Tetamu Kehormat...

April 2, 2013

Jawapan Dr. Hassan Ali

Hampir setiap hari saya dihujani dengan pertanyaan samada saya bertanding dalam PRU ke 13 dan kalau bertanding di mana dan atas tiket apa.Pertanyaan sedemikian bukan sahaja datangnya daripada pengamal media tetapi juga dari kalangan ahli-ahli politik BN dan Pakatan Rakyat serta sahabat-sahabat dan orang ramai  yang ingin mengetahui  arahtuju kerjaya politik saya.

Saya tersentuh dengan darjah kepedulian mereka yang terlibat. Barulah saya memahami sebenarnya nilai politik seseorang daripada kacamata mereka yang sering mengikuti perkembangan politik tanahair.

Sebenarnya banyak cadangan dikemukakan kepada saya khususnya mereka yang ingin melihat apa yang boleh saya sumbangkan kepada Negeri dan Negara yang selama ini dilihat bahawa saya berkecenderungan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja.

Sebahagiannya mencadangkan saya bertanding diperingkat Negeri dan tidak kurang pula yang ingin melihat saya berada diperingkat Parlimen seperti yang pernah saya lakukan dalam PRU ke 10. Bahkan terdapat gesaan supaya saya mengekalkan kerusi DUN Gombak Setia.

Ada juga dikalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama PAS sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun ke kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu.

Sehingga ini saya belum membuat keputusan akhir mengenai cadangan-cadangan yang diterima termasuk perancangan pilihan saya sendiri. Saya sedang meneliti situasi dan persekitaran politik samada Negeri atau Nasional. Di samping itu saya lebih selesa memilih pendekatan untuk terus mengalu-alukan input daripada berbagai pihak untuk membolehkan saya menjuruskan langkah akhir yang sepatutnya saya ambil dalam karier politik saya.

Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuangan IMR – Islam Melayu dan Raja melalui JATI yang saya diminta menerajuinya.

Apapun yang penting bagi saya bukan Negeri atau Parlimen atau samada bertanding ataupun tidak. Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat negeri ini untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja. Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang.

Mengenai parti atau lambang apa saya harus gunakan , perkara inipun saya menerima  banyak  cadangan. Saya masih meneliti kebaikan keburukan bukan sahaja mengenai diri saya yang terlibat secara langsung malah berkait rapat dengan anggota keluarga, sahabat handai, rakan seperjuangan dan seluruh anggota masyarakat.

Diharap penjelasan ini dapat meredakan sedikit keinginan yang melonjak dikalangan mereka yang begitu perihatin untuk bersama-sama melihat kejayaan politik saya dan mesej IMR yang saya perjuangkan.

Seperti biasa sebagai insan yang kerdil mungkin saya hanya dapat merangka, merancang dan melaksanakan apa juga bakal keputusan yang dibuat tetapi seperti kelaziman seorang Muslim saya menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah SWT.

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL
27 MAC 2013

10 comments:

Anonymous said...

Tenha menunggu vedio Solar Dr hassan Jati

Anonymous said...

TOLONG LA. NAK TEMUNTAH AKU DENGAR. ORANG YG TAMAK NAK JADI MENTERI BESAR AKHIRNYA BERTARAF ANJING KURAP. DUDUK DIAM2 BOLEH TAK ?? BUAT SEMAK POLITIK MALAYSIA JE. GENERASI Y TIDAK MEMERLUKAN ANDA. SEDARLAH BAHAWA KO TU HANYA DIPERGUNAKAN OLEH UMNO UTK MEMPERTAHANKAN KUASA DENGAN NIAT MEREKA MEMBOLOT HARTA DAN DANA RAKYAT. KENAPA KO SOKONG PEMIMPIN YG KORUP ?? ISLAM AJAR MCM TU KE ?? DAH .. PERGI MAIN JAUH2. MENYAMPAH RAKYAT TENGOK MUKA KO YG SENTIASA PERASAN BAGUS. KALAU KO NAK TAK TAU KEBENCIAN RAKYAT, AKU CABAR KO BERTANDING DI SHAH ALAM LAWAN KHALID SAMAD.

Anonymous said...

AKU PULAK NAK TERMUNTAH BACA KOMEN KAMU ANON 6.21 PM.

TAK SEDAR DAP NAK TENDANG PAS DAN PKR SEKIRANYA MEREKA DAPAT BERKUASA. KENAPA BODOH SANGAT SAMPAI TAK BOLEH BERFIKIR.

Anonymous said...

AKU CADANGKAN KAT HASSSAN JATI NI GUNA PARTI CHOP KEPALA LEMBU....

BIAR LEMBU2 JA YANG MENGUNDI DIA...

HA..HA..HA...

MANGKUK HAYUN NI DAH TAK LAKU WEIIII...
BIARLAH DIA PERASAN SENDIRI...
BIARLAH DIA BERKHAYAL SENDIRI...

SAPAPUN TAK TERINGIN NAK CALUNKAN DIA LAGI DAH....SBB MULUT MACAM BAU LONGKANG.

Anonymous said...

Anon 7:40...Terserlah kegementaran puak2 macai PR terhadap Dr Hassan Ali. Dalam negara yg mengamalkan amalan demokrasi , sesiapa yg layak dari segi undang2 & perlembagaan negara untuk bertanding dl pilihanraya maka kita mengalu-alukan untuk bertanding. Biar rakyat membuat pilihan. Usah khuatir ... Rakyat cukup bijak untuk memilih pemimpin yg bersih, benar, menepati janji dan sentiasa berjuang di landasan yg betul.

Anonymous said...

1.Nak tanya Hassan, siapa dari kalangan Pakatan Rakyat nak tanya awak bertanding ke tidak? tak ada siapa heran dan peduli pun muka macam awak, tak usahlah nak kelentong.

2. Si baghal yang kata DAP nak tendang PAS ke PKR tu tak tahu politik ke? macam mana DAP nak berkuasa kalau dia bertanding tak lebih dari 46 kerusi parlimen je, sedangkan kerusi parliman ada 222.

3. Hassan tak habis-habis nak pertahankan IMR (Islam, Melayu & Raja), kan perkara-perkara tersebut dah termaktub dlm perlembagaan. Parti2 dlm Pakatan Rakyat pun dah tandatangani pengistiharan dalam satu konvensyen yg lepas untuk mempertahankan perkara tersebut.

Jangan fikir rakyat bodoh macam awak!!!















Anonymous said...

Anon 11:47 PM nampak sangat dah ketinggalan zaman kalau menyangka DAP hanya bertanding 46 daripada 222 kerusi.

Itulah akibatnya kalau hari2 dok isi kepala hotak dengan bahan bacaan daripada sumber yang sama H.K.R.

Luaskanlah fikiran dan minda kamu dengan bahan bacaan yang lain.

Anonymous said...

I am from Gombak Setia constituency-your constituency.. Hassan Ali you have betrayed our vote's..stay away from here you skunk or you'll loose bad,that's a promise!!

Anonymous said...

Kita sama2 tengok..........kau nak vote lambang apapun....yang jujur dalam perjuangan itulah yang akan menang dan kekal sampai kepenghujungnya....sekarang tak nampak sebab kita terlalu taksub dengan pilihan masing2 sampai lupa akan kebejatan diri.....kau akan nampak akhirnya.........Ya Allah tunjukkanlah jalan

Anonymous said...

DAP tak perlu banyak kerusi untuk berkuasa jika PR menang. Tulah, PAS, tak reti-reti lagi mentaliti DAP. Dah tak tau nak kata apa jika org Melayu tolol lebih percayakan DAP dari Hasan Ali.