Tetamu Kehormat...

April 3, 2013

10 Calon Pakatan Rakyat Bakal Tumbang

Calon PAS Adun Selising, Saipul Bahrin Mohamad
Faktor kekalahan : Isu Moral. Bukan pilihan akar umbi.









Calon DAP Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
Faktor kekalahan : Akar umbi tidak mengenali, baru masuk DAP terus menjadi calon. Kawasan asal beliau ialah ADUN Pulau Manis. Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan yang terbuang. Ideologi perjuangan beliau dalam DAP dipertikai banyak pihak. Tiada kekuatan jentera penggerak.





Calon PKR Parlimen Bagan Serai, Dr. Mohd Nor Manuty
Faktor kekalahan : Tiada sokongan akar umbi. Bekas ahli Parlimen di kawasan tersebut Mohsin Fadzli Samsuri telah bertindak keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen bebas. PKR kawasan Bagan Serai lumpuh tiada jentera sokongan.





Calon PKR Parlimen Sabak Bernam, Dr. Abdul Aziz Bari
Faktor kekalahan : Tiada sokongan akar umbi, tiada pengalaman sebagai wakil rakyat dan ahli politik. Baru menyertai PKR terus menjadi calon. Tiada kekuatan jentera penggerak.





Calon PAS Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan at-Tantawi
Faktor kekalahan : Difahamkan tiada sokongan daripada akar umbi dan jentera PKR di kawasan tersebut. Temerloh merupakan kawasan PKR, PRU yang lalu calon ahli parlimennya adalah daripada PKR.




Calon PKR Parlimen Johor Bahru, Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein
Faktor kekalahan : JB merupakan kubu kuat UMNO dan Jeneralnya ialah  Dato' Shahrir Abdul Samad. Tan Sri Hashim tiada jentera kuat akar umbi di sana. Kurang dikenali dan tiada pengalaman politik. Peperangan di medan politik jauh lebih sukar daripada peperangan di dalam hutan.

Calon PAS Parlimen Baling, Brig-Jen (B) Datuk Najmi Ahmad
Faktor kekalahan : Sejarah Parlimen Baling adalah saling bertukar tangan antara PAS dengan UMNO. Ia bukan kubu kuat mana-mana parti politik. Ia kawasan sentimen. 1999 -PAS, 2004-UMNO dan 2008-PAS. Mengikut keadaan sekarang, jika UMNO meletakkan calon yang tepat dan diikuti gelombang perubahan politik di Kedah, Datuk Najmi InshaAllah tewas.
  
Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang
Faktor kekalahan : Dikenali sebagai wakil rakyat yang tiada kawasan sendiri. Sepanjang menjadi ahli parlimen, beliau sering bertukar-tukar kawasan. Dari Bandar Melaka ke Kota Melaka, kemudian ke Petaling Jaya, kembali semula ke Kota Melaka, kemudian ke Tanjong dan Ipoh Timur. Kini mencuba nasib di Gelang Patah, kubu kuat BN. Rakyat Johor menolak beliau.

Calon PAS Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub
Faktor kekalahan : Parlimen Pulai merupakan kubu kuat UMNO dipimpin oleh Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed. Salahuddin tidak mempunyai kekuatan akar umbi di kawasan tersebut.




Calon PKR Parlimen Indera Mahkota, Fauzi Abdul Rahman
Faktor kekalahan : Parlimen ini merupakan milik Azan Ismail (PKR) yang menang tipis iaitu 1027 mengalahkan calon UMNO dalam PRU ke-12 yang lalu. Difahamkan akar umbi PKR masih mahukan Azan Ismail sebagai calon dan kurang menyenangi Fauzi. Fauzi juga dikatakan tidak mempunyai kekuatan jentera di kawasan ini.





16 comments:

Anonymous said...

kelakar

PAPA GOMO said...

mantap....

Anonymous said...

semuanya muka kalah mati...hahaha..pastikan bn menang semua kerusi ini...bangkitlah rakyat malaysia jatuhkn semua muka2 ni yg beri banyak masalah kepada negara & menimbulkan kegelisahan kpd rakyat..

Anonymous said...

Bodoh, dah adat bertanding ada kalah ada menang. Aku rasa PR tak heran dgn kekalahan, yg sibuk2 benar takut kalahkan BN. Lagipun semuanya atas kehendak ALLAH, dia menentukan kalah atau menang.

Anonymous said...

Yang hang sibok apa hal penjilat puki jijah yang dah lama tak di jamah oleh nuar sebab tu hang lah yang ambil tempat

Anonymous said...

marah nampak anon 7:11

Anonymous said...

Tak pa kita akan lihat 10 calon sabelah mana yang bakal tumbang.kerena kita memileh calon yang tak rasuah.

Anonymous said...

PELUANG PAKATAN RAKYAT TETAP CERAH KERANA RAKYAT TIDAK MAHU LAGI PEMIMPIN BN YG KORUP DAN SALAH GUNAKAN KUASA. RAKYAT MAHU SEBUAH KERAJAAN YG TELUS, ADIL DAN BERINTEGRITI.

RAKYAT SECARA AUTOMATIK AKAN BERSATU DAN BANGUN MENOLAK BN
SY AMAT YAKIN PAKATAN RAKYAT AKAN MELANGKAH KE PUTRAJAYA KALI INI... IN SYA ALLAH.

10tahunduluumno said...

Rakyat bukan pilih calon ler...kami pilih parti yg ikhlas, amanah, takut ALLAH.sayang rakyat...bukan parti penipu, perompak,& penfitnah @ lembu kondo rm24j...info2 dr blogger yg cetek akal menghampiri kebodohan seekor lembu nfc....wakaka

warga kota bharu said...

Jangan kata diri kita lebih baik dari orang lain .. masa kuasa tidak ditangan BOLIH CAKAP TAK TERLIBAT DENGAN RASUAH ..
KITA KAN MANUSIA .. KALAH PADA NAFSU ..

Anonymous said...

TUMBANG jangan tak tumbang

TUMBANG UMNO
BUANG BN

Anonymous said...

Nur Jazlan-Pulai bakal tumbang jika dicalonkan lagi. Kalau majority ketua cawangan reject dia, apa lagi rakyat yang tak ber"parti". UMNO perlu cari calon lain. -Ikhlas, Penduduk Kempas-

Pato said...

Gile laa Anwar, Fauzi Pendek pun diambil jadi calon Ondera Mahkota. Ada ke orang sokong dia?

Anonymous said...

Dah rasa duduk dlm negeri bawah pembangkang ke...? Jangankan melangkah.. Nak berjogging & berbasikal kat putrajaya tu pun boleh.. Nama nak memerintah tu dlm mimpi je la 
Orang dah jelak lain tipu helah janji manifesto PR..

Anonymous said...

anwar bukan pilih calon yang rakyat suka...tapi pilih calon yang boleh main kotor masa pilihanraya nanti...anwar tahu dia akan kalah. anwar mahu pada calon yg boleh timbulkan huru hara...bukan calon yg boleh menang.

Anonymous said...

Hebat UMNO