Tetamu Kehormat...

April 26, 2013

Kisah Tangan Kiri Dr Novandri Hancur Dijaja Blogger Pakatan Haram

Budaya memberi hukum dan mendahului Allah sememangnya sudah sebati - bahkan semacam sudah menjadi darah daging kepada sebahagian besar penyokong, ahli dan bloggers Pakatan Haram. Isu yang melibatkan kematian, kemalangan atau bencana seringkali diketahui punca dan sebab musababnya oleh para bloggers Pakatan Haram - seolah-olah mereka begitu arif lagi bijaksana menentukan mengapa dan kenapa Allah menurunkan semua itu.

Terkini, blogger terkenal Pakatan Haram Kelab Greenboc seolah-olah cuba mendahului Yang Maha Esa  dengan membuat andaian rambang yang jijik lagi hanyir, kononnya apa yang berlaku ke atas Dr. Novandri tempoh hari merupakan balasan Allah kepada blogger UMNO tersebut. Tiada sesiapa pun yang berhak untuk membuat justifikasi khusus terhadap apa-apa yang menimpa seseorang itu, sama ada merupakan balasan daripada Allah atau sebaliknya. Siapakah kita untuk membuat andaian atau sangkaan seperti itu?

Setiap daripada kita semuanya melakukan dosa. Dosa para bloggers Pakatan Haram yang tidak henti-henti memfitnah Rosmah, menuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, membohongi rakyat kononnya undi awal untuk polis sudah bermula sebelum tarikhnya, memfitnah Mahathir, memfitnah Rais Yatim dan ribuan tulisan mengkafirkan ahli UMNO selama ini, jauh lebih besar dosanya - jika mereka mahu berfikir. Ingat! Bukan kerana anda- para bloggers Pakatan Haram yang tidak mengalami kemalangan jalan raya, bermakna anda bersih daripada dosa melakukan fitnah kepada para pemimpin UMNO. Mungkin masanya belum tiba bagi Allah menghukum kamu semula. Jangan mudah mendabik dada kononnya kamu berada di pihak yang benar. (Baca cerita fitnah hanyir di sini). Mereka juga lupa fitnah-fitnah yang mereka ciptakan di bawah ini..


1 comment:

shah ashburn said...

Tuan tanah kedaung oi!
Bila masa blogger dr mim tu ada pernah siarkan berita yg tidak fitnah pakatan rakyat? Err cuma bila mintak kasian jgn saman jer pon yg berita benarnya! So..penyokong pakatan rakyat yg doakan kot dr mim kena bala tu!