Tetamu Kehormat...

February 28, 2013

Edisi Ramalan PRU Ke-13 : (Siri 1) Ramalan Chew Daily


Budak-budak pemantau media HQ PKR hari ini kena kerja lebih masa. Tak pasal-pasal. Satu mesyuarat khas akan dipengerusikan Dr Chua Jui Meng dalam masa terdekat, untuk menidakkan laporan Sin Chew yang Anwar sifatkan sangat ‘damaging’ dan merosakkan markah politik PKR pada waktu ini. Antara yang dikemukakan oleh Sin Chew – berdasarkan kajian politik yang dilakukan oleh ASLI:-
BN akan menang dengan jumlah kerusi 123.

1. DAP akan tampil sebagai parti paling dominan di dalam PR (menang 35-40 kerusi);
2. Melayu luar bandar akan kembali memberikan sokongan kuat kepada UMNO;
3. India akan kembali bersama BN;
4. MCA akan kehilang banyak kerusi (Gelang Patah, Kulai, Tanjong Piai dan Lumut);
5. PKR tidak akan mampu mencapai kejayaan 2008;
6. Peluang Anwar untuk menjadi PM dengan sendirinya kabur;

Laporan khas Sin Chew ini mendapat perhatian luar biasa Anwar. Sudah mula melompat dan mahukan kajian ‘damage control’ segera dilakukan oleh Merdeka Centre atau Institut Rakyat dalam masa yang terdekat ini. Jika benar situasi ini terjadi, kedudukan PKR di Selangor juga akan banyak bergantung kepada performance DAP. Ini perkara yang paling Anwar cuba elakkan. Dengan kelemahan Khalid Ibrahim, laporan ASLI ini, pada hemat Anwar – mempunyai kredibiliti. 40 Parlimen milik DAP akan dengan sendirinya meletakkan Anwar sebagai ‘second-in-command’ kepada Pakatan Rakyat. Situasi yang amat mengerikan kepada jentera PKR. Jauh benar beza kerusi DAP dan PKR. PAS – juga jauh ketinggalan. (Sumber AIDC)

2 comments:

Anonymous said...

jangan nak mengarutlah. daripada analisa yg sy buat, pr akan kuasai kerusi parlimen dalam lingkungan 130 kerusi. perak, johor, sabah dan sarawak akan menyaksikan pertambahan tumbangnya kerusi bn kpd pr dalam kuantiti yg agak besar. orang2 melayu di pedalaman hanya tertipu dgn mainan umno bahawa melayu akan hilang kuasa bila dap memerintah. namun mereka telah disedarkan oleh anak2 muda bahawa dap tak mungkin memerintah kerana hanya bertanding 50 drp 222 kerusi parlimen. umno terus menerus memperbodohkan orang2 melayu di pedalaman.

Anonymous said...

heheheh.. mengong punya statement.