Tetamu Kehormat...

April 22, 2013

Senarai 22 Ahli UMNO yang Bakal Dipecat kerana Menjadi Calon Bebas!

Apa yang berlaku ini, pada saya ada hikmah besar - yakni membuka topeng dan perangai sebenar sebahagian kecil pemimpin UMNO yang mengutamakan "perut" sendiri. Ia sama sekali tidak menjejaskan UMNO yang pernah diharam dan berpecah menjadi dua team pada satu ketika dahulu. Pada saya - ini merupakan proses pembersihan dan mencuci saki-baki kekotoran yang masih terlekat di dada UMNO. Dengan cara ini sahaja - UMNO akan kembali ke wadah perjuangan asalnya - seperti mana sewaktu kelahirannya tahun1946.

Sebanyak 22 pemimpin dan ahli UMNO di seluruh negara menjadi calon bebas apabila mereka tidak bersetuju dengan calon pilihan pucuk pimpinan UMNO. Mengetuai pemberontakan dalaman UMNO ini adalah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar pula bertanding calon bebas di Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua. Di Tasek Gelugor, Sharif melawan calon BN Shabudin Yahya dan calon PAS, Tan Sri Rahman Maidin. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali pula bertanding calon bebas di Parlimen Sepang.

Turut bertanding di situ adalah seorang lagi AJK UMNO bahagian Sepang,  Hanafiah Mohamed. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin pula bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak sebagai calon bebas. Berikut adalah 17 lagi calon-calon bebas dari kalangan pemimpin dan ahli UMNO di seluruh negara.

1. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat –Parlimen Bandar Tun Razak

2. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

3. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

4. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

5. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu

6. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

7. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

8. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari –Parlimen Pengerang

9. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu –DUN Gambir

10. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

11. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

12. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

13. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

14. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

15. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

16. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

17. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul –DUN Sungai Sibugah.

2 comments:

Mordechai Kuchai said...

Kambing yang tersisih dari kumpulannya akan di terkam serigala. Tiada perlindungan dari kumpulan lagi.

Selamat datang ke dunia pelacuran tidak kira samada lelaki atau wanita.

Maruah bukan satu yang perlu di pertahankan lagi.

Kuasa dan wang yang utama.

Suparman said...

Bila menang nanti saham anda akan naik....maka join balik UMNO ya.Dimasa itu saham awak bernilai jutaan ringgit...lebih lebih kalau UMNO kalah dalam PRU 13 nih dan kedudukan seri atau PR menang tipis.Maka mas tu awak semua yang menang teket bebas boleh join UMNO balik dengan ganjaran jutaan bang bukannya sikit.(Laporan radio karat)