Tetamu Kehormat...

April 22, 2013

Mat Taib Kembali!

Apabila ramai pemimpin kanan PAS atau PKR menyertai BN - maka mereka pun meroyan, kononnya BN mengambil para pemimpin kudis yang dibuang dan tidak berkualiti - Nah sekarang! Korang ambil kudis atau pun tahi sebenarnya?
 
BATANG KALI - Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung,  mengejutkan banyak pihak. Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.

Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad  dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli Pas di Ibu Pejabat Pas Pusat hari ini. "Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.

"Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya kepada Sinar Harian semalam. Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.

Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran. Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu. "Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya. Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno.

1 comment:

skodeng said...

sebab veteran ni gile nak tunjuk kuasa.. pergilah tok mat.. taik hang pun dah banyak kat UMNO.