Skip to main content

Demokrasi Harus Mati!

1. Pernah satu ketika Uthman Al Huwairith mengisytiharkan dirinya sebagai raja kota Makkah setelah mendapat dukungan kerajaan Rom, namun akhirnya dia mati dibunuh. 

2. Malah semasa Rasulullah SAW berdakwah, Uthbah Ibnu Rabi’ah datang kepada Nabi lalu menawarkan jawatan raja kota Makkah kepada Baginda dengan syarat berhenti sebar Islam. Dua kes ini menunjukkan Makkah tidak memiliki raja atau ketua negara, sebaliknya Makkah menjalankan sistem Demokrasi Perwakilan.

Majlis mala’ dalam Darul Nadwah

3. Makkah mengamalkan sistem Perwakilan dipanggil Mala’ yang bersidang di Dewan Darul Nadwah. Ahli Majlis Mala’ terdiri daripada setiap ketua kabilah di Makkah. Al Fasi menyatakan, setiap keputusan dibincangkan dalam Darul Nadwah perlu mendapat persetujuan wakil-wakil Mala’ yang lain, barulah keputusan akan dilaksanakan dan diterapkan ke atas penduduk Makkah. (lihat: Syifa’ al Gharam).

4. Oleh kerana itu Jawwad Ali menetapkan ada persamaan antara sistem pentadbiran Makkah dengan Athensa dalam bukunya Al Mufassal fi Tarikh Al Arab Qabla Al Islam.

5. Ini menjelaskan bagaimana Nabi dapat bertahan di Makkah dalam masa 13 tahun berdakwah kerana adanya Ahli Mala’ yang mendukung Baginda. Namun setelah kewafatan Abu Talib, keadaan berubah dan kaum Muslimin mengalami penindasan yang getir.

6. Hal ini sangat benar, kerana pada hari Khamis, 26 Safar tahun ke-14 kenabian, Darul Nadwah telah bersidang dan menghasilkan sebuah keputusan untuk menamatkan detak nafas Rasulullah SAW.

7. Semua bukti ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sangat mengenal sistem Demokrasi Perwakilan. Tidak benar jika ada pandangan mengatakan sistem ini sangat selari dengan sistem politik Islam.

8. Ini kerana Majlis Mala’ dan peranan Darul Nadwah ini dihapuskan oleh Rasulullah SAW ketika Fathul Makkah pada 9H bersamaan 631M. (lihat: Ar Raudhul Unfi fi Syarh As Sirat An Nabawiyah li Ibni Hisyam oleh As Suhaili Abu Qasim Abdur Rahman bin Abdullah).

Demokrasi langsung di kota Athens

9. Demikianlah Makkah dengan Demokrasi Perwakilan sementara Athens menjalankan Demokrasi Langsung. Aristoteles, muridnya filasuf Plato menemukan istilah demokrasi untuk pertama kali.

10. Dia maksudkan demokrasi sebagai kekuasaan yang dikendali oleh rakyat, berasal dari gabungan kalimat dêmos iaitu ‘rakyat’ dan kratos, iaitu ‘kekuasaan’. Sistem ini bermula apabila Solon menuliskan undang-undangnya pada tahun 594SM namun dia masih tidak berjaya membentuk sebuah sistem demokrasi yang sempurna.

11. Hanya sistem demokrasi direalisasikan pada pemerintahan Kleisthenes (510-507SM). Sistem dibangunkan Kleisthenes disebut sebagai isonomia atau ‘persamaan hak’, bukannya demokratia. (lihat: Kleisthenes and the Icons of Democracy)

12. Inilah antara sejarah awal sistem Demokrasi Langsung yang muncul di Athens, sebuah kota yang didiami oleh 150,000 jiwa dengan kerakyatan hanya dimiliki oleh 30,000 jiwa sahaja.

13. Ketika ini yang dibenarkan untuk memberi pandangan dan mewakili diri sendiri hanyalah warganegara lelaki dewasa. Kerana itu sistem ini disebut sebagai Demokrasi langsung, bukan Demokrasi Perwakilan. Setiap lelaki dewasa terlibat secara langsung dalam pembinaan hukum.

14. Para lelaki dewasa ini berkumpul di Dewan Ekklesia — dibina atas sebuah bukit yang disebut Pnyx. Selalunya jumlah mereka yang ikut hadir dalam Majlis Ekklesia sekitar 5,000-6,000 orang iaitu sekitar 20 peratus daripada jumlah warganegara. (lihat: The Nature of Athensian Democracy, History Journal)

15. Mereka inilah yang berbincang tentang keadaan negara dan memutuskan undang-undang akan digubal. Ini menatijahkan para lelaki yang masuk ke Majlis Ekklesia yang menentukan perjalanan Negara Athens.

16. Disamping itu, sistem di Athens juga menerapkan perwakilan dalam hal-hal kecil. Warganegara Athens mengundi 500 lelaki untuk masuk ke Dewa Lima Ratus atau Boule, sebuah majlis yang bersidang untuk membicarakan permasalahan-permasalahan ringan dan tidak penting berbanding Majlis Ekklesia. Mereka mewakilkan isu jalan, kuil, ketenteraan dan beberapa hal lain. (lihat: Greek and Roman Voting and Elections)

Survival negara demokratik

17. Lalu sistem demokrasi ini tergugat dalam masa Athens berperang dengan Sparta dalam Perang Peloponnesos yang berlarutan hampir 30 tahun. 

18. Saat ini beberapa pemikir Athens mula melemparkan cadangan untuk meninggalkan sistem demokrasi dan kembali kepada sistem oligarki (pemerintahan di bawah kendali golongan elit), antara yang mencadangkan adalah Sokrates dan Plato.

19. Sokrates membahaskan kelemahan demokrasi kerana orang pandir dan jahil ikut serta dalam menentukan hala tuju negara, walhal mereka ini tidak memiliki kemahiran dan keilmuan.

20. Pada tahun 399SM setelah tamat peperangan yang membawa kepada terjajahnya Athens di tangan Sparta, warga Athens mengundi untuk menghukum Sokrates agar meminum racun atas kesalahan kerana ‘berfikiran jahat untuk menghapuskan demokratia’. Plato (428-354 SM) sang murid utama Sokrates tidak pernah memaafkan kaum demokrat yang telah membunuh gurunya.

21. Dia terus memegang bendera untuk menentang sistem demokrasi yang telah dikibarkan oleh Sokrates. Gurunya percaya bahawa demokrasi yang memundurkan dan memandulkan Athens, sementara Plato berkata bahawa demokrasi merupakan kerosakan dan berkuasanya sekelompok manusia ganas dan berdarah dingin yang mudah diperalat para politikus. (lihat: Dave Robinson and Chris Garratt, Ethics for Beginners)

22. Walau dijajah Sparta dan banyak warganya dijadikan hamba, Athens terus mengamalkan demokrasi untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku dalam kota dengan mendapat persetujuan dari Sparta. Selang beberapa waktu Athens di takluk pula oleh Macedonia dan akhirnya di bawah jajahan Rom dan terakhir di kuasai oleh Kesultanan Uthmaniyah.

23. Fakta ini menunjukkan bahawa demokrasi hanya sempat berkembang mekar dalam jumlah lingkungan manusia yang sedikit, yang mereka semua adalah golongan cerdik pandai.

24. Namun tatkala jumlah manusia yang terlibat semakin bertambah dan kebodohan serta kepandiran juga cuba ikut serta, maka kebinasaan makin terserlah. Malah demokrasi hanya sempat membawa Athens ke puncak kejayaan dalam waktu singkat, selebihnya menggiring negara tersebut dalam lembah zulumat (gelap).

25. Lenyapnya kegemilangan Athens membawa sama berkuburnya demokrasi. Ada juga beberapa negara kota yang cuba menjalankan sistem yang seakan sama seperti di Gopala di Bengal, Althing di Iceland, Løgting di Pulau Faeroe, Venice di Itali, Veche di Novgorod serta beberapa negara kota lainnya. Namun kesemua negara ini tidak pernah bergemerlapan.

26. Mungkin ada nama negara yang telah disebutkan tadi tidak pernah menerjah daun telinga kita. Bukti bahawa negara demokrasi tidak pernah maju kekal berabad lamanya.

Penjajahan Barat melalui demokrasi

27. Pada tangga l4 Julai 1776 merupakan detik yang mengubah pandangan dunia tatkala Amerika Syarikat terbentuk. Terus sahaja mereka mengaku sebagai ‘Champion of democracy’ (juara demokrasi) dan ‘Guardian of Democracy’ (pengawal demokrasi).

28. Sebuah tekad dilaungkan untuk mendesak dunia menjalankan sistem tersebut sehingga dikeluarkan Doktrin Carter pada tahun 1980. 

29. Malah tanpa segan silu, mereka ikut campur dalam urusan pentadbiran sesebuah negara, atas nama ‘Demokrasi’, seperti yang berlaku kepada kelompok Sandinista di Nicaragua, Jenderal Noreiga di Panama, Ghadafi  di Libya, Saddam di Iraq, Taliban di Afghanistan dan banyak lagi. Jelas demokrasi merupakan alat untuk Barat menjajah negara lain pada hari ini. — SinarHarian.com.my

Comments

Anonymous said…
Boleh baca di sini untuk memahami tentang demokrasi...

http://drmaza.com/home/?p=591...


1.Mufti PeRlis ka yang akan bertanding atas tiket PKR??

2. DAP letak calon Melayu dan beragama Islam untuk melawan calun berbangsa Cina MCA di tempat mejority Melayu yang di gadaikan kerusi oleh UMNO kepada MCA sebelum ini.

3. Lebih baik sokong Syaitan yang di kenali dari sokong Maklaikat yang tak kenal...tun Mahathir..

4. Malaikat itu maksud saya PR, dan Syaitan itu UMNO....Tun Mahathir..

cheguman said…
Anon di atas kurang bijak berpolitik apabila mentafsirkan kerusi yg diberi kpd mca sbg 'gadai' melainkan beliau seorg bukan melayu yg sedar kebijaksanaan umno berpolitik.

Azli, artikal ini agak berat apatah lagi dibentangkan dlm bentuk point. Saya cdgkan saudara permudahkan dgn huraian sendiri.

Apapun, saya akan siarkan dlm blog waadat sbb faktanya mmg bernilai.
Anonymous said…
Bijkasana UMNO....kahkahkahkah...

Bila gerakan dapat Kerusi Grik , dia panggil orang Melayu sakai....UMNO tepuk tangan....

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s