Tetamu Kehormat...

April 29, 2013

Peristiwa Sesudah Subuh!

Kenyataan ini benar-benar membawa kita kepada satu kesimpulan yang sahih, bahawa - unsur kafir mengkafir sememang menjadi darah daging parti PAS sejak tertubuhnya parti tersebut. Bukti dan saksi peristiwa tersebut masih hidup - beliau mendengar dengan kedua belah telinganya - dan jika terbukti beliau menipu, sudah tentu Hj Hadi tanpa berlengah lagi akan menyamannya. Beranikah Hj Hadi berbuat sedemikian? Baca berita di bawah :
 
KUALA LUMPUR, 29 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa pernah mengkafirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Pembangkang itu mengambil keputusan menyertai UMNO pada 1982. Bekas sahabat karib Anwar, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mendedahkan, tindakan Abdul Hadi itu berikutan kecewa dengan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan yang enggan menyertai Pas.

"Saya berada di sana ketika itu, saya tahu semuanya kerana saya Ketua Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Abdul Hadi mengkafirkan Anwar kerana menyertai UMNO, itu yang berlaku dulu. "Namun, kini Abdul Hadi bersama Anwar atas satu kapal dalam pakatan pembangkang meskipun Anwar terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk sokongannya terhadap fahaman pluralisme agama," katanya.

Beliau berucap dalam Wacana Isu-Isu Islam Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), di sini hari ini. Mengulas lanjut, Sidek menjelaskan, Anwar kini bukan sahaja berjaya melemahkan Pas yang dipimpin Abdul Hadi tetapi mengubah dasar perjuangan parti itu supaya berada di bawah telunjuknya.

Perkara itu, katanya, terbukti selepas Pas tunduk kepada kehendak Anwar berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sekali gus membuktikan Pas mengutamakan pertimbangan politik lebih daripada asas ajaran Islam. Bagi pihak Anwar, jelas Sidek, kehendak Penasihat PKR itu bukan sesuatu yang baharu kerana ramai mengetahui fahaman Islam liberal dibawa beliau sememangnya berkiblatkan model ciptaan cendekiawan Indonesia, Nurcholish Madjid.

Beliau turut khuatir sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar akan memberi laluan kepada Amerika Syarikat (AS) berpengkalan di Laut China Selatan dan Selat Melaka bagi memantau pergerakan China. Menurut tokoh akademik itu, beliau yakin perkara tersebut boleh berlaku berdasarkan hubungan rapat Anwar dengan pelobi Yahudi dari AS sekali gus membuka ruang kepada pelbagai bentuk penjajahan baharu di negara ini.

Katanya, soal akidah juga kini amat merunsingkan terutama di Selangor selepas terdapat gerakan Kristianisasi yang sangat aktif di negeri itu dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. "Kes murtad meningkat di Selangor sejak di bawah pemerintahan PKR. "Perkembangan itu berlaku disebabkan menularnya gerakan Kristian ini yang dibiayai pihak asing," katanya. (KL POS).

3 comments:

Megat Alam Gempita said...

Lihatlah azab dan kematian Nurcholis Majid (Cak Nur) macamana? Beliau diakhir hayat derita dengan penyakit kanser hati. Puas berubat dan diganti dengan hati orang Indonesia tapi tetap gagal. Akhirnya beliau berubat ke China, hatinya diganti dengan hati orang yang makan babi dan minum arak. Cak Nur akhirnya mati juga dalam keadaan tidak tahu bersyahadah...Nauzubillah. Suatu hari Anwar akan mati dalam keadaan hina macam itu juga...insya Allah

atiq said...

pas ringan mulut mengkafirkan seteru seislam dn merapu memaafkan/mengiakan yg baik dngnya kerana kepentingan. atas kapasiti mendokong parti brtemakan islam.menopoli segala nya pd segala segi brkehidupan tnpa hikmah yg trsirat mlh yg brsurat. sikap buru2 gini mengundang kerosakkan pd ahli2nya yg begitu telus menjadikan ajaran islam sebagai addin brmurtabat dimata rakyt msia keseluruhan.penerimaan scra santai kosep2 pr kian melalaikan/memudartkan pas.jika nak dinilai jujur dikata, pas tak perlu ada !klu brckap mempertahankan ksinambungan islam d sini. tabiat pas ibarat kera dpt bunga dimana diberi islam tapí islam itu lah yg dijadikan barg prmainan.

cahaya pelangi said...

klu parti iSLAM SEBENARnya, dia tidak akan mengkafirkan umat islam, dia tidak akan berlagak menjadi tuhan menjatuhkan hukum, syurga neraka, dosa pahala, sah atau tidak solat sesama Islam. parti Islam sebenar akan berusaha meyatu padukan seluruh umat Islam tak kira fahaman......akan menjaga kalimah Allah dari diguna pakai oleh kafir lahanat. itulah keindahan Islam yang sebenar.