Tetamu Kehormat...

April 26, 2013

Misteri Dr Mazlan Ismail di Permatang Pauh

Saya menjangkakan Anwar Ibrahim akan tewas di Permatang Pauh. Ramai yang meragui analisis saya ini. Namun demikian, saya mempunyai hujah tersendiri yang bukan daripada rasa emosi. Pertama, rasa selesa dan over confident yang terdapat di dalam diri Anwar Ibrahim. Dengan kemenangan 15 000 undi majoriti dalam PRUK yang lalu - Anwar rasa selesa dan mungkin memandang kecil kemampuan Dr Mazlan Ismail yang merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. 

Kedua, terdapat satu pakatan sulit antara DAP dengan PAS untuk menidakkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PR menang dalam PRU kali ini. Maka, salah satu cara untuk menafikan kelayakan Anwar untuk menjadi PM adalah melalui arahan sulit kepada para pengundi PAS dan DAP di Permatang Pauh agar mengundi calon BN supaya Anwar tewas di sana. 

Hal ini secara tidak langsung menterjemahkan hasrat akar umbi PAS yang sudah sekian lama menginginkan Hj Hadi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan sentimen ini, tidak mustahil unsur sabotaj terhadap Anwar Ibrahim dalam kalangan pengundi PAS akan berlaku di kubu kuat beliau sendiri. Kita sudah sedia maklum, semua ahli PAS mahukan Hj Hadi sebagai PM dan bukan Anwar Ibrahim, maka jalan terbaik untuk merealisasikan hasrat tersebut adalah dengan cara tidak mengundi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh - biar Anwar Ibrahim tewas dan Hj Hadi akan menjadi Perdana Menteri dengan mudah - malah selama ini pun DAP telah menerima Hj Hadi secara senyap-senyap sebagai calon PM.

Soalnya, mengapa DAP tidak lagi mahu Anwar Ibrahim menjadi PM? - jawapannya mudah, Anwar Ibrahim tidak boleh dipercayai, beliau mempunyai pelbagai wajah dan watak. Hj Hadi dilihat lebih jujur dan amanah daripada Anwar Ibrahim, bahkan DAP lebih mudah mengawal Hj Hadi berbanding Anwar. 

Ketiga, difahamkan Dr Mazlan mempunyai pengaruh besar dalam kalangan jentera PAS di Permatang Pauh. Mereka bukan sahaja menghormati Dr Mazlan malah turut berhajat mengundi beliau pada 5 Mei ini. PAS Permatang Pauh sememang akan menikam Anwar Ibrahim di sana - undi mereka adalah untuk Dr Mazlan, dengan harapan, kekalan Anwar Ibrahim akan membuka laluan cerah untuk Hj Hadi bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-7. 

Pada asalnya Anwar mahu berhijrah ke kawasan parlimen di Perak yang majoritinya adalah kaum Cina dan boleh dipercayai 100% tidak akan membelot. Namun demikian, pada saat-saat akhir keputusan berubah disebabkan ketidakyakinan Anwar Ibrahim terhadap sejauh mana kekuatan strategi PAS-DAP dalam berkomplot untuk menjatuhkannya. Jika benar DAP terlibat sama dalam komplot ini, maka risiko beliau berhijrah dan mengharapkan undi kaum Cina di sana akan berkecai - kerana kaum Cina lebih bersatu dalam mencapai satu matlamat jika dibandingkan dengan ahli PAS. 

Anwar Ibrahim mengetahui semua ini - maka sebab itulah Wan Azizah dalam satu ceramahnya di Permatang Pauh benar-benar merayu kepada para pengundi PR di sana agar tetap istiqamah dengan mengundi Anwar Ibrahim. Namun demikian, bagi para penyokong PAS, ini merupakan peluang terbaik untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim dan menaikkan presiden mereka sendiri agar menjadi PM Malaysia seperti mana yang mereka mahukan selama ini. Maka sebab itulah wujud satu gesaan yang berbunyi seperti di bawah :

"Jika benar selama ini perwakilan dan akar umbi PAS serius mahukan presiden kita menjadi Perdana Menteri, dan yakin PR akan memerintah Malaysia selepas 5 Mei ini, maka tolong pastikan Anwar Ibrahim tewas di Permatang Pauh - hanya dengan cara ini, InshaAllah kerusi PM ke-7 menjadi milik kita"

2 comments:

kluangman said...

Apa pentingnya anwar kpd pas, dap Dan rakyat? Duit dia dah Ada, pangkat - dia dah pegang tapi salahguna.

Tanpa anwar sebagai pm - org lain tak pandai ke?

Abdul Hayee said...

Saya juga berpendapat sama. Saya telah pergi mendengar ceramah Dr Hasan Ali, Dr Sidek Baba dan Dato Aidit di Permatang Pauh dan telah dihadiri oleh lebih kurang 3000 orang. Calon BN Dr Mazlan amat disenangi oleh rakyat P.Pauh. Ucapannya yang ringkas telah disambut dengan tepukan yang gemuruh. Dia meminta pengundi Islam supaya mengadakan solat Istikharah sebelum pergi mengundi.