Tetamu Kehormat...

April 1, 2013

Apabila Fitnah Datangnya Daripada Ulama...

1. Saya ingin mengingatkan saudara Khairulfahmi, bahawa beliau boleh menyaman Utusan Malaysia, tetapi jangan lupa UMNO juga boleh menyaman beliau kerana jelas memfitnah parti tersebut.

2. Bandingan yang beliau tulis amat jelas keterlaluan dan tidak masuk akal. Bahkan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib juga tidak setuju dengan perbandingan atau kiasan seperti itu. (klik di sini).

3. Khairulfahmi jangan lupa, bahawa PAS memang besar dalam PRU yang lalu bukan kerana undi daripada ahli parti itu semata-mata. Sebaliknya, terdapat sejumlah besar ahli UMNO yang membuang undi rosak dan memangkah parti tersebut. Menuduh/memfitnah UMNO (maksudnya ahli-ahli UMNO) menyebabkan PAS semakin hilang undi dalam kalangan ahli UMNO yang bersimpati atau tertarik dengan perjuangan mereka. PAS jangan mimpi menang besar tanpa adanya undi sabotaj daripada ahli-ahli UMNO sendiri. So, nasihat saya jaga mulut tu..jangan busuk sangat. (baca di sini).

4. UMNO atau ahli-ahli UMNO tidak pernah menzalimi saudara Khairulfahmi, tidak ada satu video lucah pun dikaitkan dengan saudara. Mengapa saudara tergamak membuat fitnah terhadap UMNO? (bacaan lain).

5. Allah pasti melindungi Rasulnya daripada sebarang keaiban dan fitnah, dan kiasan seperti di atas langsung tidak kena tempatnya dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana musuh utama Rasulullah, termasuk Abu Lahab dan Abu Jahal.

1 comment:

Anonymous said...

Apa yg dikatakan tu memang betul. Ia adalah kiasan tentang kebenaran tentang UMNO yg bermodalkan fitnah untuk hidup.