Tetamu Kehormat...

March 25, 2013

Jamalul Kiram Tidak Tahu Erti Perang Gerila - Tun Mahathir

Pada tahun 1990, ketika saya bertemu kali pertama dengan Nelson Mandela selepas pembebasannya, perkara pertama yang beliau tanyakan kepada saya adalah bagaimana Malaysia mengalahkan gerila (komunis). Menurutnya beliau telah dilatih di Yugoslavia dan Libya, dan beliau diberitahu bahawa gerila tidak boleh dikalahkan. Jadi bagaimana Malaysia mengalahkan gerila? Saya menjelaskan bahawa dua perkara yang membantu dalam mengalahkan gerila di Malaysia. Pertama ialah keputusan untuk memindahkan semua penduduk yang tinggal di pinggir hutan dan meletakkan mereka di kampung-kampung baru yang dikawal. Kedua adalah kempen untuk memenangi hati dan minda rakyat. Mungkin Jamalul Kiram tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana Malaysia menguruskan gerila. Seruan beliau untuk melaksanakan perang gerila di Malaysia berdasarkan kejahilan. Ya, di Filipina, Moro menjalankan perang gerila selama beberapa dekad. Namun ia tidak menyebabkan mereka mencapai kemerdekaan. 

Akhirnya, MILF memutuskan untuk menerima pakai cara rundingan dan autonomi untuk wilayah tersebut. Malaysia mengikuti perjuangan Moro sangat rapat dan sedar bahawa perang gerila boleh terjadi. Ia boleh menyebabkan Malaysia kurang stabil dan selamat. Tetapi keadaan hari ini adalah memihak kepada Malaysia untuk mengalahkan sebarang cubaan kepada perang gerila oleh Kiram dan Suluk. Pertamanya hati dan minda rakyat sudah bersama kerajaan. Benar terdapat beberapa pihak termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak dengan kerajaan tetapi mereka tidak mampu untuk mempengaruhi minda dan hati majoriti rakyat. Kita tahu bagaimana mahu menempatkan semula orang-orang yang terdedah kepada keganasan atau dijadikan sandaran untuk menyokong penceroboh dan kita mempunyai wang untuk melakukannya. Dan yang paling penting adalah kita mempunyai pasukan keselamatan untuk melawan sebarang tindakan gerila yang mungkin dipujuk dan membahayakan nyawa mereka untuk perjuangan yang sia-sia. Askar dan polis yang terlibat memerangi pengganas di Lahad Datu amat terlatih dan dilengkapi dengan baik. Pasukan keselamatan Malaysia telah mewarisi pengetahuan dan kemahiran dalam peperangan anti-gerila. Semangat pasukan keselamatan Malaysia adalah sangat baik dan cubaan untuk menakut-nakutkan mereka dengan merosakkan jasad rakan-rakan mereka tidak berkesan. Ia bahkan menyebabkan pasukan keselamatan kita sangat marah dan lebih bersemangat untuk mengalahkan musuh. Ia hampir menjadi perang peribadi untuk mereka.

Rakyat Malaysia mesti berterima kasih kepada ‘anak-anak lelaki kita’ yang sanggup mati untuk negara. Ia bukan satu sandiwara. Ia adalah benar. Kematian dan kecederaan sebenar. Jika kita merasa selamat dan terjamin, jika kita merasa stabil dan bebas daripada ketakutan serangan gerila tersebut ia adalah kerana askar dan polis bersedia untuk mati mempertahankan kita. Jika mereka tiada, apa yang berlaku di Filipina boleh berlaku di sini juga. Kami tidak akan tenteram untuk menjalani kehidupan harian tanpa kepastian mengenai keselamatan kita. Keamanan dan kestabilan tidak berlaku begitu sahaja. Ada yang bekerja untuknya. Mereka bergantung kepada kesedaran kita dan sikap tidak mengambil mudah. Lihatlah sekeliling kita, lihatkan Timur Tengah atau Asia Selatan atau Amerika Latin. Lihat juga masalah ekonomi dan kewangan di Amerika dan Eropah. Kemudian melihat semula ke dalam negara kita. Saya fikir terdapat banyak peluang untuk kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjamin keamanan dan kestabilan.-24/3/2013 -Chedet.cc -terjemahan Agendadaily.

12 comments:

Anonymous said...

BENAR APA DIKATA OLEH SEORANG YANG WARAK DI TEMPAT SAYA .TUN MAHATIR INI DIHORMATI DI LANGIT KERANA KETEGASANNYA MEMPERTAHANKAN UGAMA ,BANGSA DAN NEGARA.JELAS ORANG ALIM ITU BANYAK WANGNYA TELAH DIINFAKKAN KEPADA ORANGORANG ISLAM TETAPI DIBUAT DENGAN SEMBUNYI SEMBUNYI.SYABAS TUN .JASAMU AKAN DIKENANG SELAMALAMANYA

belang said...

Bagaimana lagi kata2 perlu digubah menjadi ayat-ayat indah utk Tun Dr Mahathir bin Mohamad, cukup sekadar Alhamdullilah, Allah aw mengurniakan pemimpin yg baik utk Malaysia dan semoga belas ihsan Nya mengurniakan seorang lagi pemimpin jika tidak lebih baik maka setara seperti Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Alhamdulillah..

Anonymous said...

TUN SEBENARNYA MERUPAKAN LIABILITI TERBESAR BUAT UMNO SEKARANG. TUN HANYA DIPUJA OLEH AHLI2 UMNO YG TERASA KESAN KEMEWAHAN SEWAKTU TUN MEMERINTAH. SITUASI DAH BERUBAH. TUN SEKARANG DIPANDANG HINA OLEH KEBANYAKAN RAKYAT. MEREKA MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA TUN ADALAH PUNCA PORAK PERANDA DI SABAH SEKARANG DGN PROJEK IC BELIAU. SEBELUM INI TUN JUGA DIANGGAP PEROSAK KEPADA SISTEM KEADILAN DI MALAYSIA DGN SEWENANG2NYA MENGGUNAKAN KUASA KE ATAS SISTEM KEHAKIMAN, POLIS, SPR DAN SPRM. DITAMBAH DGN MENGURANGKAN KUASA RAJA2. RAJA2 DLM DIAM TIDAK LAGI MENYOKONG TUN KHUSUSNYA DAN UMNO AMNYA. INI JELAS DRP TITAH RAJA NAZRIN YG SECARA TAK LANGSUNG MEMINTA MELAYU MEMBERI SOKONGAN KPD PAS BERBANDING UMNO YG PEMIMPIN2NYA DILIHAT LEBIH KEPADA HIDUP MEWAH DAN BERFOYA2 DGN HASIL ROMPAKAN HARTA DAN DANA RAKYAT.

Anonymous said...

sy ingin menyarankan kepada anon 3:05 dan belang. ubahlah kehidupan anda sebelum terlambat. duduklah mengaji di surau dan masjid. mata hati anda telah dibutakan Allah kerana mungkin banyak makan duit yg haram. maaf, ini agakan sy saja.

Anonymous said...

Yang dah nyanyuk biarkan dia berkata-kata.Di mahkamah dia buat-buat lupa . Kita doakan Madeey di-panjangkan umor, semoga dia rasa dan lalui apa kejahatan dan pengkhianatan kepada negara ini yang telah dilakukanya.

Anonymous said...

saya sanjung Tun, kalo nak harap nik ajis. apa yg berani dia buat pun? asyik keluarkan fatwa yg menyesatkan aje.

Anonymous said...

Nik Aziz..nk pie naratiwat pun x berani..x dak teloq..doa jer la sepanjang masa tanpa usaha...x kemana pun walaupun serban besaq dr kepala..

Anonymous said...

Tun M asset terbesar negara....weldone Tun walaupun dah pencen tapi rakyat dan negara masih memerlukan Tun. Muka tenang jer....semoga Tun M dan isteri sentiasa di lindungi Allah.

Anonymous said...

.. seingat aku lah.. sekitar tahun 80an sewaktu PBS (parti dominasi kristian) berkuasa di Sabah, banyak pelajar2 islam sabah sukar nak dapat biasiswa dari yayasan sabah, ini adalah satu dari masalah saja. jika sekiranya ada projek ic yang di gembar gemburkan itu, aku rasa adalah untuk mengimbangi kuasa orang2 kristian di Sabah. aku rasa Tun M tahu apa yang di buatnya... bukan semua keputusan yang di buat oleh pemimpin negara perlu di canangkan kepada massa, kerana ingin menjaga banyak pihak. sekiranya mereka terpaksa membuat keputusan yang sukar demi kebaikan kaum masing2, rasanya akan di buat dengan amat berhati2. kita hidup dalam masyarakat majmuk yang rata ratanya kelihatan tenang d luar, tetapi percayalah, apabila terpaksa: rasanya semua akan memilih kaum sendiri. Jadi berhati hati lah kita apabila berkata atau membuat tuduhan. kadang2 kita cepat membuat hukuman tanpa mengetahui fakta2 yang sebenar.

Anonymous said...

alo sahabat sahabat hebat berkata macam macam perkara negetif pada TUN, jgan takbur sangat , tun adalah seorang pemimpin yang berani, sedangkan masa aku dimekah, beliau disanjung tinggi kerana ketegsan beliau terhadap islam, korang nie majoriti pembangkang, bawak bawak mengucap.. tengok cermin lah, cakap macam hebat, eh setakat ketua pebangkang yang sah sah dah senget mengamalkan kerajaan family, memang takleh lawan lah, ini negara malaysia, hak rakyat bukan hak family anuar, aku pun tak paham ada lagi bahalo bahalol yang sentiasa duk ikut bawah anuar and the geng, dulu aku sokong jugak pada pas, tapi apabila hassan ali pun dah keluar, apa cerita, apa pun, aku tetap sokong TUN, yang tak suka, pergi jahanam.. sekian..

fareezpro2 said...

Sanjung tun yang terang2an mengatakan hudud tiada dlm alquran?bior beno mu ni

Anonymous said...

Farez.bila masa tdm tolak hudud?tdm hanya tolak hudud pas yg tak lengkap cara pelaksanaannya dan draf undang2 itu yg sampai skrg tidak pernah pas kemukakan.pas jg pernah mengatakan untuk membuat draf itu memakan masa yg lama...yg kata hudud tak da dalam quran hj hadi.idiot...