Tetamu Kehormat...

February 26, 2013

Sah! Rafizi Bertembung Ong Tee Keat di Parlimen Pandan

KUALA LUMPUR, 26 Feb —- Barisan Nasional (BN) akan menamakan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon secara langsung bagi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya 2013 setelah keputusan tersebut dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam mesyuarat "bilik perang pilihan raya" semalam. Keputusan tersebut kemudiaannya disampaikan kepada pemimpin parti komponen BN yang mana mereka diberitahu pencalonan Ong akan memastikan kerusi yang disandang oleh beliau tersebut sebagai "boleh menang" kepada gabungan tersebut. "Telah diputuskan supaya untuk segala perbezaan individu diketepikan dan melihat kepada populariti seseorang dikawasan tersebut," kata sumber yang mengetahui tentang mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider

Difahamkan BN berpendapat pencalonan Ong akan membantu gabungan kerajaan untuk meraih semula sokongan pengundi Cina kepada mereka yang dilihat semakin rendah ketika ini. "Sokongan Ong dikalangan masyarakat Cina sangat kuat ... itu akan membantu BN," kata sumber itu lagi. Ong telah diketepikan selaku presiden MCA oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa kemelut perebutan kuasa pada 2010. Beliau juga merupakan ahli parlimen Pandan selama lima penggal. Namun, awal minggu ini Dr Chua memberitahu media pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA bahagian Pandan bahawa Ong telah terkeluar daripada senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya 2013. 

BN pernah meletak calon bebas di bawah tiket mereka semasa pilihan raya 1995. MP Hulu Rajang ketika itu, Billy Abit Joo mencipta sejarah sebagai calon BN pertama yang bertanding sebagai ahli gabungan tersebut. Billy Abit tidak bersama dengan mana-mana parti komponen memandangkan tiada peruntukan untuk ahli BN melakukan sedemikian. Beliau kemudiaan menyertai Parti Rakyat Sarawak. Dalam Pilihan Raya 2008 lalu, Ong mempertahankan kerusi parlimen Pandan dengan mengalahkan calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya 22,275 undi. Kawasan Pandan adalah kerusi campuran yang mengandungi 55 peratus bukan Melayu dengan lebih separuh pengundinya berusia di bawah umur 40.

8 comments:

Pakatan Rakyat K.Gel 01 said...

Jikalau benar Ong Tee Kiat bertanding dng Rafizi Ramli, baru tak terkata kau Azli, nak bawa lagi semangat perkauman kau, bermakna org Melayu kena sokong Rafizi, mcm mana....

Kami dari PR tak kira kaum, yg penting, calun tersebut berkebolehan, kali ini kaum Tiong Hua pasti memilih Rafizi, tinggal org Melayu mcm kau Azli yg terkuntang kanting menyokong Ong Tee Kiat...... he..he..bodohnya org Umno......

Anonymous said...

kau ke bodoh atau azli yg bodoh!

Anonymous said...

Azli ler bodoh macam lembu.....

Anonymous said...

kalau x fitnah, bkn umporno namanyer! kalau x rasuah, bkn umporno namanyer! sesama umporno fitnah memfitnah, sogok menyogok, inikan pula dgn yg bkn umporno! menjwblah kamu d akhirat nnt, dgn fitnah2 n rm rasuah kamu, wahai golongan umporno!

Andi_Husin said...

xpayah gaduh-gaduh..kita tengok pru 13 nanti..kan senang..tq

Anonymous said...

Cakap org,parti kencing rakyat kau lagi la terbaik bab membohong & bab rasuah..Fitnah korang la terbaik smpai mintak bukti pun tak berani keluarkan..Kalimah Allah pun sanggup diperdagangkan..puih!!

Anonymous said...

Rafizi tiada peluang nak menang berdasarkan tindakannya sekarang yang membelakangkan orang Melayu.Walau siapa pun lawannya, Rafizi tetap akan kalah. Kewibawaannya telah tercalar. Aku kesian pada dia. Seorang yang berbakat dan berkebolehan tetapi tersilap memilih jalan perjuangan. PuteraNS

Anonymous said...

yg ckp umporno parti rasuah, mader kutty woi! x yah la nk petui petui! dah memg dasar umporno rompk rm rakyt mesia! ada kes org2 pas, pkr or dap yg songlap duit juta2? semestinyer umporno!