Tetamu Kehormat...

April 29, 2013

Menanti Cik Murnie Hidayah Anuar Rebah di Paya Besar

Mempertaruhkan wajah sebagai modal menarik pengundi muda - sudah berakhir. Jika di bandar-bandar besar strategi tersebut mungkin berjaya, namun demikian tidak di kawasan pinggir kota atau masyarakat kampung. Murnie yang terlalu muda dan tiada pengalaman dalam politik cuba diangkat oleh Anwar Ibrahim sebagai calon di DUN Paya Besar - sekali gus mengetepikan calon-calon yang jauh lebih senior daripadanya. Semua ini mengakibatkan seluruh jentera PR Paya Besar runtuh dan roboh - yang tinggal hanya poster dan para petugas muda yang tiada pengalaman.

KUANTAN 29 April - Kira-kira 50 ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Paya Besar malam tadi menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen tersebut, Datuk Abdul Manan Ismail pada pilihan raya umum ini. Mereka menyatakan ikrar tersebut di hadapan Abdul Manan pada satu majlis yang diadakan di Lepar Hilir 4, dekat sini malam tadi. Kumpulan yang diketuai, Azman Yusof, 48, itu bertindak demikian selepas kecewa dengan pucuk pimpinan yang didakwa gagal memberi perhatian kepada suara ahli akar umbi. Menurut Azman, sokongan ini menandakan mereka kembali ke pangkuan UMNO dan BN yang diakui membawa banyak perubahan kepada tanah rancangan berkenaan. "PKR Paya Besar kini dalam keadaan bercelaru apabila Ketua Cabangnya, Zahari Mamat turut mengumumkan keluar parti dan bertanding Bebas. "Sebab itu saya percaya ramai lagi rakan-rakan dalam PKR akan meninggalkan parti sedikit masa lagi kerana kemelut dalaman," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments: