Tetamu Kehormat...

April 3, 2013

Ramalan Terakhir Sayuti Omar (msomelayu) Menakutkan...

Malam tadi semasa keluar minum dengan seorang teman (yang insya-Allah akan bertanding dalam pilihan raya akan datang) saya terserempak dengan salah seorang Jeneral (B) askar yang baru menyertai PKR. Bersamanya anggota tiga Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menjadi penggerak acara Sumpah Pemuda yang digerakkan oleh bekas ketua AMK yang kini sudah menjadi usang dan sedang memakan hati berulam jantung dalam Umno.

Pemuda berkenaan bertanya saya secara terus terang mengenai situasi negara hari ini dan iklim politik kontemporari. Dia mahu saya menjawab secara jujur sebagai seorang pencerat dan penulis politik kerdil. “Abang bagaimana pandangan abang mengenai situasi keseluruhannya?” Soal beliau. “Maksudnya dalam PKR atau pun keseluruhan negara?” tanya saya inginkan kepasti dari sisi mana yang diingini.

“Seluruh negara, kedudukan terkini?” katanya menjelaskan isi maksud persoalannya. Saya melihat kepada Jeneral yang baru berkubang dalam politik itu. Saya tidak mahu dia terkejut dengan jawaban saya yang boleh mengjungkitkan punggungnya. Semangatnya untuk menumbangkan UBN jangan pula terjejas dengan jawaban saya. Saya pula suka berterus terang walaupun cara itu tidak disenangi. Bagi saya berterus terang lebih baik dari segala-galanya.

“Saya masih meletakkan kerusi yang akan diperolehi Pakatan Rakyat sekitar 90 hingga 100 kerusi sahaja. Maksudnya dapat mengekalkan kerusi yang diperolehi dalam pilihan raya dengan penambahan dua tioga kerusi. Situasi ini bermakna Pakatan Rakyat memerlukan 25 atau 35 kerusi tambahan untuk menjadi pemerintah. Kalau 83 dicampur 25 ini bermaka 108 kerusi. Jadi sebanyak 20 kerusi lagi diperlukan untuk jadi 128, kerusi itu datangnya dari Sabah dan Sarawak,” jelas dan hurai saya agak panjang lebar. Matematik itu sangat mudah untuk difahami.

“Macam mana di Sabah dan Sarawak, boleh ke?” Tanya pemuda itu. Dua lagi anak muda yang bersama di meja hanya mendengar dengan teliti dan begitu juga dengan rakan saya. Banyak mengunyah apa yang saya cerakinkan.

“Kondisi di Sabah kini agar berubah sedikit ekoran meletusnya tragedi pencerobohan Laha Datu. Kalau dulu saya meletakkan 10 kerusi akan diperolehi, tetapi kini untuk mendapat angka itu sakit sedikit. Apabila UBN telah mengistyharkan 10 kawasan sebagai kawasan keselamatan khas semua kerusi parlimen yang terdapat di situ (7) akan mnjadi milik mereka secara automatik. Begitu juga 15 kerusi state...”

“Apabila ia dijadikan kawasan leselamatan khas, maka Pakatan Rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan kempen secara terbuka dan luas. Ia akan disekat dengan peraturan yang ketat. Sementara UBN boleh bergerak bebas atas nama aktiviti kerajaan dan sebagainya,” jelas saya lagi.

“Begitu juga dengan rakyat Filipina yang mempunyai kad pengenalan Malaysia yang sudah kecewa dengan UBN dijangka akan mengundi Pakatan Rakyat. Tetapi setelah diadakan sekatan itu, mereka tidak akan dapat mengundi lagi. Kebanyakan mereka sudah dihalau pulang ke negeri asal mereka secara berperingkat”, sambung saya lagi berhujah.

Jadi, sambung saya.. kerusi yang mulanya diperkirakan akan diperolehi dari Sabah akan hilang satu demi satu. Perkembangan hari ini saya berani mengatakan Pakatan mungkin memperolehi hanya lima atau paling tinggi tujuh kerusi saja di Sabah.

Pemuda itu terdiam sejenak termasuk jeneral askar itu yang banyak mendengar. Jawaban dan penjelsan saya itu menganggui emosinya. Keyakinannya juga mungkin berubah. Selepas itu dia bertanya saya mengenai Sarawak pula.

Saya menjelaskan di Sarawak keadaan tidak banyak berubah. Sejak awal lagi saya meletakkan sasaran Pakatan Rakyat akan menang antara lima hingga tujuh kerusi sahaja. Yang menyumbang kerusi itu hanya dari DAP. Sedangkan Pakatan memerlukan sekurang-kurang 10 kerusi di Sarawak. Alasan saya muda, situasi dan gelora politik di Sarawak tidak seperti di Sabah.

Angin perubahan dan arus hendak tukar pemerintah politik di Sabah belum merebak ke seluruh Sarawak. Faktor pentingnya ialah kerana di Sabah tiada pemberani yang cuba mengolahkan kebangkitan rakyat.

Tokoh-tokoh Melayu Islam Sabah masih lagi bersetia khurafat dengan Taib Mahmud sambil mengharap mereka akan diberikan jawatan Ketua Menteri Sarawak. Mereka sanggup menunggu peralihan kerusi dari Taib kepada mereka sampai punggung berakar seperti pohon jejawi.

Wajah anak muda itu sekali lagi menjadi keruh dengan jawaban telus dari saya itu. Jenderal berkenaan juga menjadi lebih diam.  Beberapa saat dia seakan merenung ke dalam dirinya.

“Macam mana pula dengan sokongan orang Melayu ke seluruhnya, bang?” dia mengalih topik untuk melihat kepada politik orang Melayu. Pertanyaan ini menarik dan memberikan saya peluang membuat  konklusi kepada persoalan berhubung jaya atau gagal Pakatan Rakyat untuk rampas Malaysia.

“Dalam perhatian saya orang Melayu keseluruhnya masih menyokong BN, khasnya Umno. Kedudukan atau prestaj kalau boleh saya sebut kira-kira 62 hingga 65 peratuas orang Melayu masih setia dengan Umno. Ini bermakna sekitar 38 atau 35 peratus menyokong Pakatan Rakyat. Jadi dengan angka ini ertinya Pakatan Rakyat hanya boleh merampas paling tinggi 40 kerusi Melayu daripada jumlah semuaaya 150 kerusi.

“Kita andailah dari 42 kerusi Cina berjaya dirampas oleh DAP secara mutlak 42 kerusi manakala kerusi campuran sebanyak 30 disecara mutlak dirampas oleh Pakatan Rakyat dan kerusi Melayu diperolehi 40 kerusi,  ia akan menjadi 40 + 42 + 30 = 112. Jumlah ini belum cukup untuk PR menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah 113 kerusi,” ujar saya.

 Afdalnya kata saya dengan situsi dan kondisi itu Pakatan Rakyat perlu menambahkan antara 3 hingga 5 peratus lagi undi Melayu bagi memperolehi sekurang-kurangnya lima kerusi lagi bagi mengenapkan 112 atau lebih untuk membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan secara mudah.

Anak muda berkenaan terdiam sejenak kemudian mengangguk-angguk seolah-olah faham dengan apa yang saya jelaskan. Lantas beliau bertanya, bagai mana strategi untuk menambah peratus berkenaan. “Apa caranya yang abang fikir?”  Tekan beliau serius matanya dicerlung ke wajah saya.

Persoalan itu mencabar minda saya. Dalam pada itu anak muda berkenaan mengemukakan cadangan dan bertanya siapakah tokoh yang boleh dibawa ke tengah masyarakat untuk meraih undi Melayu sebagai tambahan. Cadangan itu baik tetapi saya sendiri tidak nampak siapakah mereka buat masa ini.

Bekas pegawai kerajaan yang sudah bersara tidak mudah untuk dijadikan alat politik kepada mana-mana pihak apa lagi Pakatan Rakyat. Mereka lebih senang dengan kedudukan mereka hari ini bersama anak dan keluarga di samping memakan wang persaraan. Bagi mereka soal bangsa dan negara boleh diurus oleh orang lain. Perkhidmatan mereka beberapa tahun sebelum ini sudah cukup sebagai sumbangan mereka kepada negara, walaupun kemudahan pencen dan sebagainya mereka mahu diberikan sampai mati dan diwarisi anak cucu tujuh keturunan.

Agak sukar untuk mencari ikhtiar bagaiaman untuk tambahkan peratus Melayu itu. Pemikiran dan sikap orang Melayu kini seakan sudah dikunci oleh Umno menerusi berbagai isu berkaitan bangsa dan agama yang dimainkan. Isu-isu kalimah Allah, kedudukan agama Islam, ancaman Kristian, soal patrotisme atau tidak serta isu-isu berbentuk provokasi sekiranya Pakatan Rakyat menang negara akan jadi huruhara, pemerintah akan bertukar tangan kepada orang kafir dan sebagainya, dimakan oleh Melayu yang akalnya takah tujuh dan mereka (Melayu) yang tidak mendapat akses maklumat dari media bebas.

Saya menyebut salah satu cara bagi mengatasi kekurangan ini Pakatan Rakyat kena tumpukan kepada pengundi muda yang pertama kali akan mengundi. Bilangan mereka lumayan juga kira-kira 3 juta. Andainya 2 juta pengundi muda mengambil bahagian ia boleh mengubah suasana. Mereka ini harus didekati, diberi kefahaman sebaik mungkin. Sementara pemikiran mereka masih belum tepu dengan pemberian wang poket pilihan raya, mereka boleh diajak membantu ke arah menukar kerajaan secara rasional dan bertanggungjawab.

Selain entiti itu yang boleh membantu memberi undi cukup kepada Pakatan Rakyat, ialah seorang  tokoh atau ahli politik bernama Tengku Razaleigh Hamzah. Kehebatan dan pengaruh Tengku Razaleigh tidak boleh dikesampingan. Beliau mempunyai kekuatan dan penyokong tersendiri. Pengaruhnya ada di seluruh negara. Kalau pun beliau tidak dapat memberi sumbangan langsung dalam bentuk kerusi tetapi penyokonganya boleh memenangkan kerusi-kerusi yang margin Melayu.

Ahli Umno yang ikhlas dalam perjuangan bersama Tengku Razaleigh kerana mereka merasakan beliau orang yang ikhlas dalam perjuangan. Mereka ini setia dan sedia menuruti apa yang Tengku arahkan. Jadi Tengku Razaleigh boleh dijadikan pemanggil untuk meraih sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat. Jumlah yang dikehendaki itu sebanyak 5 persen boleh diperolehi daripadanya.

Persoalannya macam mana hendak pastikan Tengku Razaleigh akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat? Apakah beliau bersetuju begitu saja tanpa dikenakan apa-apa bayaran ufti?  Tengku juga ada agendanya tersendiri dan seorang yang berprinsip. Nah, sekarang ini terpulang maklumkan kepada Pakatan Rakyat, bagaimana untuk mendapat sokongan dan undi Melayu yang berada di tangan Tengku Razaleigh Hamzah itu?

Perundingan boleh dijalankan dan kalau kena gaya, dan lagu rasanya Tengku Razaleigh tidak akan “kupik” untuk menghulurkan bantuan dan sokongan. Makenismenya macam mana? Ini yang perlu diwacanakan. Bagi saya, saya cukup yakin Tengku Razaleigh ada kekuatan tersendiri untuk memenangkan Pakatan Rakyat dan begitu juga sebaliknya mengalahkan Barisan Nasional. Jadi Tengku Razaleigh adalah pengadil yangh boleh diajak berunding. — msomelayu.blogspot.com

20 comments:

Anonymous said...

Analisa MSO tu belum masuk diramal lagi bila skandal seks pemimpin2 PKR dan PAS akan terbongkar secara besar-besaran dalam kempen PRU-13 ni. Masa tu, aku rasa mso ni akan tutup mulut terus dari bersuara... mungkin sebab lumpuh separuh badan bila mengenangkan pemimpin pilihan beliau banyak yang rosal moralnya...!!!!!!

Anonymous said...

1.Bila MSO buat komen Ku Li misti tak tinggal punya.

2.Sepanjang yg saya ikuti,analisa di tak pernah menjadi.

3.Analisa saya pulak senang saja:a)Pilihanraya kecil yg terakhir ialah Parlimen Hulu Selangor di mana BN berjaya menawan semula kerusi tersebut dari PKR yg masih dianggap bini muda yg sangat cun ketika itu.Sekarang PKR dah jadi isteri lonyeh,sebab banyak sangat benda yg tak kena serta janji tak di tepati.Boleh menang lagi ke?.

b)Di Keadah Pas hanyut.

c)Kelantan kalau pun BN tak menang tapi Pas tinggal nyaw ikan.

d)PP masih dalam tangan PR,tapi hanya DAP yg berkuasa sendirian.PKR hanyut,Pas tenggelam.

Anonymous said...

Majlis Syura PAS menyebut, mereka tidak mahu DS Anwar menjadi PM jika PR menang Putrajaya. Dalam masa yang sama PAS menyebut Ku Li layak menjadi PM, Ku Li kata mengarut itu semua, dia orang lama dalam UMNO, Ku Li ada NGO sendiri untuk menentang ngo R Kelantan. Kenapa masih KU LI, dalam PR tak ada kah yang 'berguna' sampai perlu harapkan pada orang2 UMNO lagi

Anonymous said...

Anon 12:52PM, Aku pelik lah cara berfikir penyokong BN ni, di org asyik fikir nak reka video sex, utk memburuk2kan pemimpin PR, nak berhujah tentang masa depan tak pandai, yg dia reti bawa video sex je, kalau kita org nak buat kerja bodoh tu lagi banyak, pemimpin BN tu lagi teruk moralnya, usah berlagaklah....

Anonymous said...

Anon 2:03 PM, Tentang Majlis Syura PAS tu hanya fitnah umno je, tak denya mereka bersidang membincangkan isu itu, hanya umno yg teringin sangat memecahbelahkan perpaduan dlm PR.
Tentang nak jadikan Ku Li sebagai PM, ni satu lagi cerita karut dari umno, bila masa pulak PR nak jadikan Ku LI sebagai PM Pakatan Rakyat, PM tiada jasa lansung utk PR, bodohlah jika kami ambil dia jadi PM kami, kami sudah ada DSAI utk jadi PM, kamu yg susah hati buat apa.....bodoh.

Anonymous said...

Kasian aku tengok cai2 PR meroyan, sabarlah bro..nak buat camna, dah MSO cakap camtu, betul lah tu.

Sabar ek..
Sabar separuh dari iman..

hek3

Anonymous said...

Kerusi Guchil Kelantan dah start berbalah, berebut nak bertanding..Nik aziz sakit kepala, nak buat camna..dan bosnya dok nak kuasa lagi..anak buat apatah lagi. Aku sokong mereka bertanding sesama sendiri..

Kahahahahahahahahahahaha!

Anonymous said...

Kalau MSO tak sebut Ku Li, takkan la takde apa2 kottt...

Asik ku li ku li ku li..

Anonymous said...

MSO ramal PR dapat 10 kerusi dari 25 kerusi di Sabah muahaaaaaaa....saya orang Sabah, berdasarkan kepada situasi setempat dalam ramalan saya PR hanya dapat kerusi antara 0-3 sahaja di Sabah.

Anonymous said...

HAHAA.... MSO ni dari zaman 80an sampai sekarang tak pernah betul ramalan, compare dgn SH AL-Attas, SHA lebih bagus ramalan. utk pengetahun generasi baru MSO sejak dulu lagi nak bersaing dgn SHA tapi asyik ketinggalan je, sorang lagi Yahya Ismail, Subky LAtif asyik tertinggal jer, tapi Subky lebih bernasib baik jd kolumnis Harakah hahaa

Melanau said...

saya rasa MSO silap dalam mentafsir negeri yang diperintah oleh Pehin Sri Taib Mahmud..PS Taib adalah ketua Menteri Sarawak..

DAP tidak akan dapat satu kerusi pun di Sarawak pada PRU13..Cina di Sarawak lain..mereka akan memenangkan DUN untuk DAP dan memilih BN untuk Parlimen.susah nak baca kepala orang cina..

Anonymous said...

Anonymous said...
Anon 12:52PM, Aku pelik lah cara berfikir penyokong BN ni, di org asyik fikir nak reka video sex, utk memburuk2kan pemimpin PR, nak berhujah tentang masa depan tak pandai, yg dia reti bawa video sex je, kalau kita org nak buat kerja bodoh tu lagi banyak, pemimpin BN tu lagi teruk moralnya, usah berlagaklah....

April 3, 2013 at 2:10 PM

---------------------------------

Ye ke mangkok, gambar Saharudin Hamid yang kene pecat sebab melancap depan laptop tu angkara UMNO la ye. Gambar ADUN elizabeth yang suka berzina dengan Hilmi Malek pun angkara UMNO la juga ke??? Sendiri mau syok, UMNO juga dipersalahkan....

Takpe..takpe... aku peduli ape mangkok hayun macam ko pun... nanti kita tengok je kawan2 lama peliwat dan penzina al-Juburi keluarkan satu persatu video manusia PALING CELAKA pernah hidup kat Malaysia ni... lama mane diua nak nafi?? Nak bersumpah pun kecut telor la mangkok hayun oooiii....!!!

Eh.. eh.. lagi satu, Eskay, Nala tu ahli UMNO ke?? Ade no. keahlian mereka tak????

Kah kah kah kah kah kah kah kah.....

pengundi parlimen Rantau Panjang said...

Ambo raso baik PAS .. menletak MSO .. sebagai WAKIL RAKYAT YG BARU UTK PARLIMEN RANTAU PANJANG .. mengantikan YB ZAILAH ..
ADAKAH MSO DAPAT MENUNAIKAN JANJI SEBAGAI WAKIL RAKYAT ..
TAKUT 2 BARE KECEK SAJA..
TAK GUNA MODAL SESEN PUN
...

Jokiden NS said...

Esei pun nak tumpang menyampuk aaa.. jangan adao yang pitam pulak.

PAS akan monang 9 kerusi Parlimen, PKR akan monang 5 kerusi Parlimen, DAP akan monang 36 kerusi Parlimen.

BN jeng..jeng..jeng 171 kerusi Parlimen.

Baki suleh tu dimonangi dek calon bebas daghi Sarawak.

Anonymous said...

Assalamualaikum semua pembaca budiman,

Kalau ikut apa yg diitulis MSO yang pro-PR itu statistik sokongan terkini ialah 35% Melayu sokong PR (melalui PAS), manakala 65% Melayu sokong BN (melalui UMNO).

100% undi kaum Cina solid pada PR (melalui DAP)?

Sedangkan kaum majoriti ialah Melayu dgn 63% dari sudut peratusan penduduk di Malaysia. Kaum Cina hanya sekitar 20%.

Jadi apakah kalau PR menang, maknanya yang menang kelak ialah DAP? Apa implikasi/kesan kepada corak pemerintahan negara kelak?

Persoalan ini yg harus dijawab oleh semua Melayu atas pagar dan pengundi baru pertama kali mengundi.

Apakah anda mahu situasi ini berlaku pada negara kita? Jadi, fikir elok-elok sebelum undi.

Nota Pendek

Anonymous said...

Kat kelantan.., logo 'T' didapati sedang cepat diterima rakyat untuk menenggelamkan logo 'R' yang sudah sekian lama ada di pasaran...

T - TUKAR Kerajaan Negeri Kelantan.

Mungkin pada saat ini, belum nampak jelas keinginan rakyat Kelantan untuk menjatuhkan PAS secara total.. Tetapi, graph BN semakin hari semakin naik..; sementara graph PAS semakin hari semakin menurun.. Mudah2an pada saat PRU nanti, graph BN akan mencapai kemuncak.., INSYAALLAH...

Anonymous said...

Tidak dinafikan bahawa ada kerusi2 Parlimen BN dlm keadaan bahaya.

Namun kerusi2 Parimen PR yg menang mengejut juga usah dipandang remeh.

1. Kuantan dgn isu the incompetent Fuziah

2. Gombak dgn isu Azmin the ice-cream man

3. Permatang Pauh sudahpun tidak menjanjikan kemenangan sehingga Anwar berkelana ke Perak

4. Kuala Krai yg kini dipegang oleh "orang luar", Dr Hatta yg bertopengkan PAS tetapi wajah sebenar adalah jelmaan Anwar

5. Lembah Pantai, asyik berpolitik sehingga Pusat Khidmat baru nak buka balik selepas 5 tahun dikunci

6. Shah Alam, pengundi Melayu tidak pagi percaya kpd Khalid yg mengadai khalimah Allah

7. Machang juga yg dipinjam oleh PAS kpd PKR, menanpilkan org kuat PKR Saifuddin Nasution, tetapi so far tidak ada apa2 sumbangan kpd rakyat Machang, yg nyata Saifuddin makin kumpul harta

8. Dan beberapa kerusi di Kedah yg menang dgn majoriti kurang 500.

MSO saya dah kenal lama, tak nak panjangkan cerita, cukup sekadar saya kata MSO melacurkan diri dlm penulisan utk dapatkan bayaran, dan dalam proses itu MSO sanggup memfitnah sesama Islam.

Kalau bayaran tak cukup, MSO akan jadi spt anjing baru terlepas dari tersepit, MSO akan gigit balik.

Anonymous said...

anon 2:10!
Semua video sex yg melibatkan puak pakatan haram tu dibuat sendiri oleh puak korang sebab sesama korang pun terpaksa bersaing utk kedudukan dan pengkat. Lepas tu tuduh UMNO yg bikin.. kekekeke! korang dlm PgayR memang kaki sex dan lucah.. baik pecacai bawahan maupun pemimpin atasan korang.. kekekekeke!!

Anonymous said...

Teruk le BN kalau mcm ni. Si MS'O' ni memang diakui seorang peramal dan penganalisis politik yg berbakat dan ada aura! Ramalannya sentiasa 200% tepat. Apa yg telah terjadi di Malaysia hari ini dah lama dia ramalkan! Hebat orangnya si MS'O' ni.Lepas ni kalau AnuGay jadi PM dia ni akan dilantik sebagai Ahlil Nujum Negara. Ahlil nujum temberang..!

usin said...

akupun tak paham ada manusia yg dengan mudah 'membayar' kpd mso untuk meramal. rekod ramalan mso berkaitan senario politik sehingga ke saat ini hanyalah pada kadar 30% sipi. 70% lagi hancussss!!! kalau masih percaya kpd 'penulis pelacur' spt mso, bermakna mindanya amat sempit untuk berfikir bahawa wang yang dibayar kpd mso hanyalah untuk menipu diri sendiri. baik makan ubat tidur la macam tu...