Tetamu Kehormat...

April 25, 2013

Status Keahlian Mat Taib Sebagai Ahli PAS Tidak Sah!

Nampaknya - pengaruh Penasihat Majlis Syura Ulama PAS, Karpal Singh semakin jelas dan kukuh. Beliau bukan sahaja menolak mentah-mentah pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia, bahkan semalam dengan tegas menolak kemasukan Mat Taib sebagai ahli PAS. Maka, dengan itu, keahlian Mat Taib sebagai ahli PAS adalah tidak sah dan diragui sama sekali. Untuk pengetahuan kita semua, kuasa veto Penasihat Majlis Syura Ulama PAS adalah lebih tinggi daripada Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS dalam mengubal dan meminda undang-undang tubuh PAS. Baca berita di bawah :
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.

"Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN). "Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas. "Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya. (Sumber klik di sini).

1 comment:

skodeng said...

perginya mat taib.. bukannya 1 kehilangan bagi UMNO... malah rasa lega sebab 1 virus dah terkeluar.. :)