Tetamu Kehormat...

April 23, 2013

Kalau Mufti Pun Undi BN...Apatah Lagi Kita

KUALA LUMPUR 23 April - Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini. Tegas beliau lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan. Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin Pas, telah mengangkat martabat Islam. "Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam. "Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

6 comments:

Istana Bunian said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH.

YAKINLAH BAHAWA PERJUANGAN UMNO UNTUK MENGANGKAT SYIAR ISLAM, BANGSA MALAYSIA DAN NEGARA TERCINTA.

BENAR.
UMNO BERADA DILANDASAN YANG BETUL LAGI JELAS.
sedikit kelemahan, menandakan semua manusia adalah lemah dan kita wajib berserah kepada Allah.

Azli Shukri said...

setuju dengan tuan

celana biru said...

Pas tidak memperjuangkan Islam sebaliknya menzalimi Islam dengan:
@ tuhan mencarut, tuhan samsing
@ mengkafirkan orang lain, mengeluarkan fatwa-fatwa songsang
@ mengeluarkan Amanat Hadi
@ mengizinkan kalimah Allah di gunakan dalam bible
@ mempermain-mainkan hudud
@ bersubahat dengan kafirun yang terang-terangan menolak Islam
@ membelakangkan Islam demi kerakusan kuasa
Sesungguhnya jauhilah Pas kerana mengundi Pas adalah HARAM.

skodeng said...

undi BN .. itulah rangkaian bangsa rakyat Malaysia, setiakawan sesama manusia ciptaan Allah.

ASHAMSURI said...

blog tuan juga saya sudah pautkan kembali..salam perjuangan..

kluangman said...

juanda telah diugut dan dibeli oleh umno ... hahaha saya tolong bagi jawapan standard puak sebelah sana