Tetamu Kehormat...

April 4, 2013

Ini Jawapan Jujur Zainuddin Maidin!

Berbanding dengan Pilihan Raya Umum Ke 12, bila BN memasuki pilihan raya dengan keyakinan tinggi yang hancur berkecai, tetapi BN memasuki Pilihan Raya ke 13 dalam keadaan yang tidak pasti dengan persediaan rancak dan rapi yang dapat dirasa dan dilihat oleh rakyat.

Ini adalah hasil tindakan pantas dan berani dari dalam Umno sendiri setelah menghadapi landaan tsunami 2008 dengan mengadakan perubahan drastik secara terhormat terhadap pucuk pimpinan yang menampakkan kelainanannya.

Sekalipun kemenangan belum pasti, tetapi sokongan rakyat telah bangkit didorongkan oleh kesedaran yang cukup tinggi bahawa kekalahan akan menyebabkan kemusnahan kepada maruah bangsa, agama dan negara.
Kesedaran ini tidak mungkin akan berlaku jika tidak ada keupayaan, kebijaksanaan dan kecekapan kepimpinan Najib dalam mengendalikan keruncingan politik, ancaman ekonomi dan krisis sosial, terutama yang berkaitan dengan hubungan kaum, keagamaan dan keselamatan negara.

Kita dapat melihat beberapa fakta yang akan membantu BN untuk mencapai kemenangan dua pertiga dalam Pilihan Raya ke 13 berasaskan pengalaman saya sebagai wartawan dan juga sebagai orang dalam kerajaan:

1. Tun Dr Mahathir Mohamad telah kembali menyokong Umno dengan membawa bersama berjuta penyokong yang turut “merajuk” bersamanya dalam langkah pembedahannya terhadap Umno.

2. Media BN sekata dalam menyokong BN. Ini berbanding dengan Pilihan Raya Ke 12, apabila akhbar dan media arus perdana; The Star, New Straits Times dan TV3 memainkan peranan menggambarkan kelemahan dan perpecahan dalam Umno dan kerajaan dengan menonjolkan isu-isu perkauman yang memperkecilkan Umno dan meninggalkan Utusan Malaysia bersendirian dalam sokongan kepada Umno.

3. Kemunculan berpuluh-puluh NGO dan juga kebangkitan mantan pegawai pegawai tinggi tentera dan polis menyokong Umno dan kerajaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya-pilihanraya sebelumnya

4. Bantuan kepada rakyat yang diberikan menerusi bahagian-bahagian Umno telah disalurkan langsung oleh Datuk Seri Najib Razak kepada berjuta-juta rakyat berbilang kaum menerusi saluran rasmi.

5. Blog dan media online yang dulunya bersifat menentang, sekarang telah beralih menjadi penyokong BN di samping kemunculan begitu banyak cybertroopers baru menyokong kerajaan, berbanding dengan pilihan raya lalu di mana media sosial dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang.

6. Dalam pilihan raya ke 12 Manifesto BN tidak diedarkan, walaupun disambar cetak oleh NST dari Utusan Melayu, tetapi kali ini BN akan mengedarkan manifesto tepati janji untuk keadilan sosial dan kesejahteraan negara yang telah digubal dengan teliti, rapi meliputi semua aspek harapan rakyat.

7. Kerja keras, komitment dan dedikasi Najib yang dilihat rakyat siang dan malam meyakinkan rakyat terhadap kejujuran dan keikhlasannya, malah telah menimbulkan simpati dan kasihan belas semua kaum terhadapnya.Wajahnya yang tampan dan kacak juga memberikan advantage kepadanya berbanding dengan wajah Anwar Ibrahim yang semakin tua semakin buruk.

8. PAS telah kehilangan identiti agamanya dan Anwar telah kehilangan semua rakan-rakan tegarnya yang selama ini mendukong idealisme termasuk tokoh-tokoh besar Ilmuan Islam dan masalah moralnya semakin diyakini rakyat. Beliau kelihatan keseorangan dalam kelumpuk asing yang masing-masing dengan kepentingan diri.

9. Najib berada di bawah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dari Kedah yang pernah menaungi pemerintahan bapanya Tun Abdul Razak dengan kedaulatan keagamaanya dan kelakuan terpuji dan Najib juga menghadapi pencerobohan asing di Lahad Datu seperti bapanya menghadapi konfrantasi Indonesia dengan mendapat  sokongan penuh rakyat.

21 comments:

Anonymous said...

Selepas kenyataan MSO dan beberapa ahli akademik serta orang perseorang mengenai situasi PRU 13, harapan DS Anwar untuk menjadi pensyarah selepas PRU13 nanti semakin cerah.

Anda memang layak menjadi pensyarah DS Anwar, itu yg anda luahkan beberapa kali baru2 ini jika PRU 13 menidakkan anda dari menjadi PM.

Dengan pengalaman anda mengajar sebagai pensyarah jemputan di beberapa Univeristi luar negara, anda sememangnya mempunyi potensi untuk diterima di U terkemuka dunia.

Unisex ok?

PERANTAUWANIS said...

SECARA JUJUR SAYA INGIN MENGATAKAN DISINI BAHAWA SAYA TAK PERNAH MENGUNDI DLM SEUMUR HIDUP SAYA YG TELAH MENCAPAI 42TAHUN INI..SAYA TELAH MENDAFTAR MENGUNDI TETAPI SETIAP KALI PRU TIBA SAYA BERADA DILUAR NEGARA KERANA SAYA BERMAUSTATIN DI LUAR NEGARA DIEROPAH..TAPI KALI INI SAYA AKAN PASTIKAN PADA PRU13 SAYA AKAN PERGI MENGUNDI POS DIKEDUTAAN MALAYSIA DAN SAYA AKAN MENGUNDI BN UTK MEMASTIKAN BN MENANG BESAR..TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA..1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..IM4UBN..MALAYSIA BOLEH.

Anonymous said...

Maaff bbyak..ini pdat jujur pak cik...bagi lah BN rehat pula,lama sgat, dah penat..bila lama sgat pelbagai penyelewengan berlaku...Apa salahnya bagi peluang org lain peneraju..rakyat nilai. Salahkah TUKAR KRJAAN ? bagi mencari yang terbaik utuk rakyat....PRU 14 kan ada....jadilah rakyar yang bijak

Anonymous said...

Mana boleh rehat pakcik! Perjuangan kena teruskn bagi memastikn bangsa dan negara makmur.klu nk kata penat dah lama nik ajis bgi kt yg muda pulak memimpin.

Anonymous said...

Maaf juga dari saya. Tak salah tukar kerajaan tapi biarlah yang semegah sikit. Ini rupa yang nak mentadbir pun tak tahu sejarah. Apa sebab kita menentang DAP? Apa sebab kita mempertahankan perlembangan? Anak muda selak2lah buku sejarah. Jangan malas membaca pesan tun.

Anonymous said...

maaf bbyk....ini bukan masa nak suruh BN brehat,masalahnya yg nak jd PM tu anwar ibrahim,sbgimana Dr Chandra Muzaffar ckp anuwar adalah seorg yg bahaya utk masa dpn negara dan anak cucu....mcm sesumpah..dan anuwar hanya gilakan kuasa...klau ditakdir anuwar jd PM....malapetaka brlaku kpd negara dan bangsa...Dr Chandra

Anonymous said...

Pakcik anon 5:47!
Memang banyak perkara kita kena lakukan perubahan atau pertukaran tapi bukan pada kerajaan yg memerintah negara majmuk mcm Malaysia ni.. tukar baju, tukar seluar dalam dan tukar coli boleh tapi nak bertukar kepimpinan negara jangan sekali. Kecuali penghidupan kita selama ini penuh kekurangan dan kesengsaraan.. baru le kita ubah. Kita selamanya hidup aman tenteram dlm Malaysia yg ditadbir BN. Pakatan Haram terbukti tiada sefahaman.. membawa haluan masing2.. ada agenda tersendiri.. caca marba dan saling membenci sesama mereka. BN bukan 100% sempurna tapi kalau dinilai antara keduanya ia kurang membawa mudarat kepada rakyat sebagaimana Pakatan Haram! Jadi berilah peluang kepada BN untuk terus memerintah negara hingga ada satu parti pakatan alternatif lain lebih berwibawa drp BN! waktu itu kita tukar le! Tapi sebelum muncul pakatan yg sedemikian jangan memperjudikan hidup dan masa depan kita dgn sebuah pakatan pincang yg hanya menunggu masa nak berantakan je.. sayangilah anak cucu cicit pakcik. Pakcik sekarang tentu hidup senang di bawah BN, tapi bila mati nanti akan meninggalkan keturunan yg merempat di bumi sendiri!! Saya dgn ikhlas meminta pakcik undilah BN, OK?!!

Anonymous said...

apa kata pakcik 5.47 pm ni bertukar jer alam...dari alam dunia yg fana ni ke alam barzakh....????

Anonymous said...

Pm dah 6 orang woooo... dan setip mereka dgn gaya dan pendekatan yg agak berbeza tetapi... dap tetap dgn lks. Fahaman dan pendekatannya tetap begitu (tamak, bumiputera tak ada dlm kamus dap). PAS juga apa kurangnya..
Tukar kerajaan bukan mcm tukar ketua rombongannn... kalau nak tukar tanpa ada rasa keyakinan akan dapat yg lebih baik, sesia dan vodo namanyanya itu.
Satu lagi, dah 2 kali PRU aku bagi undi (konon nak ubah) tapi nyatanya menyesal. Buat kali ini undi aku dan keluarga utk BN le pulak.. boleh gitu?

Anonymous said...

Hancur lumatkan pakatan..pru13 ni dulu kita merajuk sebab paklah yg degil, pekak badak, syok sendiri..polis dan keluarga semau undi protes sokong pakatan ..la ni no more..meka bersama Najib..hidup mati bersama Najibcuma calon yg x laku yg da tua yg da berkali kali jadi YB elok d tukar..yg da bakar jambatan pun elok nyahkan, yg ber amaran amaran amaran elok di undurkan ooop sepupu tu...itu lah serba salah..

Anonymous said...

tahun 2008, seluruh keluargaku menyokong pembangkang kerana benci kepada PAK LAH yang menjahanamkan TUN M.

Kini kami mendapat suntikan TUN M.
Kami akan menyokong UMNO BN 100% dan akan berkempen untuk UMNO BN.

Anonymous said...

Aku rasa cukuplah bagi kat BN perintah... dah lama sangat dah.... hingga kita orang melayu tinggal separuh.. takkan nak tunggu tinggal 10% baru nak tukar kerajaan.... cuba-cubalah baca sejarah... melayu dah banyak hilang...itu belum fikir fasal Islam lagi...baru fikir fasal melayu dah sesak nafas.....jadi janganlah tunggu nyawa kat halqum baru nak berubah.....ubahlah sekarang... ini kalilah.

Anonymous said...

Siaaannnn....sampai merayu2 nak tuka kerajaan.....sedihnya aku tgk dorg ni....

Anonymous said...

anon 10:50 apa yg kau dok merepek ni? kau dah kena liwat minda ke?
kalau pakatan haram perintah alamat hilang terus Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini!! Kau buta sejarah!

Anonymous said...

secara jujur juga saya memberitahu bahawa saya dan ahli keluarga yang sebelum ini mengundi PROTES terhadap BN akan kembali mengundi BN. semoga BN menang 2/3. Amiiin

Anonymous said...

TUKAR KERAJAAN tak salah tapi TUKARLAH KEPADA YANG LEBIH BAIK. bukan macam PR yang HAPRAK tu.. ada paham?

Anonymous said...

APA? TUKAR KERAJAAN? ITU LKS DAN NA DAN NUAR BILA KORANG NAK TUKAR? BODO PUNYA MACAI PAKATAN!

Anonymous said...

Setuju !!!!!!..kita kena tukar momento politik malaysia hari ini dengan "mengkuburkan" Tokoh Pembangkang berstatus "Pariah" macam Anwar Berahim,LKS dan Nicky Aziz. Lepas tu kalau Puok Puok ni boleh membuktikan mereka ada barisan kepimpinan yg setara atau lebih "baekkkk" dari BN . Barulah kita cerita pasal "tukor" kerajaan. tapi buat masa ni ..tak ada yg lebih baik dan meyakinkan daripada BN.

Anonymous said...

gila lah siapa yang sanggup nak bagi pr memerintah.....berjuta wang asing masuk untuk pakatan rakyat buat demo dan kempen pilihanraya...ko ingat diaorg bagi sesaje ker?mesti ada perjanjian dan pulangan untuk mereka....ingat satu perkara yang masih amerika x dapat adalah membina pelabuhan tentera di asia tenggara dan malaysia adalah tempat paling strategik.anuar jadi tpm dulu pun gagal nak jadi pm huhuhu hancur maalysia nanti

Anonymous said...

Kalu Abuya Ashaari ada lg kan best...

Anonymous said...

udah la tu BN, dah 55 tahun memerintah. Pegi la bercuti 5 tahun, bg kat PR pulak. Bukan lama pun, 5 tahun jer. Kalo PR tak perform kita naikkan BN balik, apa yang nak risau.. pejam celik, pejam celik dah 5 tahun. Kat US dan Jepun selamba jer diaorang tukar parti.. x jd apa2 pun...