Tetamu Kehormat...

April 4, 2013

Menanti Satu Lagi Kekalahan...

GOMBAK: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penyanyi terkenal tanahair, Aishah sebagai calon bertanding kerusi Parlimen Jempol. Beliau mengumumkan perkara tersebut pada ceramah 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' anjuran PAS Bukit Bintang di Markas PAS Taman Melewar, malam tadi.

Bagaimanapun Aishah yang ditemui selepas pengumuman tersebut berkata beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini. "Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya kepada Antarapos.

Ditanya berkenaan karier nyanyiannya, Aishah menambah, beliau tetap akan meneruskan kerjaya yang sudah menjadi darah dagingnya sejak 25 tahun lalu. "Sekarang pun walau sibuk berceramah saya tetap menerima undangan nyanyian yang sudah 25 tahun sebati dengan diri saya," katanya. Aishah adalah artis pertama dari Pakatan yang diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU13. Antara artis lain yang menyertai Pakatan adalah Bob Lokman, Hairie Othman, Abby Abadi dan Yassin. 

Ulasan : Jika Siti Aishah bersetuju dengan pencalonan ini, InshaAllah sudah terbayang kekalahan PAS di hadapan mata.

3 comments:

Anonymous said...

Bersetuju lah Aisha...Mat Sabu bagi penuh harapan tu...Grab the oppotunity sebab this is your first & last chance to loose he..he..

abd naser bin bedu said...

Saya cuma ingin menasihatkan Siti Aishah, berhati-hati dengan manusia yang bernama Mat Sabu, sebab sejarah hitam dia dah membuktikan siapa dia sebenarnya.. bini orang pun bole dirampasnya.. tidak mustahil perkara yang sama akan berulang.. kalau dah namanya anjing kalau tak makan tahi,dicium dan dihidu pun cukup...

Anonymous said...

konfirm bungkus ..kalau ada sokong pun cina bahau je ...aku duk serting tau le