Tetamu Kehormat...

April 26, 2013

Kisah Kamilia Mohon Maaf dan Sebuah Sajak daripada Dewata Abang Besar

Permohonan maaf Datuk Kamilia yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini sudah terlewat. Nasi sudah menjadi bubur. Kekecewaan beliau sama sekali tidak dapat dimaafkan oleh seluruh ahli wanita UMNO yang selama ini mengangkat beliau ke puncak kuasa. Malangnya - ini yang UMNO dapat. Saya tahu, secara tersirat Kamilia menyesal dengan perbuatannya, kerana beliau sendiri mengetahui bahawa perjuangan melalui "calon bebas" tidak sampai ke mana. Beliau bukan sahaja kehilangan jawatan - bahkan kawan-kawan juga. Mereka yang selama ini rapat dan menyokong Kamilia sangat sedih dengan cara beliau menunjukkan rasa kecewanya. Di bawah ini ada sebuah sajak yang ditujukan kepada Kamilia. Ditulis oleh seorang pengundi di Kuala Kangsar yang menggelarkan dirinya sebagai  "Dewata Abang Besar" dan di SMS kepada saya semalam.

Tajuk : "Ku Pilih Menjadi Pelupa"

Kamilia, Kamilia, Kamilia
watak kepimpinan mu terseradung di tangga perjawatan
adakah kau akan menaiki roket ke bulan
yang hijaunya sudah pudar warna
atau, kau pilih berenang di lautan keadilan
yang biru lunturnya sudah berbau
rupanya kau ingin menjadi adiwira
lalu memilih kebebasan

Kamilia, Kamilia, Kamilia
nama mu akan terus kekal
sebagai nama lagu
tidak lebih daripada itu
lagu yang dilupakan liriknya
kerna tewas dalam pertandingan

Kamilia, Kamilia, Kamilia
hampir terlupa aku
ada gelaran Dato' pada pangkal nama mu
namun..
ku pilih menjadi pelupa.

Dewata Abang Besar
Menora
15:30 ptg. 240413



SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar. Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti. “Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai. “Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya. Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini. Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar. “Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini,” katanya. Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas. Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad.

2 comments:

skodeng said...

teruskan perjuangan mu! kalau dikau menang pun.. suara mu akan terbenam jauh... nun jauhhhhhhh disinun... itu sajak rengkas saya..

prfct stranger said...

tahniah kak pilihan yg betul akak telah memilih utk tidak menjadi lembu