Tetamu Kehormat...

April 26, 2013

Tak Sampai 24 Jam Seorang Leftenan Jeneral Masuk PAS, 180 Ahli PKR Pula Masuk UMNO

Tidak sampai 24 jam selepas bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion masuk PAS, hari ini BN menerima 180 ahli PKR Cabang Teluk Bahang yang sudah insaf dan bosan dengan Tian Chua. Nampaknya, lagi ramai bekas tentera menyertai PR, makin ramai pula cawangan dan cabang PR dibubarkan. Baca berita di bawah :

TELUK BAHANG 26 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Teluk Bahang lumpuh apabila 180 ahli termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya tekad meninggalkan parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN). Bekas Pengerusi Cabang berkenaan, Mustaffa Ahmad berkata, keputusan itu diambil memandangan kesemua ahli terlibat sudah tidak yakin dan percaya dengan kepimpinan parti dan pakatan pembangkang. Tegasnya, mereka semua tersinggung dan tidak boleh menerima tindakan Naib Presidennya Tian Chua menghina anggota keselamatan yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah.

"Kita tidak boleh terima keceluparan itu. Anggota terlibat bermati-matian mempertahankan kedaulatan negera dan isu kalimah Allah yang dibangkitkan juga sangat melampau. "Oleh itu dengan tindakan keluar beramai-ramai ini cabang PKR Teluk Bahang juga ditutup," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah menyerahkan borang keahlian BN kepada calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, di sini malam tadi.

Sementara itu bagi bekas Timbalan Pengerusi Cabang PKR itu, Ng Bee Hock berkata, mereka tekad untuk menyertai BN kerana percaya dengan kebolehan parti itu dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat. "Lima tahun mentadbir negeri ini tiada apa yang di bawa untuk penduduk Teluk Bahang malah kemudahan untuk rakyat juga susah untuk disediakan biarpun telah diminta. "Saya harap rakyat terutamanya orang Cina akan membuka mata dan kembali menyokong BN kerana pembangkang ini cakap tidak serupa bikin," ujarnya.

Sehubungan itu, bagi Shah Headan, beliau menyifatkan tindakan keluar parti berkenaan menunjukkan rakyat telah kembali sedar untuk memilih kerajaan yang diyakini. "Tiada paksaan atau rancangan yang diatur. Mereka yang terlibat ini sendiri yang datang untuk menyertai BN. "Ini jelas menunjukkan PKR sekarang ini seolah-olah retak menanti belah," tegasnya. - UTUSAN ONLINE

4 comments:

skodeng said...

suko ati ko lah nak masuk PAS, itu bukan kehilangan tapi 1 rahmat.. virus2 keluar sendiri.. kesihatan UMNO semakin sehat..boleh lah msuk syurga bila undi PAS..

prfct stranger said...

kah3 umno masuk umno betul kata madet yg pandai2 masuk pas tinggal yg bodoh je masuk umno

Juventus Loculus said...

kesian ko prfct stranger...hahah..kalau undi 180 lawan dengan sorang sapa menang?? ada akal?? hahaha...ambik ko!!

Maximus Jones said...

Bodoh Umno ni. Ahli Pas pun tak kenal. Tok sah nak berlakunlah. Cuba tengok muka2 tu. Muka ahli Pas ke? Nilah perangai bangsa Umno yang nak membodohkan orang lain dalam keadaan tak sedar membodohkan diri sendiri. Bodoh melantun-lantun.