Tetamu Kehormat...

April 22, 2013

Kisah Blogger PR Puji PapaGomo dan Che Johan Serta Kekecewaan Cikgu Bard

Akhirnya, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa - tapi terlalu ramai yang sebut perkosa), Datuk Ibrahim Ali dapat bertanding satu sama satu dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Che Johan Che Pa yang dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) menarik diri.

Kawan saya ramai orang Kelantan. Mereka kata, kalau bertanding satu sama satu, Ibrahim ada peluang. Dan, laluan untuk anak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi pertaruhan PAS di kerusi parlimen Pasir Mas itu dikatakan sengit. Untuk rekod, sejak 1990, Ibrahim tak pernah menang kerusi Pasir Mas atas tiket BN la'natuLlah.

Saya tidak ada cadangan langsung untuk menambah apa yang saya tulis tentang Nik Abduh. Tunggulah sampai habis pilihan raya. Saya hanya nak tulis tentang Che Johan. Ada orang bertanya dengan sinis, "berapa banyak (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bagi duit kat Che Johan?!" Saya tak nak campur tangan fasal soalan itu.

Yang saya nak katakan, dari segi setiakawan, Che Johan jauh lebih mulia dari calon-calon PAS dan PKR yang dilaporkan bertanding sesama sendiri di kerusi Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tak ada kecuali seorang pun, bagi saya, mereka semua, dan pemimpin yang terlibat dengan pencalonan mereka, adalah Umno. Mereka mungkin memegang kad keahlian PAS atau PKR, tetapi mereka tentera setia Umno yang membuka laluan mudah kepada kemenangan parti kesayangan mereka itu di Labuan dan Sungai Acheh.

Di baju mereka mungkin ada lencana PAS atau PKR, tetapi di hati mereka ada lambang jahanam Umno yang saya mohon Allah s.w.t. mela'nati parti itu (ulang lagi, mohon Allah la'nat parti Umno dan bukan orang-orang Umno). Di bawah berita Malaysiakini bertajuk "PAS, PKR bertembung di 7 kerusi", saya tulis (i have no time to mince words and i offer no apology):

Punya la lama gila Najib tangguhkan time pilihan raya. Memang lebih dari cukup masa nak selesaikan soal calon. Memang babi la hampa ni semua! Yg bertanding sesama sendiri tu lebih hina dari puki babi, walaupun bertaraf ustaz. Ustaz butoh pak hang!! Saya tambah lagi kira-kira pukul 7.35 malam apa yang saya tulis tu:

aku tengok banyak blog, komen dan status yang ejek Papagomo krn tak bertanding di Permatang Pauh. Kata dia penakut la, apa la. Dari segi setiakawan dengan Umno BN dia, dia lebih mulia dari calon2 PAS PKR yg bertanding sesama sendiri. Paling hina bagi aku ialah calon PAS di Kota Damansara. Kurang ajaq of the highest kind! aku nampak, rata-rata puak PAS yang bertanding sesama Pakatan Rakyat tu ialah puak Unity Government (baca Umno).

Di Sungai Acheh, telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. PAS (UG) kencing keputusan itu dan lawan che'GuBard yang mewakili PKR di situ.

Di Kota Damansara, PAS (UG) sengaja sabotaj Dr Mohd Nasir Hashim (ADUN Kota Damansara 2008-2013) yang mempertahankan kerusinya di situ atas tiket PKR yang jadi kawan PAS dalam Pakatan Rakyat. Bukan rahsia lagi Dr Mohd Nasir tidak disukai oleh Zaharuddin Muhammad menantu Presiden PAS yang duduk di Kota Damansara dan disebut-sebut sebagai "pemerintah" Masjid Kuning di situ.

Dengan dua contoh di atas, buatlah kesimpulan sendiri. Hello PAS (UG), aku langsung tak nampak apa beza hampa dengan jenis-jenis seperti Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Nordin. (Untuk sumber klik sini dan di sini.)


No comments: