Tetamu Kehormat...

April 19, 2013

Lim Kit Siang Menangis : Air Mata Bohong!

Mengapa DAP bersungguh-sungguh mendakwa kononnya ROS (Pendaftar Pertubuhan) tidak membenarkan DAP menggunakan logo mereka sendiri dalam PRU kali ini? Benarkan begitu? Dan mengapa juga, DAP bersungguh-sungguh mahu menggunakan logo PAS dan bukan PKR? Jawapannya mudah - yang pertama DAP mahu menunjukkan kononnya kerajaan melalui ROS berlaku zalim terhadap parti ultra kiasu itu, sekali gus DAP bakal memperoleh undi simpati daripada masyarakat Cina. Kedua, mengapa DAP memilih logo PAS dan bukan PKR? Jawapannya mudah, DAP hanya memerlukan undi para penta'asub PAS untuk memastikan sekurang-kurangnya mereka menang tipis. Dalam soal ini, hanya PAS sahaja yang mampu membekalkan sejumlah pengundi yang buta mata hati daripada memilih selain daripada parti mereka. Persoalannya benarkan ROS tidak mengizinkan DAP menggunakan logo mereka? Dan mengapa DAP berbohong kepada rakyat tentang perkara yang sebenarnya? Ini jawapan ROS :

Sementara itu, ROS mengesahkan masih menjalankan kajian terhadap pendaftaran DAP berikutan pertikaian yang berlaku dalam kalangan ahli parti itu. Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, berdasarkan Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966, pihaknya tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu pada 15 Disember tahun lalu. "Kita telah memaklumkan kepada DAP tentang perkara ini dan siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan. 

"Walau bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.  (Sumber klik sini).

Yang ini pula kenyataan daripada SPR :


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa DAP boleh menggunakan lambang roket untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Penggunaan lambang itu dibenarkan walaupun siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu masih berjalan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusoff berkata, siasatan itu sama sekali tidak akan memberi kesan kepada parti tersebut dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada hari pengundian nanti. "Ia tidak akan memberi kesan kepada DAP kerana parti itu belum lagi digantung atau dibatalkan dan ROS memberi tempoh sebulan. "Jadi, DAP masih boleh menggunakan logo dan mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini. (Sumber klik di sini).

JOHOR BARU, 19 April — Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menghalang DAP menggunakan logo mereka  untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini mungkin akan memberikan kesan kepadanya yang bertanding di Gelang Patah. “Peluang saya untuk menang di Gelang Patah daripada 50-50 sebelum pengumuman meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman, kemudian 45-55 dengan pencalonan Ghani,” akui Lim ketika sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini.

“Dengan pengharaman penggunaan lambang DAP, peluang saya hanya 40, manakala 60 peratus Ghani.”
Beliau yang dilihat menangis ketika sidang media berkenaan turut mengakui pengundi sudah pasti akan terkeliru dengan logo yang akan digunakannya dalam pilihan raya kali ini. “Kalau hingga pukul tiga petang ini RoS tak keluar surat tarik balik kita akan gunakan logo parti komponen,” kata Lim merujuk kepada PAS dan PKR. Lim menjelaskan, sehingga tempoh itu, sekiranya RoS masih membisu, DAP akan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak.

“Bagi Semenanjung, DAP akan pakai PAS, dan Sabah Sarawak pakai PKR, jika RoS tak benarkan DAP guna lambang parti.“Ia menjadi penentu sama ada cubaan ‘menghancurkan’ (DAP) kerana orang tak faham atau mungkin PR akan ke Putrajaya kerana rakyat rasa marah dengan perkara ini,” tegas Lim yang merupakan calon DAP di kerusi Parlimen Gelang Patah. Lim juga yakin tindakan yang dikenakan oleh RoS itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu termasuk MCA, namun enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut. “Parti komponen dengan serta merta tampil ke hadapan untuk beri segala bantuan yang kita perlu.
“Tetapi, calon kami tetap DAP ... hanya lambang parti sahaja yang berbeza,” tambahnya. (Sumber klik sini).

No comments: