Tetamu Kehormat...

April 21, 2013

BN Bakal Tumbang di Gelang Patah? - Wajah-wajah Perosak

JOHOR BARU, 21 April — Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berumur 72 tahun itu diraikan seperti seorang bintang rock dengan ribuan orang bersorak dan meniupkan hon udara malam tadi pada hari pertama kempen di sini untuk Pilihan Raya 2013 bukanlah satu yang mengejutkan. Apa yang menarik pada perhimpunan di sini untuk kerusi Parlimen Gelang Patah adalah hadirin yang majoritinya Cina memegang bendera PAS bersama-sama dengan dengan mereka yang membawa logo Roket DAP.

Dan Kit Siang berjaya menawan perasaan ribuan yang berhimpun di sini atau mungkin pengundi Cina seluruh negara di atas tanggapan ketakutan terhadap agenda Islam PAS. “Mereka kata undi untuk DAP adalah undi untuk PAS. Apakah itu benar? Ya ia benar. Ini kerana undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, PKR dan Pakatan Rakyat. 

“Saya katakan di sini malam ini. Ini adalah pertempuran diantara masa lalu dan masa depan,” katanya disambut dengan sorakan bersemangat oleh orang ramai yang majoritinya Cina. Barisan Nasional (BN) katanya, mewakili politik masa lalu, dan untuk menguatkan hujahnya, beliau mengejutkan dengan memuji lawannya penyandang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. 

“Ghani Othman adalah orang baik. Saya akui dia membawa pembangunan dan kemajuan. Akan tetapi, dia mewakili masa lalu. “Beliau mewakili model pembangunan BN yang tercemar dengan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan.” PR, menurut Kit Siang mewakili masa depan dan Malaysia baru. Akan tetapi semangat orang ramai malam tadi tidak terhad kepada Kit Siang.

Apabila Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertanding kedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya berucap sebelum itu, hadirin bersorak dan mengibarkan bendera PAS dan DAP. “Kita membuat sejarah malam ini,” katanya. “Orang Cina memakai baju PAS dan memegang bendera PAS. Ahli PAS juga memakai baju DAP. “Jika Cina boleh pakai baju PAS maksudnya Umno boleh jatuh.” 

Kerjasama diantara DAP yang sekular dan PAS yang Islamis selalunya menjadi isu rumit kepada masyarakat Cina, akan tetapi pemikiran sedia ada telah bertukar oleh kerana perkembangan sepanjang 48 jam lalu. Selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) menimbulkan keraguan mengenai legitimasi pemegang jawatan DAP pada hari sebelum penamaan calon, parti sekular itu mempertimbangkan untuk menggunakan logo PAS bagi calon mereka.

Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan DAP untuk terus menggunakan logo roket mereka di Hari Penamaan Calon semalam, dan tawaran oleh PAS bagi DAP meminjam logo mereka telah menjadikan kedua-dua parti semakin rapat.

Dan persepsi meluas dikalangan masyarakat Cina DAP menjadi mangsa telah membantu memecahkan kesangsian berlarutan mereka terhadap agenda Islam PAS. Semangat kebersamaan terbaru diantara kedua-dua parti itu hadir walaupun MCA melancarkan serangan melalui pengiklanan secara besar-besaran untuk menyerang DAP yang dituduh menyokong agenda Islam PAS. 
 
Masih samar-samar sama ada kempen MCA akan berkesan, akan tetapi kerjasama DAP-PAS dilihat tidak mengurangkan semangat ribuan masyarakat Cina yang berhimpun untuk Lim malam tadi. Sorakan dan kegembiraan mendorong derma besar-besaran dengan lebih RM90,000 untuk jentera kempen parti.

23 comments:

kluangman said...

Seburuk buruk umno taklah menjadi pelacur babi dan sial pakai baju mca

sazaleeahya said...

Pada Aku korang patut belajar fahami maksud SIASAH dn DEMOKRASI.Ada kh dlm demokrasi menjadi sesuatu yg wajib utk memilih BN.Kalau wajib,korang patut minta kerajaan haram kn parti2 politik yg lain dn haram kn pilihanraya di Malaysia.Dn jgn lupa bubar kn SPR!

Zuhairi said...

Melayu Johor jangan jadi Melayu Singapura...hidup segan mati tak mahu. Dahlah orang Melayu yang sikit dipecahkan dalam kuota penduduk 76% cina, 15% Melayu, 9% lain -lain. Wakil rakyat Melayu hanya menang dalam kumpualan GRC...bukan atas dasar individu...Ini demokrasi yang Singapura banggakan...Tolonglah orang Johor buka mata dan prihatin nasib orang Singapura.

awang hitam said...

Hidup DAP...hancurkan Be End.....

Berita dari gunung said...

anak Melayu jangan lupa Lim Kit Siang pada tahun 1969 bulan Mei. Lim Kit Siang masih hidup, sudah tua, namun masih mahu kocak air dikolam yang serupa.

Kita tahu ubatnya.....

kpasu guy said...

masalah melayu adalah terlalu racist sangat....lepas tu kata bangsa lain racist ... fikirlah

seluangmelaut said...

Harap2 mereka faham ape yg mereka cuba lakukan sekarang ... dan kesannya juga. Melihat anak2 separuh umur berpolitik atau digunakan ... perkara yg berbeza

Tazz Mania said...
This comment has been removed by the author.
Tazz Mania said...

LKS, the father of 13th may 1969... It's hard to live at that time. DAP anti Islam and real racist...if you love peace, think many times b4 make decision...
...anak muda sekalian, fikirkan lah...

Tazz Mania said...

..dan di penang di bawah DAP cuba menghalau Melayu secara halus...harga rumah melambung tinggi...kedai org2 melayu diroboh...kalimah Allah dipergunakan dgn sewenang2nya...
anak2 muda yg dikasihi...jgn jadikan johor macm penang... fikirlah dgn waras...

Tazz Mania said...

DAP (Malaysia)= PAP (singapore)...
ramai melayu terutama artis s'pore berhijrah ke m'sia untuk mencari rezeki...ada juga ura2 kedengaran nak keluarkan penang dari m'sia mcm s'pore...ini semua angkara DAP!Ini yg dimaksudkan UBAH bagi mereka... wahai anak2 muda sekalian fikirkanlah...

yusniza ahmad said...

Betapa bodohnya comment yg mengatakan melayu racist kalau kami racist tak akan diterima bangsa lain di tanah malaysia ini. Org yg berkata demikian jenis yg tk sedar diri.

Tazz Mania said...

are they Malaysian? perhaps Singaporean...outsider shouldn't be interfering Malaysian...

Andi_Husin said...

Kita lihat keputusan pru 13 nanti. Orang2 melayu nie 'decision' sekarang bukan muktamat. Nt bila dah di depan kertas undi baru keputusan sebenar akan dibuat Apa yg kita nampak pada saat ini adalah kaedah tersulit orang2 melayu menilai dan mencari maklumat.
Kerana itulah bangsa melayu dikenali dgn 'last decision'. Kita boleh ambil contoh study untuk final exam.Exam pukul 8am, pukul 3,4 am boleh study lagi.keputusan xla bagus,namun lulus.Kan Survive tue. X heran labangsa melayu boleh survive lebih 3000 tahun lalu.
So, konklusinya Malaysia xkan dapat diperintah oleh PR, namun akan muncul pembaharuan dasyat dari BN xlama lagi.terima kasih

skodeng said...

budak2 muda tu lahir selepas merdeka.. tak rasa kesusahan utk capai merdeka, tak rasa kepayahan selepas merdeka bagi membangunkan Malaysia.... mungkin mereka2 itu terlalu maju tapi bodoh ! Inilah contoh melayu diperkudakan oleh DAP.rien 134

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

Melayu Malaysia akan menangis, setelah PR menang PRU13.
1. Hudud pasti tidak akan dilaksanakan.
2. Agama Islam dimansuhkan dari Perlembagaan Negara.
3. Keistimewaan dan kemudahan utk melayu serta anak2 melayu ditarik balik.
4.Kakitangan melayu disektor awam dikurangkan.

Jgn muda-mudi melayu sekarang kata "PAS & DAP dh kerjasama"... tp akhirnya manifesto bukan janji.. hudud ditepi.. akhirnya melayu tiada negeri... masa tu menyesal dah tak berguna lagi... Yang dah padam dah tak sesali tp yang tinggal ni..apa nak jadi.?

Longchepoh said...

kpasu guy

Melayu tak rasis. Buktinya 1 juta lebih kerakyatan diberi pada orang Cina dan 3 ratus ribu lebih orang India. Mereka tak nak balik ke negara asal.

Sejak lepas merdeka orang-orang bukan Melayu semakin lama semakin berani menuntut dan mencabar sesuatu yang dah kekal dalam perlembagaan sebagai hak Melayu. JADI SALAHKAH KALAU MELAYU MEMPERTAHANKANNYA? NGO MELAYU YANG KUAT MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU HANYA WUJUD SETELAH NGO KAUM BUKAN MELAYU SEMAKIN LANTANG MENCABAR.KALAU TAK ADA DONG ZIOU JONG TAK AKAN WUJUD PULA PERKASA. Untuk mengetahui sila lihat sejarah dan perkembangan isu-isu semasa. Jangan jadi katak bawah tempurung!!

mr din said...

aku x nak cucu ku lahir besok tak boleh terus ISLAM kena tunggu umur 18 tahun baru boleh pilih ugama apa nak ikut.

JANGAN DAH NASI JADI BUBUR ........



GEBU said...

Kesian kepada komen yang nak menakutkan orang2 Melayu.
Orang Melayu yang beriman tak menerima komen yang macam tu, mungkin diterima oleh orang Melayu Islam yang sama macam tukang komen dan tukang gempaq orang Melayu.
Jadilah orang Islam yang beriman yang apabila mati pun senyum.... macam cerita ALI BABA DENGAN 40 PENYAMUN... Mesej penting yang disampaikan oleh Tan Sri Dr.P.Ramlee untuk kita semua.

gasing said...

nak tanya gebu, pembelot dgn dayus tu iman ke ?

gasing said...

nak tanya gebu, pembelot dgn dayus tu iman ke ?

gasing said...

nak tanya gebu, pembelot dgn dayus tu iman ke ?

gasing said...

org munafik perasan alim.