Tetamu Kehormat...

April 19, 2013

Ini Bukan Datuk Kamilia yang Saya Kenal

Sebagai EXCO Pemuda UMNO Kuala Kangsar, sekali gus mengenali Datuk Kamilia Ibrahim sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian KK merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia saya sangat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Saya tidak menyangka begini sekali Datuk Kamilia menuntut "kerusi"nya daripada Pengerusi BN. Parlimen Kuala Kangsar bukan hak eksklusif Wanita UMNO, walaupun MP yang lepasnya ialah Tan Sri Rafidah Aziz. Tawaran DS Najib untuk Kamilia bertanding di kerusi DUN Chandan dan menjadi EXCO Kerajaan Negeri sudah memadai dan patut bersyukur - sudah tentu ada sebab mengapa DS Najib bertindak sedemikian. Saya sebagai ahli UMNO KK sangat kecewa dengan cara Datuk Kamilia meluahkan perasaannya di dalam Sinar Harian semalam. Ia sangat tidak tepat. Dan di bawah ini baca penjelasan daripada DS Najib.
 
KUALA LUMPUR, 18 April — Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN. Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya. “Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding DUN dan (menjadi) Exco. 

“Lagipun, mendiang Tun Lim Keng Yaik dulu sewaktu jadi presiden parti Gerakan, telah menerima jawatan Exco kerajaan negeri. Jadi, tidaklah merupakan jawatan tak penting sebenarnya sebagai Exco kerajaan negeri. “Kalau diterima tawaran itu, Datuk Kamilia boleh memainkan peranan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga dalam konteks negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan dan pelancaran Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA)-Wanita BN di sini, hari ini. 

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan Kamilia mendakwa tindakan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13 mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita. Naib Ketua Wanita Umno itu berkata ia menunjukkan BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13. 

Najib yang juga Pengerusi BN berkata dalam barisan calon wanita, terdapat peningkatan permintaan untuk bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum kali ini berbanding pilihan raya umum lepas. Mengenai mereka yang tidak dicalonkan, Najib berkata mereka tenang tetapi bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada semua pihak. Jika tidak ada di antara mereka yang mahu memberi laluan, katanya tidak akan ada perubahan.

“Oleh itu, pada mereka yang rasa sedikit kekecewaan, saya harap tidak memendam perasaan dan fikirlah tentang masa depan parti. “Pilihan raya ini, kita memerlukan kesetiaan dan sokongan daripada setiap anggota parti dan yang paling penting, kita nak tubuh kerajaan, bila tubuh kerajaan, kita boleh bantu mereka dengan banyak cara, tetapi kalau kita tak ada kuasa, kita tak boleh bantu,” katanya.  Mengenai pihak yang meminta BN mempertimbangkan semula calon-calon yang disenaraikan, Najib berkata: “Kita tidak boleh memberi kepuasan kepada semua pihak.

“Dalam saat-saat akhir kalau kita ubah, boleh timbul masalah lain, tetapi kita cuba tangani dengan cara lain. Itu tengok pada keadaan, tetapi kita anggap itu barisan yang dapat diterima oleh rakyat,” jelasnya. — Bernama

12 comments:

kluangman said...

Gani othman pun sanggup mengorbankan dirinya dalam missi menghalau lim kit sing dari johor at as kehendak parti kenapa pula kamalia jadi keladak.

Nak kerusi parlimen Dan berangan jadi menteri?

Mat Det said...

dah berangan nak jadi menteri perdagangan kot, hu hu hu, ada kelayakan ke?, jadi exco perak tu sebagai tawaran untuk belajar menjadi anggota pentadbiran.

Ismael Zaharee said...

Kalau tak silap aku, time pemilihan mt wanita umno, dki nie dh buat hal kan.. mungkin dah patut pencen.. ikut jejak langkah tan sri rafidah. Tak yah bertanding kalau rasa diri tak boleh commit dgn organisation

otaklunyai said...

ini bukan soal kenal ke tak kenal... pada susuk tubuh berkenaan. Tapi dalam perjuangan keikhlasan tu adalah perkara utama dan niat perjuangan utk menegakkan Hukum Allah dan keadilan... pada hemat saya kalau seseorg tu benar2 berjuang kerana perinsip dan keihlasan sudah tentu dia nampak akan wadah perjuangan yg disertainya... kalau dah wadah perjuangan tu tak betul dan banyak perkara buruk buat apa berjuang dgn wadah yg sama. lakukan perubahan. Tenaga dan sumbangan masih boleh diberikan malah akan jadi lebih bermakna jika bersama2 kumpulan yg betul dan bersih. sebaliknya kalau masih dok berebut nak jawatan la, nak jadi calon la itu menampakkan nilai sebenar individu berkenaan. kalau kata nak berjuang demi agama dan bangsa... sumbangan boleh diberi dgn mana2 kumpulan yg betul dan bersih... ini dah nampak dan jelas pincang tapi masih dok berebut nak bertanding... kesian...

AYOONG PUTRAJAYA said...

saya rasa dia nak jawatan dalam kabinet untuk menyokong kelayakan dia untuk cabar sharizat bagi jawatan ketua wanita umno...perancangan dia x menjadi..mungkin sharizat dah tahu kot....

cikgu det said...

Kaedah dia dapat jawatan sebagai timbalan Sharizat juga tak berapa cantik, kegopohan dia kritik Sharizat masa isu lembu juga telah mndedahkan lagi kelemahnnya...Rafidah Aziz dan Sharizat pasti terkilan dengan dia. Sinar Harian biasalah...peranannya suka laga2kan umno. Jika dia menolak dan mmberi kata dua kpd pimpinan parti, kita cadangkan kpd dia, merayulah kpd pas agar dia dapat bertanding atas tiket mereka dan jika tiada sambutan, bertandinglah atas tiket bebas..andai menang, teruskan khidmat anda kpd masyarakat.

Anak Lenggong said...

Didalam soal ini cuba renung kembali tujuan masuk UMNO adakah untuk berjuang demi menegakkan agama, bangsa dan negara ataupn mengejar kemewahan dan pangkat. Sekiranya ikhlas untuk berkhidmat kepada masyarakat..pangkat dan kuasa itu tidak penting yang penting adalah keikhlasan hati..takde pangkat dan kuasa pun boleh berkhidmat.

Cuba toleh kepada akar umbi UMNO, takde sebarang imbuhan pun yang diperolehi tapi mereka dapat menyumbangkan tenaga dan pendapat untuk diketengahkan oleh pemimpin atasan untuk memertabatkan bangsa,agama dan bangsa..lain laa kalau tujuan masuk UMNO nak kejar pangkat dan tembolok sendiri..so fikirkan lah..orang terpelajar tak kan nak diajar kut.

Kalau dengan alasa untuk mengenengahkan ataupun bersama memajukan negara ..jangan kelentong laa bukan kah Platform terbuka luas untuk memberikan pendapat didalam setiap pertemua ataupun mesyuarat ..lebih2 lagi dia orang nombor dua dalam pertubuhan wanita UMNO..ingatlah waktu dan masa dah berubah, bukan lagi berebut nak jadi yang berhormat tetapi trend sekarang ni tang berkhidmat..

megataf said...

BERSYUKURLAH ! RAMAI LAGI WANITA YANG LAYAK…AKAN TETAPI ANDA DIPILIH JUGA UNTUK JAWATAN…TIADA SIAPA PUN BERHAK UNTUK TUNTUT ….DIA LAH SEPATUTNYA JADI ITU ATAU INI…..UDAH MACAM SAUDARA ‘KIRAM’ BUNYI NYA….SEBAIKNYA TENANG DAN BERSYUKUR BANYAK BANYAK...

skodeng said...

susah la ada spesis mcm nih, ikhlas ke berjuang mcm nih? pastu memilih pulak..betul2 gilo kuasa.

Bahasa Makngah said...

AKU TAK BERKENANLAH DGN BETINO ADA UDANG DISEBALIK BATU NI....ENTAH2 MUSUH DLM SELIMUT WAHAI PM OIIIII

cikabok king said...

bila senja cepat merajuk..jgn pikir diri sendiri..pikir la sikit hal rakyat dan negara..semua calon dah dikaji mendalam..bukan suka2 letak kroni

Tazz Mania said...

this is not right...