Tetamu Kehormat...

April 9, 2013

Sayuti Omar Gesa PAS Gugurkan Nama-Nama Ini Sebagai Calon

9 APRIL — Antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada sesebuah parti politik dalam pilihan raya ialah isu-isu yang dimainkan. Isu semasa cukup penting tidak kira dalam aspek apa saja. Kalau boleh diberikan percentage isu akan memberi sumbangan 30 peratus untuk kemenangan. Tiga puluh peratus lagi ianya datang dari manifesto atau janj-janji yang dibuat yang dicampur dengan pencapaian sesebuah parti atau kerajaan.

Manakala yang lebih kira-kira 30 peratus lagi ianya bergantung kepada batang tubuh calon. Keperibadian atau syaksiah calon. Manakala parti atau wadah pula tidak sangat memainkan peranan penting. Dalam konteks Umno dan PAS ianya boleh dianggap sama rata sahaja. Kerana kedua parti ini sudah matang. Pemilihan parti atas keyakinan soal-soal mitos bukan begitu besar sangat. Apa lagi generasi baru tidak meletakkan soal itu sebagai keutamaan.

Sesetengah pengamat dan penganalisa politik akan menemui jawaban PAS dan Umno sama saja tidak jauh bezanya. Kedua parti ini dipisahkan oleh sempadan yang menjadi slogan atau tagline kedua-dua parti itu. PAS dilihat sebagai Islam walaupun keIslamannya boleh dipertikaikan, manakala Umno pula dipandang sebagai parti nasionalis.

Dalam bahasa mudah PAS parti berideologikan agama dengan menjadikan Islam sebagai landasannya, manakala Umno berideologikan nasionalis, menjadikan semangat Melayu sebagai landasannya. Tahun-tahun 60-an, 70-an sampai 80-an memang parti menjadi salah satu faktor. Ideologi parti menjadi penilaian kerana ia didoktrin sebagai satu dogma. Misalnya kalau PAS yang hampir kepada Islam dan kalau Umno ia hampir kepada nasionalis atau Melayu. Generasi hari ini yang sudah berada jauh dari sejarah kenegaraan dan suasana perwujudkan parti politik itu tidak lagi menjadikan parti sebagai faktor.

Umum sudah faham parti hanya sebuah wadah atau bekas yang menggariskan perjuangan dan matlamatnya. Generasi yang baru kini sudah memahami parti hanya sebagai satu alat untuk membolehkan ianya menyertai pilihan raya. Apa yang diperhatikan ialah manusia atau tokoh-tokoh di dalam parti itu. Hari ini idealisme atau perjuangan parti tidak penting lagi kerana ia dinaungi idealisme pemikiran pemimpinnya. Nampaknya idea atau pun keperibadian pemimpin itu lebih menonjol dari matlamat  dan konsep parti. Ertinya parti atau wadah perjuangan itu hanya kecil saja untuk dijadikan kriteria bagi ianya dipilih.

Menerusi catatan ini saya hendak berakap soal batang tubuh calon, di mana 30 peratus ia menyumbangkan kemenangan kepada mana-mana parti. Calon ini akan dikira dari soal pendidikan mereka, latar belakang, kekeluargaan dan juga soal-soal peribadi dari sekecil-kecilnya kepada soal-soal besar pemikiran dan gagasan. Dosa-dosa kecil dan besar juga diambil kira. Tetapi kerana perkara ini ia bersifat subjektik tidak penting, maka ia tertumpu kepada fizikal saja atau suasana di sekeliling calon itu. Fizikal di sini mengenai hubungan, PR dan juga pemikiran dan idea. 

Dalam konteks perlawanan di antara PAS dengan Umno di Kelantan hari ini mana-mana parti yang dapat mengemukakan calon berkeperibadian, parti itu akan menang. Golongan atas pagar akan membuat penilaian dari aspek ini selain mengenai pencapaian kedua-dua buah parti. Manakala parti yang masih mengekalkan calon lama di mana rakyat sudah mengenali keperibadian mereka, daya berfikir budaya dan soal makan minum mereka akan kalah.

Jadi di sini apa yang perlu disebut dan diutamakan oleh kedua-dua parti ialah mengemukakan  calon-calon baru dan menggunakan calon-calon lama. Umno sudah merasai akan hasil ini. Tahun 2004 Umno telah menukar hampir separuh calon-calon mereka, yang lama dirihat dan muka baru diangkat. Hasilnya parti itu menang besar dan hampir mengalahkan PAS.

PAS perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Di dalam PAS hari ini seramai 23 orang yang kini menjadi wakil rakyat dianggap sudah tidak layak atau perlu diganti. Dari jumlah itu 17 orang wakil rakyat perlu ditukar untuk menampakkan PAS mengemukan barisan bertenaga dan dinamik.

Sekiranya PAS berdegil untuk tidak tukar dan masih mempercayai mereka akan membawa kemenangan PAS akan tertumus dalam pilihan raya ini. Elok kalau saya sebut nama-nama itu satu persatu agar mudah diketahui dan orang berkenaan juga sedar yang mereka dalam zone tidak selamat. Mudah-mudahan kalau mereka sedar tertakdir mereka dicalon sekali lagi mereka kena berundur dengan terhormat. Mereka ialah:

1. Omar Muhammad (Perupok) Yang Dipertua PAS Bachok.
2. Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) Yang Dipertua PAS Ketereh.
3. Zulkefli Mamat (Pualai Chondong) Yang Dipertua PAS Machang.
4. Abdul Fatah Haroh (Bukit Tuku) Yang Dipertua PAS Ranhtau Panjang.
5. Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir) Yang Dipertua PAS Pasir Mas.
6. Nik Mazian Nik Mohamed (Gaal) Yang Dipertua PAS Pasir Puteh.
7. Drs Zainuddin awang Hamat (Limbongan).
8. Drs Saiful Baharin (Selising).
9. Mohamad Awang (Gual Periok).
10.Wan Ahmad Lotfi Wan Sulaiman (Kemuning).
11. Rohani Ibrahim (Tanjung Mas).
12. Arifabilah @ Mohd Asri Ibrahim (Dabong).
13. Bhaiyaqi Atikullah (Pasir Tumbuh).
14. Mohamad Huseein (Parlimen Pasir Puteh).
15. Abdul Halim Abdul Rahman (Parlimen Pengkalan Chepa).
16. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Parlimen Kota Baru).
17. Muhammad Mustafa (Demit).

Itulah 17 nama sekurang-kurangnya perlu ditukar oleh PAS untuk memperlihatkan barisan calon PAS Kelantan terdiri dari muka baru. Sebenarnya ada enam nama lagi yang juga wajar digugurkan. Sekiranya mereka ini dikekalkan atas apa-apa alasan juga, termasuk mereka boleh membawa kemenangan ia tetap memberi imej buruk kepada PAS. Rakyat akan lihat PAS Kelantan gagal mengemukakan muka baru yang lebih menyakinkan.

Apa lagi kalau kebetulan Umno pula mengemukakan muka baru yang terdiri dari pelbagai profesional dan mereka berketrampilan sudah tentu rakyat akan terliur kepada calon-calon dari Umno. Cukup dibimbangi kalau muka-muka ini tidak digugurkan ia boleh menyebabkan berlaku sesuatu diluar dugaan kepada PAS Kelantan. — msomelayu.blogspot.com

1 comment:

zgmail said...

yb berzina dlm gerabak api tu...