Tetamu Kehormat...

April 11, 2013

Kami Benci Ramalan Seperti Ini!

Kuala Lumpur: Penganalisis politik meramalkan Barisan Nasional (BN) boleh menang sekurang-kurangnya 160 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ini berdasarkan kepada rekod pencapaian BN yang baik, agenda pembaharuan dan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak 2009.  Penganalisis politik, Prof Dr Hoo Ke Ping, juga yakin BN mampu merampas kembali tiga negeri dikuasai pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, Kelantan akan kekal di tangan PAS kerana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menggunakan isu hudud pada saat-saat akhir untuk menarik sokongan orang Melayu di negeri itu,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengambil bahagian dalam program Kita Bincang anjuran Harian Metro di sini, semalam.

Program bertajuk ‘PRU-13-Ibu Segala Pilihan Raya dan Hala Tuju Negara’ turut disertai Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian. Pengarang Politik Harian Metro, Nasharuddin Muhammad bertindak sebagai moderator.

Rakyat marah

Ke Ping menjelaskan, kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga pada PRU-12 bukan disebabkan faktor parti, tetapi rakyat marah kerana kadar inflasi dan harga barangan melambung tinggi sekali gus meningkatkan kos sara hidup.“Bagaimanapun, usaha Najib mensejahterakan rakyat sejak mengambil alih pemerintahan empat tahun lalu berjaya menawan kembali pengundi muda Cina di luar bandar untuk menyokong BN.

“Peningkatan sokongan pengundi luar bandar termasuk Cina dan India kepada BN akan membantu kemenangan besar BN pada PRU-13,” katanya. Mengenai calon payung terjun pakatan pembangkang, beliau berkata, ia strategi salah dan lemah yang akan memakan diri.

Sivamurugan pula berpandangan BN mampu menang PRU-13 sekiranya tidak ada pihak yang sabotaj parti selain faktor calon disenangi ramai. “Pelbagai pembaharuan dilaksanakan Najib sejak empat tahun lalu membantu mengukuhkan sokongan dan akan dijadikan penilaian untuk menentukan kemenangan BN.

Pengundi bijak

“Pengundi kini semakin bijak dan boleh menilai apa yang dilakukan pembangkang di negeri dipimpin mereka,” katanya. Mengenai manifesto BN, Sivamurugan berkata, Perdana Menteri mengambil risiko dengan menjadikannya sebagai aku janji dan sanggup dihukum jika gagal melaksanakan dalam tempoh lima tahun, manakala manifesto pembangkang pula bersifat populis. (Sumber klik di sini).

No comments: