporan polis. Dan di pagi hari tu, sebelum saya nak pergi buat laporan polis, masa itulah saya terharu dengan isteri saya ni, walaupun dia tak puashati dengan saya tapi dialah berada di belakang saya memberi semangat. Menjadi tulang belakang saya membuat laporan polis. Masa tu baru saya sedar kelebihan seorang isteri, seorang wanita tu macam mana. Sebelum ni saya tak pandang pun, duduk tepi cukuplah. Sampai tahap tu. Dia pi ikut saya buat laporan polis. Terharu…saya cukup terharu. Disebabkan dialah saya boleh berada di depan Tuan-tuan dan Puan-puan sekarang ini. So, di sini saya nak tunjuk rakaman yang keluar dalam TV3 pada hari tersebut. (Klik video di di sini).


4 comments:

LKTP1436 said...

Bersungguhnya Azli menggoreng isu yg sudah basi, semua perkara yg di tulis dlm entry kali ini adalah mengarut semata2, semuanya sudah di jawab dlm ceramah2 Pas di seluruh M'sia, yg percaya tntg isu ini hanya Mak Cik2 dan Pak Cik2 di Kampung2 dan dlm Felda je lagi.......kesian Azli yg ketinggalan keretapi.

angin timur said...

Apa yang dijawabnya dlm. Ceramah PAS.Betul ke tak apa yang diceritakan oleh Mohammad Razali nii..

Kday Khairuddin said...

mungkin ini benar....kalau tak kenapa tetiba dap ingin menggunakan kalimah ALLAH dalam bible versi melayu? isu murtad semakin parah....pas dan pkr hanya menjadi pak turut semata mata mahu kepentingan politik .nauzubillah....harap kita sebarkan kisah ini kepada seluruh umah islam utk dijadikan panduan..........

rosas delima said...

Kan elok jika para-para ulama kita berpakat teguh spt paderi-paderi tu. Patahkan perancangan mereka dgn menggmbelingkan tenaga & pemikiran secara sepakat utk hasilkan satu plan strategik merealisasikan dasar pembangunan ummah berteraskan tuntutan AlQuran. Ini wajar diambil dilakukan sbg inisiatif proaktif para ulama dlm menangani agenda NWO menjelang abad 21. JAKIM pasti akan responsif utk bersama jayakan hasrat murni ini. Inisiatif utk menyatukan ummah ada dlm manifesto PRU13 BN..syabas. This is necessary but not sufficient tanpa positive respons drp pihak PR & PAS. Dikhuatiri kedua-dua pihak ini enggan bekerjasama bersepakat utk merealisasikan hasrat murni dasar ini coz masing-masing akan saling menuding jari menyalak menyatakan mereka sudah islamik tapi pihak satu lagi kafir. Habislah..close case. RD5