Tetamu Kehormat...

April 12, 2013

Isu Video Pemimpin PAS: Yang Rakyat Mahu Tahu Siapa Pelakunya? Bukan Pengedar Video

KUALA TERENGGANU 12 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan penglibatan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali yang dikaitkan dalam video seks yang telah diedarkan di sekitar Besut semalam. Sebaliknya, Abdul Hadi menganggap kononnya tohmahan itu tidak lebih daripada sekadar fitnah yang pastinya tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas. 

"Kita anggap itu satu fitnah dan beri pahala kepada Mustafa Ali. Lagi lama dia (video itu) siar, lagi banyak pahala dia (Mustafa) dapat," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Rusila, Marang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

 Jawapan saya : Elo Tok Guru Haji Hadi, ini bukan fitnah ini bukti nyata depan mata. Yang dikatakan fitnah ialah sesuatu yang tidak ada bukti kukuh lagi jelas, contohnya fitnah terhadap Rosmah dan Najib yang dituduh membunuh Altantuya, video pun tak ada, bukti dokumen pun tak ada - itu baru namanya fitnah. Boleh faham? Masalah sekarang ialah - bukan siapa yang mengedarkan video tersebut, soal yang perlu dijawab ialah siapakah pelaku di dalam video itu. Pelik, yang mendedahkan salah laku dan masalah moral para pemimpin mereka pula yang didakwa.

Sebelum Haji Hadi atau mana-mana pemimpin PAS menafikan apa-apa, cuba siasat dan selidik dahulu kebenaran kandungan video tersebut, jangan cepat melatah dan membela pesalah. 

1 comment:

gome said...

video tu cuma besi...tok leh nok pecaye.....kan tok guru kan???