Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Mahathir Menyerang Lagi...

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Tun Dr Mahathir hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur. Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan hebat dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina. “Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc. Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit. 

Kita Tetap Yakin Kepada Allah - BN InshaAllah Menang Besar

Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah. David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas. Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama . Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam. Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang. "Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk me

Setelah Puas "Membelasah" Syed Mokhtar al-Bukhary, Kini Mokhzani Pula Sasaran Anwar Ibrahim

GERIK, 5 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013. Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani. “Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak. “Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu at

Demokrasi Harus Mati!

1. Pernah satu ketika Uthman Al Huwairith mengisytiharkan dirinya sebagai raja kota Makkah setelah mendapat dukungan kerajaan Rom, namun akhirnya dia mati dibunuh.  2. Malah semasa Rasulullah SAW berdakwah, Uthbah Ibnu Rabi’ah datang kepada Nabi lalu menawarkan jawatan raja kota Makkah kepada Baginda dengan syarat berhenti sebar Islam. Dua kes ini menunjukkan Makkah tidak memiliki raja atau ketua negara, sebaliknya Makkah menjalankan sistem Demokrasi Perwakilan. Majlis mala’ dalam Darul Nadwah 3. Makkah mengamalkan sistem Perwakilan dipanggil Mala’ yang bersidang di Dewan Darul Nadwah. Ahli Majlis Mala’ terdiri daripada setiap ketua kabilah di Makkah. Al Fasi menyatakan, setiap keputusan dibincangkan dalam Darul Nadwah perlu mendapat persetujuan wakil-wakil Mala’ yang lain, barulah keputusan akan dilaksanakan dan diterapkan ke atas penduduk Makkah. (lihat: Syifa’ al Gharam). 4. Oleh kerana itu Jawwad Ali menetapkan ada persamaan antara sistem pentadbiran

13 Hujah Terakhir Tun Daim Sebelum PRU Ke-13

1. Tun Daim berpandangan bahawa BN akan memenangi PRU ke-13 dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU ke-12 (tetapi tidak pasti sama ada mampu memperoleh 2/3 majoriti). 2. BN bakal kehilangan beberapa DUN dan Parlimen di Johor, Sabah dan Sarawak. 3. BN akan memperoleh kembali beberapa kerusi parlimen di Selangor, Kedah dan Kelantan. 4. BN kembali berkuasa di Selangor dan Kedah. 5. BN masih tetap tewas di Kelantan dan Pulau Pinang. 6. Peluang sama rata antara BN dengan PR dalam usaha memerintah Perak. 7. Masalah utama PR adalah tidak berupaya menunaikan janji-janjinya selama ini. 8. Tun Daim menasihat kaum Cina agar bijak mengundi pada kali ini, tanyanya "Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN?,” 9. Pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu banyak menguntungkan BN. 10.  Pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan. 11. DS Najib lebih bijak dan diyakini, berbanding Anwar yang lebih

Syed Mokhtar al-Bukhari - Taikun Muslim yang Bernasib Malang!

Nama Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari sangat dibenci dan sering dikecam secara jijik lagi kotor oleh Pakatan Rakyat. Tidak henti-henti mereka memburukkan usahawan muslim yang sangat zuhud lagi pemurah itu. Kebencian PR, khususnya DAP dan Anwar Ibrahim terhadap beliau sudah tidak dapat dibendung. Inilah nasib malang yang menimpa jutawan Melayu-Muslim yang baik, rendah diri dan dermawan. Mengapa mesti Syed Mokhtar dihina dan dikeji semahu-mahunya. Mengapa Taikun lain tidak diserang sehebat Syed Mokhtar? Fikir-fikirkan. Mengapa mesti mahu dihancurkan perniagaan Syed Mokhtar? Mengapa tidak Taikun-taikun yang jauh lebih kaya daripada beliau? Mengapa Taikun Muslim seperti Syed Mokhtar yang "dilanyak" bersungguh-sungguh oleh Anwar Ibrahim? Mengapa DAP dan Anwar Ibrahim memilih Syed Mokhtar sebagai Taikun yang mesti diserang bertubi-tubi? Apakah agenda sebenar mereka? (Hanya Taikun Syed Mokhtar yang diserang tidak henti-henti oleh Pakatan Rakyat, tetapi tidak Taikun yang lain)  

Tahniah! Dato' Baha

PUTRAJAYA 15 Mac - Tokoh bahasa dan budaya Melayu, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) diumumkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara ke-12 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan Baharuddin dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, majlis pengurniaan anugerah itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lama lagi. "Pemilihan calon-calon untuk Sasterawan Negara berdasarkan sumbangan mereka melalui karya dan pemikiran terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera dan impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  "Panel telah mengadakan beberapa perbincangan untuk meneliti sumbangan dan kekuatan calon, dan akhirnya panel memilih Baha Zain sebagai pene

Dokumentari Sejarah Penubuhan Skuad Komando VAT 69

Ramalan Datang Lagi

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Sekumpulan pemikir majalah antarabangsa The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangkaan kemenangan itu adalah berdasarkan rekod BN yang cemerlang, agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kejayaan kepimpinan beliau selepas 2008. Kumpulan pemikir majalah itu, Economist Intelligence Unit (EIU) yang sering menjalankan analisis terhadap kebanyakan negara dan aspek industri menjelaskan baru-baru ini, sifat BN yang menepati segala janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 juga menjadi antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada parti itu nanti.  Menerusi laporan itu yang dipetik oleh laman blog www.thechoice.my , EIU menyatakan bahawa pakatan pembangkang di negara ini kerap membuat janji yang terlalu berkos tinggi bagi mendapatkan kuasa dan ia adalah penghalang bagi mereka untuk menang dalam pilihan raya umum nanti. "Kumpulan pemikir itu berkata, tidak mudah ba