Tetamu Kehormat...

April 15, 2013

UMNO Mungkin Saman Peguam Mustafa Ali

Ekoran tersebar luasnya video seks yang mirip wajah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dua hari lalu - beliau dengan pantas telah menyerahkan urusan untuk menyelesaikan masalah tersebut kepada peguamnya, Asmuni Aswi. Dalam satu kenyataan Asmuni di portal Malaysiakini bertarikh 12 April 2013, dilaporkan beliau berkata, "Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno. Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul,"

Tanpa usul periksa, peguam Mustafa Ali telah menuduh tanpa sebarang bukti bahawa UMNO terlibat dalam video seks tersebut. Apakah ini cara seorang peguam muslim? Menuduh tanpa usul periksa? Ekoran itu, difahamkan unit guaman UMNO akan mengambil tindakan undang-undang terhadap peguam Mustafa Ali dengan kadar segera yang mungkin. Tuduhan berat ini sengaja dilemparkan kepada UMNO tanpa sebarang bukti dan justifikasi. Sudah sekian lama UMNO dituduh dengan pelbagai konspirasi - sedangkan yang sepatutnya dibuktikan ialah individu yang melakukan aksi tidak bermoral tersebut. (Klik di sini).

1 comment:

Longchepoh said...

Peguam budak Manjoi ni memang perasaan dia hebat. Tapi bila sentimen politik kebencian lebih tinggi dari akal budi dan agama, maka manusia cepat jadi bodoh.

Gambar dah clear nak kata apa lagi?? Suruhla stopa ali report polis. kenapa tak mau dan banyak sangat alasan?