Tetamu Kehormat...

February 25, 2013

Manifesto PR : Tiada Agenda yang Jelas untuk Islam!

Sudah empat kali Pakatan Rakyat melancarkan manifesto mereka, yang terkini berjudul "Pakatan Harapan Rakyat" - namun apa yang cuba saya cari, tidak ketemu. Tiada agenda Islam yang jelas dalam polisi dan manifesto PR. Setidak-tidaknya, rakyat mengharapkan asas perjuangan PAS bagi melaksanakan Hukum Hudud termaktub juga dalam hala tuju PR, atau sekurang-kurangnya atas nama menghormati para pengundi PAS yang selama ini berhempas pulas memberi undi demi perjuangan parti itu- mampu dibalas dengan adil dengan meletakkan perundangan Islam sebagai asas keadilan nasional dan holistik di negara ini. Namun demikian, malang - semua asas perjuangan PAS tidak dapat dimasukkan di dalam mana-mana manifesto PR, apatah lagi mengimpikannya untuk diangkat sebagai polisi atau dasar negara. Yang jelas sekularisme dan pluralisme masih tetap kekal utuh mendominasi dasar politik PR. Soalnya berbaloikah "Tahalul Siyasi" yang dilakukan oleh PAS selama ini? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam. Baca di sini...

4 comments:

Anonymous said...

biar apa pun dakwaan. umat islam di malaysia rata2 nampaknya lebih yakin bahawa pas lebih terserlah dalam kesungguhan utk membawa ummah ke arah lebih islamik berbanding umno.

Anonymous said...

pas terselah? Uek. Kalimantan Allahpun PAS nik Aziz nak dijual. Tengok Muka dalam cermin.selama 23 tahun diKelantan Hududpun x Len dilaksanakn. Islam yang Nika Aziz Bawak Adalah Islam sesat Khawarij.

rosli osman said...

Pas lebih terselah dengan songlap duit memali, harakah pula lebih cekap ptar belit titah dymraja nazrin, nik aziz dan hadi lebih terserlah pakar menghina dmm lagi

Fiqa Nsz said...

Umat Islam di malaysia rata2 nampaknya semakin TIDAK YAKIN dengan PAS. Ya. sokong @rosli osman