Tetamu Kehormat...

April 5, 2013

Inikah Calon Pilihan PAS Parlimen Kuala Terengganu?

KUALA TERENGGANU 5 April - Pas memberi bayangan bahawa Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah bakal diletakkan bertanding mewakili parti itu bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pengumuman secara 'rasmi' itu tidak sengaja dibuat Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang) ketika berceramah di Cabang Tiga di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Raja Kamarul ketika ditemui pada majlis yang sama enggan mengulas berkenaan perkara tersebut dan memaklumkan beliau masih belum menerima tawaran secara rasmi. Pun begitu, beliau mengakui akan mempertimbangkan tawaran itu jika benar Pas menawarkan beliau bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dipegang Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut selepas memenangi pilihan raya kecil pada tahun 2009.

"Secara tidak rasmi begitulah (dicalonkan) tetapi saya masih belum terima apa-apa tawaran dan saya tidak mahu mendahului parti jadi, biar lah mereka umum dahulu," katanya. Ditanya adakah beliau bertanding atas tiket Pas, beliau hanya memaklumkan bahawa tawaran sebelum ini dibuat secara tidak rasmi oleh parti itu. "Ya, memang tawaran ada datang daripada Pas tetapi saya orang baru, Yang Berhormat terdahulu juga tidak tahu dapat bertanding atau tidak masakan saya yang baru akan dipilih. "Saya lebih selesa bergerak di bawah Amanah dan saya tidak tahu lagi secara rasmi saya bertanding atau tidak dan buat masa sekarang Amanah adalah platform saya," jelasnya yang turut mengakui dia adalah ahli Pas.

5 comments:

Brahim Nyior said...

Di mana Ustaz Nasha, yer Azli..

Tampak Ustaz Nasha benar-benar dipinggirkan, umpama habis madu sepah dibuang.

Pastinya untuk PRU ini, namanya tidak tercalon di mana-mana DUN atau Parlimen yang ditandingi PR, khususnya PAS.

Hanya jauhari yang mengenal manikam.

RH said...

Ustaz Nasha,
Jom join UMNO. Anda sentiasa dialu2kan after all pemikiran anda sangat berbeza dari PAS. Anda lebih kpd UMNO. Najib tidak akan sekalikali meminggirkan anak buahnya yg berkebolehan dan setia.

Anonymous said...

Datuk Raja Kamarul Bahrin adalah arkitek yg bertanggungjawab dengan Stadium Terengganu yang runtuh.

Anonymous said...

ASAL BUKAN UMNO

Anonymous said...

confirm kaloh