Tetamu Kehormat...

April 24, 2013

Harun Din Tak Peduli Karpal Singh

Arau: PAS bertegas untuk melaksanakan hudud jika pakatan pembangkang berjaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) walaupun DAP menentangnya.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, berkata bagaimanapun ia bergantung jika pakatan pembangkang berjaya mentadbir negara selepas PRU-13 iaitu selepas kuasa menggubal undang-undang terletak di bawah kuasa Kerajaan Pusat. Ada yang mengatakan pemimpin pakatan pembangkang terutama DAP tidak mahu melaksanakannya. Namun, itu sudah beberapa tahun berlalu dan ia bukan lagi ketetapan terbaru pakatan pembangkang, katanya ketika turun padang bertemu ibu tunggal di Kampung Belukar, dekat Guar Sanji di sini, semalam.

Haron yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Arau, yakin perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang membuktikan DAP semakin bersetuju dengan dasar yang dikemukakan PAS berhubung isu hudud. Lihat apa yang berlaku ketika DAP mahu menggunakan logo PAS dalam PRU-13 selepas mereka mempunyai masalah tentang penggunaan logo mereka. Kita tiada masalah dan boleh bersetuju dengan itu.

Jika mereka (DAP) sanggup menggunakan logo PAS untuk calon mereka, sudah pasti mereka akan menyokong dasar kita termasuk dalam soal hudud. Soal bila dan bagaimana hudud akan dilaksanakan, itu bergantung kepada mesyuarat yang akan diadakan kemudian.

DAP harus terima dasar PAS

Kadang-kadang ada masa kita mengalah dan ada juga masa kita memberi. Dalam hal ini mereka patut menerima perkara yang termaktub sebagai dasar PAS. Sebagai contoh, DAP perlu menghormati keputusan PAS mengenai isu kalimah Allah apabila dasar serta ketetapan yang dibuat PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diterjemah ke bahasa lain, katanya. Mengulas kajian dilaksanakan berhubung hudud, Haron berkata, kajian akan diadakan untuk mengenal pasti sama ada pelaksanaan hudud boleh mengurangkan jenayah dan sebagainya. (Sumber klik sini).

1 comment:

zgmail said...

hudud...hudud...tak abis2 isu ni..sudah2la wahai pak lebai pas semua...berani ke korang nak langkah mayat karpal poosingh? kalau cakap sekadar nak sedapkan hati penyokong totok buat ape! sendiri mau ingat la...hadi lebong dah keluar statement hukum hudud hanya 0.0001% dlm islam!