Tetamu Kehormat...

April 8, 2013

"Kisah Sidek Baba yang Saya Kenal"- Fitnah Hanyir Lagi Jijik Abad Ini!

Kisah bohong lagi fitnah yang sengaja direka-reka bagi memburukkan peribadi Prof. Dr. Sidek Baba sudah mula dikesan sejak 6 April lalu. Dengan menggunakan nama "Hj Omar Bin Abdul Rahman" yang kononnya berasal dari Ipoh Perak dan merupakan kenalan rapat Sidek Baba - telah menulis keburukan dan peribadi Sidek Baba yang didakwa terlalu kotor, keji dan aib. Modus operandi yang kita sedia maklum ini sebenarnya tidak memberi sedikit pun kesan ke atas pendedahan berani Sidek Baba berkenaan siapakah Anwar Ibrahim yang sebenar beberapa hari lalu. Yang jelas, Ketua Pembangkang itu sememang tidak menyangka, bahkan terkejut dengan segala kajian dan bukti yang telah dilakukan oleh Sidek Baba secara ilmiah lagi teliti berhubung Anwar Ibrahim yang didedahkan beliau kepada Tun Mahathir baru-baru ini.  Baca kisah bohong dan palsu berkenaan Sidek Baba di bawah atau klik di sini untuk ke sumber asalnya.

Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.

Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan. Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.

Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah prime land milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. 

Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar. Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik  yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.

Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa memorable academic paperdan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.

2 comments:

Brahim Nyior said...

Fitnah berleluasa akibat didikan pemimpin PR. Dr. Sidek Baba seorang ilmuwan yang sebelum ini tidak bercakap soal keburukan Anwar, selama itu tidak terdengar pun keburukan beliau.

Apabila membuka mulut menceritakan kisah pengalamannya yang tidak memberi keuntungan kepada PR, maka timbullah cerita negatif tentangnya.

Memang kuat fitnah PR ni.Moga Allah mendatangkan kekalahan kepada PR dalam PRU13 kali ini.AMIN..

rosas delima said...

Fitnah berleluasa berlaku disebabkan falsafah & amalan berpolitik berorientasikan pecah-belah-fitnah dikalangan org kita. Amalan ini telah membuahkan hasil yg tak elok...org kita berpolarisasi mengikut aliran pemikiran politik bukan mengikut seruan Ilahi supaya jangan berpecah-belah. Sebilangan besar kelompok masyarakt terperangkap termasuk golongan yg dianggap ilmuan spt oztaz/ulama/tok guru/mufti yg sering dikaitkan sbg pewaris nabi. Penyelesaian perlu diusahakan oleh pemimpin politik & para ulama..sekurang-kurangnya bermula dgn menggariskan Dasar Pembangunan Ummah Menurut AlQuran...next susun strategi pelaksanaan secra bersepadu tanpa ambil hal ttg ideologi politik p-b-f yg dah tercemar. RD5