Tetamu Kehormat...

April 16, 2013

Alhamdulillah..Bos Saya Dipilih Menjadi Calon DUN Bukit Chandan

Akhirnya terjawab sudah siapakah calon bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan dua buah DUN dalam kawasan tersebut. Seperti mana yang pernah saya tuliskan dalam posting saya bertarikh 4 Disember 2011 akhirnya ramalan dan suara anak muda Kuala Kangsar didengar oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Terima kasih kami ucapkan. Cuma harapan kami hanya satu - agar Wanita UMNO yang diketuai oleh Naib Ketua Wanita UMNO Kebangsaan, Datuk Kamilia Ibrahim tidak terlalu kecewa dan sememangnya kami warga UMNO KK amat mengetahui kekuatan jentera wanita UMNO yang selama ini banyak membantu kemenangan calon-calon UMNO dalam kawasan Parlimen Kuala Kangsar. Oleh itu, marilah bersama-sama kita rapatkan saf agar berjaya menumpaskan petualang agama, bangsa dan negara. Berikut adalah calon BN untuk kawasan Parlimen Kuala Kangsar :

PARLIMEN KUALA KANGSAR 
DATO' WAN MOHD KHAI-RIL
Timbalan Ketua UMNO Bahagian

DUN N.34 BUKIT CHANDAN 

MASLIN SHAM RAZMAN
Ketua Pemuda UMNO Bahagian

DUN N.35 MANONG 

MOHD KAMIL DATO SHAFIE
Naib Ketua UMNO Bahagian

7 comments:

Budak Benteng said...

Syabas dan tahniah buat saudara maslin sham dan rakan rakan yang lain...

Azli Shukri said...

tq Tuan Budak Benteng

Uptown Gurl said...

tahniah buat rakan2 yang telah tercalon...

blog anda juga telah saya pautkan...tq..

faizmokhtar said...

wan ni tugul je bini dia mas yg overshadow (proxy sharizat). mmg sampai mati pun umno mcm ni la, x ubah2. sudahlah!!

SiamangBukit said...

Pernah jumpa YB Wan Khairil semasa menuntut di Plymouth Devon dulu.

Fazlie Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Fazlie Ahmad said...

Tahniah! tapi siapakah Bos saudara ini? Maslin Sham Rahman.. hmm 38 tahun dah jadi anak jati Bukit Chandan.. tak pernah pon sekali dengar namanya.. Sape saingnya nanti Ku IS kah?

Wan khairil tu OK lah.. local.. jiran saya sejak kecil.. adiknya pon rakan sekelas di sekolah dahulu...