Tetamu Kehormat...

April 25, 2013

61 Ahli UMNO Dipecat...80 Ahli PKR Pula Masuk UMNO...

KLANG 25 April - Sebanyak 80 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah membantu jentera pakatan pembangkang di Parlimen Kota Raja pada pilihan raya umum lepas mengumumkan keluar parti kerana rasa tertipu dengan pemimpin mereka. Beberapa wakil mereka membuat pengumuman itu pada Majlis Memperkenalkan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, T. Mohan di Pusat Daerah Mengundi Jalan Raja Nong, Taman Sentosa, di sini malam tadi. 

Yang hadir sama calon Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk S. Murugesan dan Ketua UMNO Bahagian, Kamaruzzaman Johari. Mereka yang terdiri daripada ahli PKR Taman Sentosa, Seri Andalas dan Kampung Jawa di sini turut mematahkan kad keahlian PKR masing-masing sebagai simbolik keluar daripada parti. Menurut salah seorang wakil yang hadir, Alias Taib, 46, beliau bertindak keluar parti kerana memdakwa pemimpin yang telah dibantu sehingga menang iaitu Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

"Janji untuk membantu rakyat tidak ditunaikan malah beliau jarang turun padang untuk mengambil tahu masalah kami. "Bila pilihan raya baru nak jumpa itu pun nak minta tolong kempen untuk dia. Saya dan rakan-rakan tidak akan bantu kali ini," katanya yang merupakan ahli PKR cawangan Taman Sentosa. Seorang lagi wakil, Zulkifli Abdul Aziz, 60, berkata, beliau dan rakan-rakannya akan membantu jentera BN sehingga menang di Kota Raja.

"Saya akan jumpa rakan-rakan atas pagar agar memilih calon BN. Mereka harus sedar hanya janji BN yang boleh dipercayai. Kalau nak harap janji PKR dah lima tahun, bantuan untuk warga emas untuk saya sendiri pun tak dapat," dakwanya. Tambahnya, beliau dan rakan-rakannya akan mengisi borang keahlian UMNO dalam masa terdekat. Sementara itu, Mohan pula mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan dan mengalu-alukan hasrat mereka. Dalam masa yang sama, beliau berharap jentera BN di setiap PDM akan memanfaatkan tempoh 10 hari yang tinggal menjelang pilihan raya untuk menemui pengundi dan membawa mereka kembali kepada BN. - UTUSAN ONLINE

2 comments:

skodeng said...

BN telah berjanji, menunaikan dan menzahirkan janji2... jangan pandang belakang lagi... yang belakang tu memang suke main belakang..

Azli Shukri said...

tepat sekali tuan skodeng