Tetamu Kehormat...

April 14, 2013

Salahuddin Ayub Ajak PapaGomo Bersumpah

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pernah dituduh main betina di Puduraya. Pernah sekali saya beritahu beliau sorang sama sorang, "ada blog dok cerita hang main betina di Puduraya".  Bila saya beritahu perkara itu, saya mula mengkaji air mukanya. Saya bukanlah pakar kaji body language. Tapi, ikhlas cakap, saya nampak dia ok ja. Tak nampak macam bersalah pun.

Saya ni suka tengok body language orang walaupun saya bukanlah pakar. Sebab itulah, kalau saya tulis hal Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaariibuu, saya suka cerita fasal body language dia. Body language Najib menghantar rasa curiga. Suami Datin Seri Rosmah Mansor itu tak boleh dituduh bersalah dalam kes bunuh Altantuya kerana kita tak dak bukti. Dia mungkin bersih. Mungkin. Malangnya, dia tidak kelihatan bersih.

Sumpahnya di masjid dengan menggunakan kalimah qasam yang diajar Islam tidak dituruti oleh ayat-ayat yang memberi keyakinan yang membunuh segala keraguan. Malah, menambahkan lagi keraguan tanpa penghujung. Balik kepada cerita Salahuddin. Satu hari di Parlimen, beliau diperkenalkan kepada seseorang yang dikatakan Papagomo yang Salahuddin kenalpasti antara yang menulis cerita dia main betina di Puduraya. Terus dia tarik mamat tu sembang sorang sama sorang. Antara lain, Salahuddin beritahu saya, dia ajak orang yang dikatakan Papagomo itu bermubahalah di Masjid Negara.

"Saya bawa keluarga saya, awak bawa keluarga awak. Kita bermubahalah di Masjid Negara," lebih kurang begitu la kata Salahuddin kepada mamat tu seperti yang diceritakan kepada saya. Tidak puas dengan itu, satu hari, dalam satu ceramah besar di Johor, Salahuddin bersumpah dengan kalimah qasam.

Entah apa puncanya dan entah macam mana dia boleh cakap gitu saya tak tahu. Tetapi, Salahuddin memberitahu semua yang hadir, "WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, saya tak pernah berzina!" Selepas itu, nampak reda cerita Salahuddin main betina di Puduraya walaupun blogger-blogger Umno masih menggelar beliau Din Puduraya ("...dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk" - Al-Hujurat: 11)

Besarlah harapan saya agar cerita di atas menjadi teladan kepada yang sudi membaca blog ini. Lebih dari yang lain, agar menjadi teladan kepada saya sendiri (Cih! Tak dak sapa yang bongok sangat nak tuduh yang berzina, bakaq! Buat rugi beras ja. hang tok sah dok perasan la!) - (Sumber klik di sini)

Soalan saya mudah - Kalau Salahuddin Ayub boleh bersumpah atas nama Allah bahawa dia tidak pernah berzina, maka mengapa susah sangat Mustafar Ali dan Anwar Ibrahim untuk melakukan perkara yang sama?

3 comments:

Unknown said...

Bro, minta Salahudin bersumpah macamni;

`WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, saya tak pernah berzina dengan mana-mana perempuan'

BUKAN nya,

`WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, saya tak pernah berzina dengan dengan BINI ORANG'

kes puduraya tu, khabar nya dia main dengan JANDA bro.

ADA BRANI! BUKTIKAN!!! tegakkan kebenaran dan yang fasik,batil itu pasti akan TEWAS!!

bersihkan lah nama kamu jangan takut! hebahkan di media!!!

Berita dari gunung said...

Bab Salahuddin bersumpah satu hal..., bab Hadi Awang defend beria-ria STOPA ALI, lagi menakjubkan, walaupun ramai yang geleng kepala...

Dalam mengejarkan kuasa, memang mudah orang jadi Firaun.

KOSMART said...

Saya rasa le....kan...kan... kalau kata bab perempuan ni...bukan nak kata orang PAS baik... depa bukan malaikat... tapi..rasanya...kalau 1 kes PAS...sama dengan 100 kes UMNO/BN. UMNO kan suka yang lucah2...lg pun semua orang tahu nilai le...tak payah cerita... tak payah nak tunjuk orang sana...orang sini...cuba tenguk diri sendiri...tenguk kawan2 sekeliling...BERSIH KE TUUUU.... Bini tahu ke tak?