Tetamu Kehormat...

April 16, 2013

Jangan Khuatir.. Sudah Ada Tempat Untuk yang Tidak Dicalonkan...

Datuk Dr Hassan Ali antara nama yang bakal mengisi jawatan senator setelah BN kembali berkuasa menguasai Malaysia dan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Menurut sumber yang boleh dipercayai, selain Hassan Ali, nama-nama seperti Ibrahim Ali, Shahrizat Abd Jalil, Datuk Kamilia Ibrahim, Datuk Seri Rais Yatim dan beberapa lagi nama pemimpin lama BN bakal mengisi beberapa jawatan penting seperti Timbalan Menteri, senator, CEO dan Duta. Hal ini bagi mengukuhkan kekuatan BN diperingkat operasi, khususnya dalam organisasi kerajaan yang sejak akhir-akhir ini dipenuhi sarang penyokong pembangkang yang bertenggek dan bermuka dua. 

Datuk Seri Najib memandang serius berkenaan kakitangan kerajaan yang semakin ramai menyokong pembangkang dan melakukan sabotaj dalaman bagi memburukkan organisasi tertentu. Antara organisasi kerajaan yang menjadi mangsa "serangan orang dalam" adalah seperti FELDA,Petronas, Universiti, Bank dan GLC. Bagi memantau dan memastikan organisasi-organisasi kerajaan ini berjalan dengan licin dan lancar, maka calon-calon BN yang tidak dicalonkan dalam PRU kali ini akan ditempatkan di organisasi strategik dan berperanan agar saiz penjawat awam yang menyokong pembangkang dapat dikurangkan dalam tempoh 5 tahun pemerintahan DS Najib yang akan datang.

9 comments:

AYOONG PUTRAJAYA said...

setuju dengan strategi yang bakal dilaksanakan..diharapkan calon2 yang tidak terpilih ini menonjolkan diri dengan menyokong calon2 bn yg telah dipilih

Megat Alam Gempita said...

Ya betul tu, PM Najib ada strategi tersendiri. Kepada pemimpin dan pengikut kita perlu bersabar dan memastikan BN-UMNO menang. Tak guna tercalon tapi tak menang.

Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ong Tee Kiat semuanya dalam list PM untuk tugasan yang lebih baik...insya Allah

Cuk Cit said...

Yup btul,
Ramai cikgu-cikgi yg pro PR. Korang pun tau la kan.

Ada pernah dgr tak bekas Naib Canselor U (salah satu U yg website x de dot edu) yg jd ahli PAS seumur hidup ? Pk2 kan la.

arab said...

Tlg campak dlm SPRM sorg dua ke

maie1958 said...

acan ali bolih round satu malaysia tabur fitnah dan makihamun semua orang kerana itu lah tempat amat sesuai pada kau san,mana lah tau lepas ni bolih jadi menteri besor!!!hahahah

shellyrimula holiday said...

kalau jadi ahli parti PR kecoh macam babi masuk kampung tapi kalau jadi ahli seumur hidup parti thagut boleh pulak dan takde orang pun nak bising.donia, donia inilah demokrasi yang dibanggakan di malaysia.

ayor mati said...
This comment has been removed by the author.
ayor mati said...

saya harap kerajaan memberikan kebebasan memilih dan tidak mengugut-ugut kakitangan awam menyebabkan ramai yang muak dan memberontak. sokongan secara paksa rela tidak akan kemana-mana! Bak kata hang jebat - Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah!

siti hajar said...

mengugut2?bila masa kerajaan mengugut?

orang kerajaan ramai yang sokong pembangkang. kerajaan tak buang pun.

undi bukan rahsia ye, no siri ada. boleh cek sorang2.

jangan buat kenyataan dangkal. satu perkara biasa untuk kerajaan mengempen, tapi tak pernah sesekali mengugut ye. nak angkat anwar sebagai pm silakan, tiada siapa halang!