Tetamu Kehormat...

April 11, 2013

Tun Musa Hitam Berang!

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam tidak mahu dirinya dikaitkan dengan tindakan pembangkang menggunakan kenyataan beliau untuk menyerang balik Barisan Nasional (BN). Katanya, ia khususnya berhubung soal mengenai kemungkinan kerajaan jadi bankrap jika mereka muncul berkuasa. Musa mengambil perhatian bahawa BN nampaknya telah mematahkan kewibawaan hujah pembangkang dalam isu itu sehingga sebahagian daripada ucapan beliau pada siri Bicara Minda baru-baru ini dikatakan sebagai menyokong Pakatan dan dipromosi serta dipaparkan dengan begitu ketara dalam kempen pilihan raya mereka. 

"Pakatan (pembangkang) nampaknya begitu terdesak untuk mempromosi diri mereka dan untuk menarik sokongan pengundi, mereka sanggup menggunakan saya sebagai senjata utama mereka untuk menyerang balik BN," kata Musa dalam satu kenyataan semalam. Sambil melahirkan rasa tidak selesa beliau, Musa berkata: "Jalan keluar menggunakan saya dalam langkah politik yang terdesak ini mesti dihentikan." Tegasnya, kenyataan yang mendakwa (pembangkang) mendapat sokongannya mesti dihentikan. "Jalan keluar menggunakan saya dan menyebut kenyataan saya dengan menggunakan papan iklan mesti juga dihentikan. "Saya membuat permintaan ini demi keadilan dan kesopanan politik," tambah beliau. - Bernama


Ulasan saya : Ini tanda-tanda orang nak kalah teruk dalam pilihan raya...

No comments: