Tetamu Kehormat...

April 5, 2013

Pendedahan Berani Syed Mokhtar al-Bukhary : Tolong Pergi Beli Buku Ini!

Kepada sesiapa yang masih jahil dan buta mata hati, tolong pergi beli buku ini di MPH. Buka hati tu kepada kebenaran sedikit. Jangan asyik baca Malaysiakini tak sudah-sudah. Banyak ahli korporat Melayu sudah menjadi mangsa kerakusan fitnah Anwar Ibrahim.

Di bawah ini saya paparkan sedikit pendedahan berani beliau :

1) “Itu bukanlah kali pertama Lim Goh Tong cuba membeli saya. Apabila .dia mendapat tahu saya tidak mempunyai dana untuk membangunkan sebidang tanah di Kulai, Johor, yang diperuntukkan kepada saya, dia menawarkan RM6 juta juga untuk mengambil alih tanah itu. Sekali lagi saya menolak. Saya simpan 30% saham yang diberikan kepada saya dan tanah itu kemudiannya dibangunkan oleh syarikat saya Ambang Budi. Saya menolak RM6 juta ketika itu, tetapi hartanah itu kini bernilai RM160 juta dan menjadi sebahagian daripada Tradewinds Group yang saya miliki”.

2) 2004, drama DRB-HICOM. Apa yang bermula sebagai transaksi mudah antara penjual yang bersedia dan pembeli yang berkesanggupan bertukar menjadi pertembungan hangat antara 2 hartawan dan dua kumpulan vendor. Syed Mokhtar terheret ke kancah itu: “Saya tidak tahu banyak mengenai DRB-HICOM kecuali bahawa ia telah diasaskan oleh usahawan gigih Yahya Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter pada tahun 1997. Pada awal 2004, pengerusinya Saleh Sulong, meminta untuk berjumpa dengan saya. Kami bertemu di kafe di Muzium Kesenian Islam Malaysia dan dia menawarkan untuk menjual kepada saya kepentingan 15.8% yang dipegang oleh pewaris Allahyarham Yahya. Saleh sebelum itu telah menghubungi Sime Darby dan Kumpulan Naza tetapi tiada jawapan.

Syed Mokhtar melakukan apa yang perlu: dia meminta kelulusan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, dan timbalannya Najib Tun Abdul Razak, untuk meneruskan pembelian. Dia diberi lampu hijau. Keesokan harinya, kerajaan menggugurkan bom. Ia menarik balik balik sokongan ke atas penjualan itu. Dalam pertemuan pada pukul 7:35 pagi dengan Perdana Menteri, Syed Mokhtar telah diarahkan untuk menarik balik pembelian DRB-HICOM bagi memudahkan bidaan oleh konsortium yang diketuai oleh Nasimuddin SM Amin.

Kisah pembelian DRB-HICOM kemudian berubah dengan tidak diduga apabila berlaku pergeseran terbuka antara vendor. Harta itu dibahagikan kepada dua kem; satu yang diketuai oleh Saleh Sulong, Mark Aziz Salih dan Philip Saleh Amir Saleh (60% pegangan) berbanding dengan anak Allahyarham Yahya Ahmad yang diketuai oleh anak lelakinya (40% kepentingan).

Kumpulan Saleh lebih cenderung kepada Syed Mokhtar manakala anak-anak Yahya memberikan sokongan kepada konsortium yang dipimpin Nasimuddin. Sebagai kompromi, Syed Mokhtar menawarkan untuk menjual segmen automotif kepada saingannya. Nasimuddin enggan terima. Untuk menyelesaikan kebuntuan, kerajaan campur tangan. Satu pengeluaran tender dibuat, dan kedua-dua syarikat telah dijemput untuk mengemukakan tawaran mereka. Pihak media tidak membantu, gendang sokongan lebih terarah kepada konsortium Nasimuddin yang sememangnya menonjol. Sudah biasa dengan amalan berat sebelah media, terutama media milik kerajaan New Straits Times Group, Syed Mokhtar tidak pernah hilang kayakinan. “90% daripada mereka yang menyokong saya putus asa.”

Namun Syed Mokhtar tetap tabah. “Saya tidak pernah putus asa kerana Tuhan tahu niat baik saya. Tidak ada motif terselindung. Saya mahu membeli DRB-HICOM dan menjadikannya lebih baik. Kita boleh lakukannya dengan memperluaskan nilai kumpulan.”

Apabila tawaran dikemukakan, Syed Mokhtar dengan berani mencadangkan RM3.60 sesaham sedangkan harga dagangan adalah RM2.10. Konsortium Nasimuddin menawarkan RM3.50. Jurangnya sangat rapat, dan semuaanya menunggu keputusan secara rasmi. Syed Mokhtar masih ingat dengan jelas hari penting itu. Selepas solat Jumaat pada 3 Disember 2004, pembantunya menerima panggilan daripada seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang berkata Syed Mokhtar telah berjaya dalam usahanya.

16 comments:

Anonymous said...

Lay out..baru..tahniah

Anonymous said...

ooo dah baca dah....my daughter beli dgn mnggunakan voucher buku...trime kasih DSN dan kjaan pimpinan BN...buku Tun M dan brmacam2 buku dpt anak sy beli dgn voucher yg brnilai RM 250...

mmbaca buku Syed Mokhtar mmg mngkagumkan krn brani meneroka bidang yg org Melayu kurang ...dan yg pentin Syed Mokhtar adalah usahawan/jutawan yg lahir dari DEB...

Napela org Melayu esp dari pembangkang nak cemburu bila ada Melayu yg berjaya???

Anonymous said...

Melayu... tak habis dengan sifat dengkinya..

Sanggup melihat bangsa lain berjaya daripada kita. Sudahlah bangsa melayu yg berjaya dalam perniagaan berapa kerat, yg cuma beberapa kerat ini juga yg mahu dikacaunya.

Yang pelik, bukan sahaja ahli politik bangsa lain mempertikaikan, ada juga melayu yg tak sedar diri turut menyahut salakan2 ahli politik2 ini.

Bila kita fikir balik, sudah berpuluh2 tahun kita memberi kemewahan kpd bangsa2 lain, maka apasalahnya kita tingkatkan keupayaan bangsa kita sendiri.

Anonymous said...

sambungan-

Sekurang2kurangnya dgn majunya bangsa kita dlm bidang perniagaan, keuntungan dlm bentuk zakat sedikit sebnyak membantu kita juga.

TS Syed Mokhtar banyak membantu org2 melayu seperti peluang pekerjaan (percayalah, syarikat bangsa lain cukup susah utk beri ruang utk bangsa kita, lebih-lebih lagi dalam jawatan pengurusan tinggi.)

Bukan itu sahaja, TSSM turut membantu org2 miskin (Saya mempunyai 12 org adik-beradik. Adik-adik saya pernah menerima bantuan tuisyen semasa SPM. Kini salah seorang adik saya sedang menuntut di luar negara dan lainnya di IPTA).

Kalau bangsa lain pula, apa yg kita dapat?

Lihatlah senario disekeliling kita, fikir dan tanya diri sendiri.

Anonymous said...

Buat jual, bg free ja la, awak da kaya raya, xkn x blh kot!

Anonymous said...

Oh syed mokhtar, engkau la idaman hati ku! Biar aku x dpt projek jutaan rm, walu aku layak tp aku bangga kejayaan awak! Awaklah melayu idola aku.

Anonymous said...

Dah beli dan baca buku ni masa mula mula diearkan...Ada 2 versi, BM dan BI..perlu dibaca oleh anak muda dan bakal usahawan dan pelajari kegigihan TSM. Doa saya semoga lebih ramai usahawan yang berjaya seperti TSM. Hasil didikan yang berteraskan Islam

Anonymous said...

itulah kisah,sipenyamun berebut dengan siperompak dari kubang sisamseng

jal said...

timekasihlah. sepatutnya DEB lahirkan 100 lagi macam TS SMB bukannya 100 menteri macam TS SMB. itulah sebabnya ada penentangan sekarang,,,,,

jal said...

timekasihlah. sepatutnya DEB lahirkan 100 lagi macam TS SMB bukannya 100 menteri macam TS SMB. itulah sebabnya ada penentangan sekarang,,,,,

Anonymous said...

. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

Kump. Pemuda, Puteri UMNO BERSARA Dari UMNO said...


Lihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...

BUKTI 1
BUKTI 2
BUKTI 3
BUKTI 4

Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6

crookshanks said...

Anonymous said...

Buat jual, bg free ja la, awak da kaya raya, xkn x blh kot!

April 5, 2013 at 4:56 PM
..................................

Anon 4:56PM yang pemalas. tau nak free je. Tan Sri Syed Mokhtar kaya sebab dia berusaha. Awak bukan saja malas tp busuk hati. dengki pula orang lain kaya. Untuk makluman, TS Syed Mohktar byk membantu org2 Melayu dgn membuka lebih byk peluang perkerjaan dan Yayasan nya yg byk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Saya cadangkan, awak pergi minta kerja di salah satu syarikat Tan Sri. Jangan malas semua nak free dan dengki serta busuk hati melihat orang lain menjadi kaya kerana usaha mereka.

crookshanks said...

Anonymous said...

itulah kisah,sipenyamun berebut dengan siperompak dari kubang sisamseng

April 6, 2013 at 11:12 AM
.....................................

Anon 11:12AM si penyangak

Si pemalas lagi busuk hati dan dengki dengan kejayaan orang yang berusaha.
Awak kalau malas berusaha, hidup la dalam keadaan awak sekarang. Tapi salahkan diri sendiri kalau hidup tak sekaya orang lain sebab malas asyik mengutuk orang sahaja kerja awak. Mengular pun awak juga. Asyik depan komputer, kerja dah siap?
Awak pun kalau nak kongsi kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar macam Anon 4:45PM, saya sarankan awak minta kerja di syarikat Tan Sri. Kekayaan Tan Sri dapat juga dikongsi dengan awak dalam bentuk upah dan gaji.

wisata karimunjawa said...

Ingin Liburan Ke Karimunjawa atau Karimunjawa , ingin Paket Tahun Baru Karimunjawa , ingin Paket Wisata Karimunjawa murah, Hubungi kami Tour Karimunjawa island +6285201391216 (Syaiful) PIN BB 30c9f29c. Ayo datang ke karimun jawa bersama keluarga, dengan mengikuti paket wisata karimunjawa yang termasuk biro wisata karimun jawa berpengalaman karena memberikan paket karimun jawa murah,anda sudah Bisa menikmati Wisata Karimunjawa di pulau Karimunjawa atau Karimunjawa island. lanjut bisa menghubungi www.tourkarimunjawaisland.com. Untuk mendapatkan pilihan paket Honeymoon Karimunjawa , paket Diving Karimunjawa , paket Hotel Nirvana karimunjawa , paket omah alchy karimunjawa dan Paket Murah karimunjawa , paket hotel karimunjawa, paket homestay karimunjawa, paket 2 hari 1 malam karimunjawa, paket 3 hari 2 malam karimunjawa, paket 4 hari 3 malam karimunjawa, paket 2 h 1 m karimunjawa, paket 3 h 2 m karimunjawa, paket 4 h 3 m karimunjawa , or paket karimunjawa 2 hari 1 malam, paket karimunjawa 3 hari 2 malam, paket karimunjawa 4 hari 3 malam, dan paket karimunjawa 2 h 1 m, paket karimunjawa 3 h 2 m, paket karimunjawa 4 h 3 m untuk Paket karimunjawa dan karimunjawa murah, hanya di karimunjawa tour

tenun said...

untuk order kain tenun, maupun Tenun ikat. Dan ingin membeli kain tenun ikat, Tenun rangrang, atau kain tenun jepara, dan tenun troso, toko tenun jepara, tenun bali, tenun bima, tenun baron, tenun sutra, tenun jumputan, tenun troso, tenun bima, tenun endek, tenun terbaru, tenun misris, tenun murah, toko tenun, tenun murah, grosir tenun, kain troso, beserta kain tenun sutra, kain troso terbaru, kain tenun murah, Terbaik silahkan hubungi kami toko kain tenun , toko tenun , atau toko kain troso di tokokaintenunjepara.com