Tetamu Kehormat...

April 24, 2013

Kalaulah Perkataan Ini Keluar daripada Mulut Pemimpin UMNO - Confirm Jadi Kafir

Cuba bayangkan - jika perkataan ini keluar daripada mulut pemimpin UMNO - confirm dikafirkan oleh PAS tak sampai 24 jam. Baca berita di bawah, apa kata bekas MB Selangor berkenaan Hudud.

SHAH ALAM, 24 April — Pelaksanaan hukum Hudud tidak sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini, kata penyandang Menteri Besar Selangor di sini hari ini. Menurut Abdul Khalid Ibrahim, walaupun Hudud diterima oleh sebagai salah satu prinsip pentadbiran Islam, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkannya untuk dilaksanakan bagi menghormati rakyat Malaysia pelbagai kaum.

“Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, Hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. “Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” kata Abdul Khalid merujuk kepada hukum Hudud dalam satu sidang akhbar di Dewan Perumahan Exco di sini. Menurut Abdul Khalid lagi, untuk melaksanakan Hudud, persetujuan rakyat perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum ianya dapat diimplementasikan.

“Tetapi, pelaksanaan untuk masyarakat Malaysia, tidak dianggap sebagai satu ketetapan, sebab kita ada mempunyai perlembagaan, yang memberikan hak kepada semua kaum dan mengikut keadaan yang ada sekarang. “Tapi pelaksanaan Hudud yang melebihi dari apa yang ditetapkan oleh perlembagaan, perlu mendapat kelulusan semula rakyat Malaysia,” tambah beliau yang juga merupakan pengerusi Pakatan Rakyat (PR) Selangor. 

Pelaksanaan hukum Hudud telah diperjuangkan oleh PAS sebelum ini semenjak parti tersebut ditubuhkan. Namun, setelah bersama PR yang juga dianggotai oleh PKR dan DAP, PAS tidak lagi mengangkat hukum Hudud sebagai isu utama dan lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Buku Jingga dikeluarkan oleh pakatan tersebut. (Sumber klik sini).

1 comment:

skodeng said...

sula dulu pezina mustofa ali....