Tetamu Kehormat...

March 1, 2013

Edisi Ramalan PRU Ke-13 : (Siri 2) Ramalan UMCEDEL)

Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional. Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara. Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti. Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012).

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar. Pengarah UMCEDEL, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini. Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus. Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun. "Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya. Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti. Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. (Sumber MD).

3 comments:

Anonymous said...

satu faktor penting yg perlu diambil perhatian bila sesuatu soal selidik dijalankan, mereka yg menyokong kerajaan bn tidak pernah rasa takut untuk menyatakan pendirian tetapi sebaliknya berlaku kepada mereka yg menyokong pakatan rakyat akan bimbang dan takut mungkin akan diambil tindakan, teraniaya dan sebagainya. oleh itu pastinya golongan 21% tadi kemungkinan besar adalah penyokong pakatan rakyat belaka. analisa sy menunjukkan bn akan kehilangan banyak kerusi yg disandang sebelum ini. perak, johor, sabah dan sarawak akan menjadi penyumbang terbesar penambahan kerusi kepada pakatan rakyat. sekali gus akan menyaksikan putrajaya tidak mampu lagi dipertahankan oleh kerajaan bn. umno hanya menggunakan senjata menakut2kan pengundi melayu bahawa orang cina akan berkuasa jika pakatan rakyat menang sedangkan mereka tidak tahu fakta bahawa dap hanya bertanding 50 daripada 222 kerusi parlimen. selagi orang2 melayu berjaya diperbodohkan oleh umno, selagi itulah umno akan menang di kerusi2 yg mereka tandingi. harus diingat, melayu tidak lagi bodoh seperti yg mereka sangkakan. anak2 muda cerdik pandai melayu akan menyelinap ke kampung2 untuk memeberi penerangan yg akhirnya akan menyaksikan golongan tua bersama2 berganding bahu dalam merealisasikan impian membentuk sebuah kerajaan baru yg bersih, adil lagi berintegriti. yg pastinya, pakatan rakyat akan melangkah dgn bergaya ke putrajaya. umno pula harus muhasabah diri dan membentuk kepimpinan baru yg tidak korup bagi menghadapi pru14 pula nanti. namun tun mahathir berpandangan bahawa umno tidak mungkin mampu bangkit semula jika kalah dlm pru13 ini.

Anonymous said...

Takpayahlh buang masa nk beranalisis..what really matters adalah pengundi matang..orng kampong..bangsa melayu yg xpernah lupa berterimakaseh dan bersyukur..lantaklh undian cina..dapbabi..pengikut paspisnkmampus dan pakatoons..bn akan menang..lebih kerusi dr zaman paklah biol tu..hakikatnye dh bg 5 negeri..dhlah xde kemajuan, pandai menipu lak tu..rakyat bukan bodoh..hanya para baghal dan bodoh saje yg menyokong pembangkang...

Darah Satria said...

x clear dgn fakta ini sebabnya ia hanya meliputi sesetengah pihak sahaja yang menilai.. tapi tak semua..

look & see apa pulak yang gua tulis dlm blog gua.