Tetamu Kehormat...

April 26, 2013

Hari-hari Terakhir Mat Sabu...


Dalam satu ceramahnya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu meramalkan UMNO akan hilang kuasa apabila ramai penyokongnya yang tua meninggal dunia. Mereka ni pengundi Saluran 1. Ni jenis orang yang hanya boleh makan mi saja. Makan mi pun kena sedut sebab gigit mi tak putus. Lepas ni, mereka tak mengundi dah, lebih kurang begitulah katanya. Timbalan Presiden PAS ini terkenal dengan sifat menghina orang lain. Tidak ada ceramahnya yang tidak mengeji, mengata atau mempersenda orang lain.

Beliau pernah menghina polis dan waris anggota yang terbunuh mempertahan Balai Polis Bukit Kepong apabila menganggap pengganas komunis Mat Indera sebagai wira. Terbaru, beliau menghina Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan berkata, bekas Perdana Menteri boleh memohon permit teksi apabila pembangkang berkuasa. Beliau pernah panggil Dr Mahathir sebagai Bapa Pelingkup Negara. Tetapi beliau sendiri pernah ditangkap kerana satu skandal dengan isteri orang dan kesnya dibawa ke mahkamah.

Pegangan agama Mat Sabu

Perangai buruk dan pegangan agama Mat Sabu adalah antara topik yang dibincangkan oleh sekumpulan ulama Kedah yang mengadakan perjumpaan di Pondok Tok Guru Rahim di Kampung Bukit Jagung, Pendang pada 9 Februari lalu. Perjumpaan yang dihadiri ulama, guru pondok dan tok mudir seluruh Kedah termasuk Pondok Chegar (Pendang), Pondok Bukit Gajah Teriak. Pondok Buluh Nipis, Pondok Haji Awang dan Pondok Telaga Batu (Jitra), Pondok Tunjang dan Pondok Parit Panjang.

Mesyuarat yang dipengerusikan Tok Guru Sobri Othman, pengasas Pondok Tanjung Kapur di Jitra, mempersoalkan fahaman Mat Sabu, yang dikatakan menyokong rejim Bashir al-Assad dan pernah melawat Syria. Fahaman yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk Syiah dan Wahabi perlu ditentang.

Pada mereka, Mat Sabu, yang menjadi calon PAS untuk kerusi Parlimen Pendang, mesti ditolak, termasuk juga sesiapa yang menyokong liberalisme, pluralisme, LGBT dan ajaran sesat. Turut hadir ialah ulama terkenal Tok Guru Rahim Abdul Rahman, seorang pengikut tegar dan aktivis PAS lebih 40 tahun, yang kini menyokong UMNO.

Pengkhianatan kepemimpinan PAS

Soalnya bukan saja Mat Sabu. Turut dibangkitkan ialah penyelewengan prinsip dan pengkhianatan kepemimpinan PAS terhadap perjuangan parti serta kesannya terhadap kesucian agama dan akidah umat. Antara lain, ulama dan guru pondok Kedah menolak tahaluf siyasi dengan DAP yang rasis, cauvinistik serta tidak menyokong pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum syariah.

Mereka hairan bagaimana PAS boleh bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pemimpin bermasalah moral, mempunyai kecenderungan seks songsang dan menyokong kesamarataan agama serta menyokong keselamatan Israel.

Bagi mereka, kesilapan pendirian Presiden PAS dan Mursyidul Am berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam amat memalukan. Turut mengaibkan ialah pelbagai kenyataan dan fatwa ganjil yang dikeluarkan Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang bukan saja mendedahkan PAS kepada serangan politik tetapi juga mengelirukan dan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Ini termasuk menyekutukan Allah turun sebagai jisim (sama dengan manusia), mengatakan Allah mencarut dan menyamakan Nabi Muhammad dengan mamat kampung. Tok Guru Rahim sendiri kecewa dengan pemimpin PAS yang menjadi EXCO Kedah kerana membenarkan premis hiburan dibuka di Pendang.

Bangkit kemarahan golongan agama

Seperti kumpulan ulama dan guru pondok di Kelantan, mereka berpendapat adalah haram mengundi PAS. Menurut Ustaz Badrul Azhar Bakar (mewakili Pondok Takribul Ikhwan, Parit Panjang, Mengkuang) dan Ustaz Ashiq Elahi Mat Desa (dari Pondok Kobah, Pendang), ramai ulama luar negara, termasuk di Yaman dan selatan Thailand sepakat bahawa PAS sudah jauh menyeleweng daripada perjuangan asal dan pemimpinnya adalah sesat.

PAS membangkitkan kemarahan golongan agama semata-mata mahu berbaik dengan DAP dan PKR bagi mengejar kuasa. Ulama dan guru pondok Kedah mengakhiri perjumpaan bersejarah itu dengan doa memohon kejayaan UMNO-Barisan Nasional dan kesejahteraan umat. Doa ulama adalah doa yang mujarab. PAS akan membayar harga politik yang cukup mahal ekoran pengkhianatannya terhadap agama dan umat Islam negara ini. - Oleh Juhaidi Yean Abdullah

1 comment:

skodeng said...

celako mat sabu menghina warga emas mcm tu... yang tok nik tu , kampit kencing dah melekat kat perut apo hal??? pas pun dapat orang UMNO yang dah tue ... UMNO gak yang dapat muda2....