Tetamu Kehormat...

April 24, 2013

Jangan Pandanga Rendah Kehebatan Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, 24 April — Flat bersaiz 650 kaki persegi di Pantai Dalam adalah tempat dimana penjual nasi ayam Norli Mohamat Nor, suami dan dua orang anaknya tinggal adalah sempit akan tetapi sekurang-kurangnya ia adalah miliknya di ibu negara Malaysia ini. Wanita berumur 33 tahun itu adalah penduduk skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi mengatakan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin membantu beliau dan penghuni flat lain untuk membeli unit berharga RM35,000 itu, membolehkan mereka tidak perlu terus menyewa kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kepada beliau dan jiran-jirannya calon Barisan Nasional (BN) harapkan di dalam usaha untuk mengalahkan ahli parlimen penggal pertama yang popular Nurul Izzah Anwar dalam perebutan untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai bagi pilihan raya 5 Mei. “Selepas Shahrizat kalah, Datuk Raja Nong Chik keluarkan surat tawaran untuk beli rumah dengan harga RM35,000 seunit,” kata Norli kepada The Malaysian Insider minggu ini, merujuk kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil, bekas ahli parlimen Lembah Pantai yang kalah pada 2008 dan memberi laluan kepada Raja Nong Chik untuk bertanding. 

“Raja Nong Chik telah membuat banyak perubahan. Beliau tarkan jalan, bantu kami beli rumah. Terdapat banyak perubahan,” tambah Norli memuji calon Umno itu yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Perancangan Bandar pada tahun 2009. DBKL dan projek-projek berada di bawah bidang kuasa Raja Nong Chik, yang menggelar dirinya sebagai juara golongan miskin, label yang golongan berpendapatan rendah Pantai Dalam, boleh buktikan akan membantu beliau untuk kemenangan dalam Pilihan Raya 2013. 

Penganalisis politik Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin mengatakan isu kehidupan lebih penting bagi kelas pekerja berbanding isu seperti hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi yang hanya penting bagi pengundi kelas menengah dan elit di Bangsar.

No comments: