Tetamu Kehormat...

April 28, 2013

Kami Telah Bertaubat

LARUT 26 April - Pas Larut menerima tamparan hebat berikutan seramai 530 ahlinya bertindak keluar parti kerana kecewa dengan parti itu yang didakwa tersasar daripada perjuangan Islam sebenar. Kumpulan itu kemudiannya menyerahkan borang permohonan keahlian menyertai UMNO kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bayor, Selama, di sini hari ini. 

Mereka merupakan 130 ahli Pas Kampung Tapah, 100 orang dari Kampung Parit Dalam dan 300 lagi dari Kampung Raja Bersiung, Kubu Gajah dekat sini. Bekas Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md. Shuhor, 62, berkata, beliau meninggalkan Pas kerana merasakan kepimpinan parti itu tersasar jauh daripada prinsip perjuangan asal menubuhkan sebuah negara Islam. Katanya, Pas kini tidak lagi relevan kerana sanggup menggadaikan wadah perjuangan sebenar dalam melaksanakan undang-undang Islam termasuk hukum hudud. “Pas telah beralih arah kepada konsep negara berkebajikan yang mana langkah tersebut mirip kepada usaha dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat selama lebih 50 tahun. Oleh itu, saya merasakan Perdana Menteri kita harus diberikan sokongan oleh rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO itu kepada Najib yang juga Pengerusi BN.

2 comments:

prfct stranger said...

kah3 modal lama umno masuk umno,betul la kata madey dlm umno tingal yg bodoh je

cahaya pelangi said...

modal lama PAS lagi hebat dan keji. apo pun PAS ado video sex topa ali.. jungkang jungkit katil.. pkr ado video melancap ketika bercating.. itulah kehebatan pakatan.. ko ado?