Tetamu Kehormat...

April 10, 2013

SPR Baru Umum Tarikh - PAS Tewas Satu Lagi Kerusi Parlimen.

Anggota Parlimen Ayer Hitam Datuk Wee Ka Siong "sedih" apabila Pengerusi Dewan Himpunan Bukan Islam PAS Hu Pang Chow, 58, dikatakan akan bertanding di Parlimen itu walaupun bukan anak tempatan.  "Mereka (pemimpin tempatan parti) sudah bekerja di situ antara satu hingga dua tahun, dan tiba-tiba kamu lihat seseorang daripada Kelantan diturunkan sebagai calon. "Apa perasaan kamu?" katanya. Wee yang juga timbalan menteri pelajaran sementara juga mendakwa, pemimpin akar umbi PAS memberitahunya bahawa mereka juga sedih berhubung perkara itu. Dalam pilihan raya umum lalu, Wee menang selesa mengalahkan calon PAS Hussin Sujak dengan majoriti 13,909 undi.

Ulasan : Majlis Syura Ulama PAS memutuskan syarat untuk menjadi calon PAS dalam pilihanraya, seseorang individu itu mestilah bebas daripada dosa besar dan dosa kecil -tetapi pelik orang kafir pun dah boleh jadi calon PAS kali ini. Saya cadangkan Majlis Syura Ulama PAS dibubarkan sahaja la.

No comments: