Tetamu Kehormat...

August 28, 2012

Kerajaan BN Zalim Kerana Beri Kerajaan PAS Kelantan RM286 Juta!


August 16, 2012

Nasharudin di Ambang Pemecatan

Nasharudin mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan Datuk Dr Hassan Ali, dipecat tanpa sebarang proses pembelaan diri. Jika ini berlaku, maka InsyaAllah hayat PAS dalam PRU yang akan datang semakin jelas gelap dan kelam. PAS tidak pernah belajar apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh ahli akar umbi selama ini...sayonara PAS. Takbirr.
 
KUALA LUMPUR 16 Ogos - PAS Pusat akan menyerahkan kuasa Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memutuskan tindakan susulan terhadap bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa. Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berikutan tindakan Nasharuddin selagi ianya tidak dibincangkan bersama Pimpinan Tertinggi Parti tersebut.
 
“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut. Malah parti juga belum memutuskan sama ada Nasharudin akan diberi surat tunjuk atau tidak, dan setakat ini kepimpinan pusat belum memanggil beliau untuk memberikan penjelasan” katanya. Nasharuddin yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat sebelum ini telah membuat kenyataan secara terbuka menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya rakan DAP dan PKR terus menentang Hukum Hudud.

August 15, 2012

Karpal Sudah Lama Sakitkan Hati PAS

Sejak dari dulu lagi Haji Hadi sudah tahu bahawa hati Karpal Singh sangat keras terhadap Islam. Kebencian Karpal terhadap Islam tidak boleh disembunyikan. Semua ulama PAS dan ahlinya tahu akan hal ini. Tetapi mengapa mereka masih tetap berdegil untuk berkawan dan bersekongkol dengan musuh Allah ini? Baca berita lama di bawah ini :

KUALA LUMPUR 6 Jan. - DAP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika Pas masih terus melaksanakan etika berpakaian bagi wanita bukan Islam di Terengganu. Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan membiarkan Pas bertindak sewenang-wenangnya ke atas hak-hak perlembagaan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini. "Saya juga mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menamakan pemimpin bukan Islam yang ditemui oleh pihak Pas untuk berbincang mengenai peraturan etika berpakaian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran peraturan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) yang wanita bukan Islam di negeri itu dilarang memakai baju lengan pendek, seluar jeans, skirt labuh berbelah dan skirt pendek. Pengumuman tersebut turut mendapat bantahan daripada pemimpin DAP lain yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati kebebasan kaum lain. Abdul Hadi dalam satu kenyataan ketika mengulas peraturan etika berpakaian itu berkata, kod pakaian ialah satu 'isu moral' bagi orang Islam dan bukan Islam. Abdul Hadi turut mendakwa bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin bukan Islam sebelum melaksanakan peraturan tersebut. Karpal menambah, mengikut apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, Abdul Hadi tidak layak untuk menyentuh isu moral. "Selain itu, mahkamah yang ada di negara ini juga adalah mahkamah perundangan dan bukan mahkamah yang membicarakan isu berhubung moral," katanya lagi. Sehubungan itu, Karpal meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya memberikan pendapat beliau demi meredakan kebimbangan bukan Islam terhadap Pas yang seolah-olah mengabaikan Perlembagaan Persekutuan.
 

August 14, 2012

Harun Din Dakwa Tiada Kafir Harbi di Malaysia

Harun Din mendakwa bahawa tidak wujud istilah kafir harbi di negara ini selagi mana tidak tertegaknya sebuah negara Islam. Maka, jelaslah bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dalam perspektif PAS. Jika Malaysia bukan sebuah negara Islam, maka apakah jenisnya negara Malaysia ini? Dengan kata mudah, jika Malaysia bukan negara Islam, jawapannya ialah Malaysia adalah sebuah negara kafir. Setuju atau tidak jika kita semua menggelarkan Malaysia sebagai sebuah negara kafir? Sedangkan dalam pada masa yang sama, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam. Tiada sebuah negara Islam pun yang sempurna di dunia ini - kecuali pada zaman Rasulullah. Perlu difahami dengan jelas bahawa kafir harbi yang dilabelkan dalam konteks sekarang terhadap DAP, bukanlah bermaksud menghalalkan darah mereka untuk dibunuh secara terang-terangan, sebaliknya DAP dengan apa juga alasannya adalah jelas merupakan agen kafir-harbi yang bergerak aktif atas nama demokrasi dan bersekongkol dengan musuh Islam di luar Malaysia. Maka, sebab itulah kita menggelarkan DAP sebagai kafir harbi! Mereka adalah agen kafir-harbi dunia yang bertenggek di bumi Malaysia atas pelbagai nama - menyokong kemurtadan, menyokong LGBT, menyokong kebebasan dan kesakmaan agama, menentang hukum Islam dan menyokong gerakan Kristianisasi. Semua ini sudah cukup membuktikan bahawa mereka adalah agen kafir harbi yang sangat tersusun gerakan organisasinya.

SHAH ALAM: Tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din. Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara. Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.

Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan. “Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.

“Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud,” katanya. Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah. Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

August 13, 2012

Video Anwar Ibrahim Tolak Negara Islam


Prinsip Anwar Terhadap Hudud Jelas!

Anwar Ibrahim sebenar sudah lama mengucap "No to Hudud", tetapi pelik bin ajaib PAS tidak pernah peduli dan mempertikaikan prinsip beliau itu. Walaupun sudah jelas dan terang lagi bersuluh - PAS tetap mahu meneruskan perjanjian syaitan dengan PKR dan DAP. Jika PAS menuduh kononnya DS Najib dan Tun Mahathir menolak Hudud, maka apakah bezanya dengan Anwar Ibrahim? Yang jelas, baik DAP mahupun PKR - kedua-dua buah parti tersebut 100% menolak Hudud, dalam soal ini apakah hukumnya PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP yang sudah jelas prinsip perjuangan mereka yang anti-Hudud? Sejahat-jahat UMNO, UMNO tidak pernah menolak Hudud, UMNO menjelaskan bahawa banyak lagi keutaman yang perlu diberi perhatian bagi menjamin hukum Hudud dapat dilaksankan dengan sempurna - sesuai dengan pandangan Dr. Asri dan ulama-ulama lain. Bahkan UMNO tidak mahu hukum Hudud dijadikan mangsa politik hanya kerana mahu meraih undi. Tun Mahathir pernah menyatakan dengan jelas bahawa Hudud yang ditolaknya ialah Hudud yang dibina atas persepsi PAS - yakni hukum Hudud yang hanya dikenakan ke atas umat Islam semata-mata, sedangkan hukum Hudud yang sebenar (disepakati ulama) adalah merupakan hukum yang dikenakan ke atas seluruh rakyat Malaysia tidak mengira agama dan bangsa - barulah keadilan dicapai dengan sepenuhnya.

Skandal Tanah, Talam, Air dan Unisel Lumpuhkan Kerajaan Boneka DAP di Selangor

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan mengapa sebahagian besar tanah yang dibeli daripada Talam Corporation Berhad (Talam) masih mempunyai kaveat pendaftar dan kaveat persendirian. Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, sebagai contoh, tanah di Danau Putra mempunyai lebih daripada 100 kaveat.

Menurut beliau, pencarian tanah yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan kepentingan tanah itu hanya dilindungi dengan satu kaveat yang dibuat oleh kerajaan PKR Selangor manakala kebanyakan tanah itu masih digadai kepada pihak bank. "Kaveat membolehkan pihak-pihak berkepentingan untuk menuntut hak milik tanah itu. Lebih banyak kaveat, lebih banyak pihak yang berhak ke atas tanah itu.

"Sekiranya anda membeli tanah yang banyak kaveat, sudah tentu anda bimbang kerana ramai orang boleh menuntut tanah tersebut," katanya pada sidang akhbar berhubung isu pembelian tanah milik Talam oleh kerajaan PKR Selangor di Wisma MCA di sini hari ini. Tee Yong memberitahu, kesemua kaveat berkenaan perlu dilupuskan sebelum tanah itu dapat dijual dengan harga lebih tinggi di pasaran kerana ia masih belum bebas daripada sebarang bebanan. 

Tambah beliau, pendedahan itu menunjukkan satu lagi contoh ketidakcekapan kerajaan PKR Selangor dan sesiapa yang menjadi penasihat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam transaksi tersebut sepatutnya dipecat. "Saya rasa orang ini tentu bukan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kerana dia sering menonjolkan diri sebagai seorang yang paling bijak dan ingin memberi gambaran bahawa dia seorang yang serba tahu," ujarnya. Dalam perkembangan sama, Tee Yong turut mempersoalkan mengapa hak milik tanah tersebut masih belum ditukar kepada kerajaan negeri atau anak-anak syarikatnya walaupun selepas dua tahun pembayaran dibuat kepada Talam. 

Menurut beliau, pencarian yang dibuat baru-baru ini menunjukkan nama Talam dan anak-anak syarikatnya termasuk Maxisegar Sdn. Bhd. dan Continental Heights Development Sdn. Bhd. masih tertera pada geran tanah sebagai pemilik. "Kita mahu tahu apa status sebenar hak milik tanah itu. Kerajaan PKR Selangor kata semuanya sudah selesai. "Siapakah yang berbohong? Dalam hal ini, geran tanah tidak berbohong," katanya. Tambah Tee Yong, kerajaan PKR Selangor juga perlu menyelesaikan gadaian bank pada tanah-tanah terbabit dan memindahkan hak milik kepada pihak-pihak yang berhak untuk melindungi kepentingan rakyat. Sementara itu, beliau mendesak kerajaan PKR Selangor menjelaskan tentang pemberian diskaun sebanyak RM64 juta kepada Talam sebagai insentif penyelesaian hutang lebih awal kepada Universiti Selangor (Unisel). 

Menurutnya, diskaun berkenaan hanya boleh diberi sekiranya Talam membayar hutang sebanyak RM248 juta kepada Unisel sebelum tempoh Perjanjian Tambahan yang dimeterai dengan kerajaan negeri terdahulu tamat pada 8 Mac 2008. "Bagaimanapun, insentif itu masih diberikan selepas kerajaan PKR Selangor dan Talam memeterai perjanjian baru pada 2010 iaitu dua tahun selepas perjanjian terdahulu tamat tempoh. "Talam tidak berhak mendapat diskaun kerana gagal mematuhi perjanjian ini. Kenapa ada layanan istimewa? Adakah ini berlaku kerana terlepas pandang yang menunjukkan tidak kompetennya kerajaan PKR Selangor?" katanya. Tee Yong berkata, pemberian diskaun tersebut amat tidak wajar dalam situasi Unisel sedang berdepan masalah kewangan yang meruncing pada masa ini.

August 12, 2012

Ilmu Bedah Tanpa Alatan Canggih


Hina Najib Mana Suara Ulama?

Blogger Pakatan Rakyat terus menyerang dan menghina DS Najib yang sedang menunaikan Zakat Fitrah baru-baru ini. Tanpa rasa berdosa dan bersalah..atas nama kononnya pejuang Islam, mereka mengutuk DS Najib sebagai menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas sewaktu membayar zakat fitrah baru-baru ini. Sebelum ini, puak-puak yang tak tahu dosa ini jugalah yang mengutuk DS Najib dan DS Rosmah sewaktu mereka mengerjakan ibadah haji tahun lalu. Baca penghinaan terkini mereka di sini..(klik).

August 11, 2012

Semakin Ramai Ulama Bangkit Menyeru Rakyat Tolak DAP

Hukum haram mengundi DAP adalah jelas dan bertepatan. Jika PAS mahu melaksanakan hukum Islam dan membentuk negara Islam melalui kerjasama dengan DAP maka ia adalah jelas dosanya. Islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan kaum kafir yang terang-terang menghina dan mengutuk Islam. Sebelum ini Mufti Perak sudah lama menunjukkan rasa bimbangnya terhadap penguasaan DAP di Perak, selepas itu semakin hari semakin ramai ulama yang ikhlas bersuara bahawa DAP merupakan sebesar-besar ancaman terhadap Islam dan umatnya. Terbaru Mufti Pahang dan Mufti Negeri Sembilan. Sebelum itu ulama pondok terkenal Tuan Guru Abdullah Sa'amah turut menghukum haram kepada sesiapa yang mengundi DAP.

KUALA LUMPUR 9 Ogos - DAP boleh menjadi satu ancaman kepada umat Islam di negara ini kerana pemimpinnya secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam. Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berkata, sehubungan itu, umat Islam wajar menolak sepenuhnya parti itu kerana ia bukan sahaja mengancam malah, boleh dianggap musuh kepada umat Islam. "Parti itu perlu ditolak secara total. Kita tidak boleh berkompromi kerana apabila dikaji dasar perjuangannya iaitu Malaysian Malaysia, mereka mahukan negara sekular yang non-Islamik. "Maka, kita umat Islam tidak boleh menyokong parti seperti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan beberapa tokoh agama mengenai hukum orang Islam menyokong parti bukan Islam yang secara terang-terangan menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Shahbudin berkata, walaupun Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi yang mengikut acuan Barat, pada hakikatnya ia masih sebuah negara Islam sejak dahulu lagi. Katanya, umat Islam juga wajar kembali kepada al-Quran bagi merujuk isu berhubung menjalinkan hubungan dengan orang bukan Islam yang menolak Islam, bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam. 

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Yusof Ahmad berkata, umat Islam pada dasarnya tidak boleh menjadikan orang bukan Islam yang menolak agama itu secara terang-terangan sebagai rakan kerjasama terutama di dalam politik. Katanya, ini kerana al-Quran dengan jelas sudah menyatakan mengenai perkara itu. "Secara umumnya orang yang menolak Islam tidak boleh dijadikan rakan bukan sahaja dalam politik tetapi dalam apa-apa hal sekalipun," katanya. 

Pendapat itu turut disokong pendakwah bebas, Zainal Abidin Yahaya yang berkata, umat Islam wajib menolak golongan kafir yang secara jelas tidak menerima ajaran Islam. "Tidak perlu tunggu DAP atau sesiapa pun membuat pelbagai kenyataan bahawa mereka tolak Islam, baru umat Islam mahu menolak mereka. "Ini kerana sudah jelas mereka menolak negara Islam. Kita kena tentang golongan seperti itu," katanya.


Fitnah Ini Milik Anwar...

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang. Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib. 

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan. Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap. Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, 

Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya. "Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net. Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan. Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang. Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka. Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.
 

August 10, 2012

Hukum Haram Mengundi DAP Berasaskan Fakta

28 Julai 2012 yang lalu Karpal Singh telah membuat kenyataan rasmi bagi mewakili partinya dan menolak segala pandangan peribadi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung isu hukum Hudud. Baca berita di bawah ini. Selama 55 tahun adakah kita mendengar secara berterus-terang MCA atau MIC menghina agama Islam dengan sebegini rupa?

AIR ITAM - DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam. Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai  pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.

“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.

“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya. Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut memberi amaran kepada MCA agar tidak berterusan memainkan isu hukum hudud di negara ini kerana menyifatkannya sebagai membuang masa dan tidak akan dilaksanakan.

“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini.

“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali," katanya ketika mengulas kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa Karpal sebagai orang menurut perintah ( yes man) kepada Pas. Seng Kok turut menggesa Guan Eng dan Kit Siang supaya meletak jawatan kerana gagal menghalang matlamat Pas dari meneruskan cita-cita itu.

Lagi Fatwa Undi DAP Haram!

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Mufti Pahang menyokong kenyataan ulamak Umno dengan mengisytiharkan “haram” bagi umat Islam untuk menyokong parti sekular DAP, dimana sebahagian dari tokoh pemikir Islam mengatakan mereka sebagai “kafir harbi”, berbanding MCA dan MIC yang telah menerima Islam sebagai agama Persekutuan. Datuk Abdul Rahman Osman telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam untuk menyokong parti yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud seperti memotong tangan bagi pencuri. “Jika bukan Islam mahu menentang atau tak bersetuju, itu bukan kewajipan kita untuk membantu mereka,” kata mufti itu dalam akhbar milik Umno itu hari ini. “Tetapi dalam konteks parti, jika sesebuah parti itu menentang Islam, berdosa kalau kita menyokong mereka, seolah-olah kita menyokong gerakan untuk menghancurkan agama kita.” Semalam, ulamak Abdullah Sa’amah mengisytiharkan adalah “haram” bagi umat Islam untuk menyokong DAP, menurut akhbar Utusan, tetapi menurut pengasas sekolah agama Pondok Geting, Tumpat, Kelantan itu berkata boleh untuk menyokong MCA dan MIC kerana mereka menerima kewujudan Islam. 

Abdullah berkata umat Islam haruslah tidak menyokong DAP dan dua sekutunya PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 selewat-lewatnya April tahun depan. “DAP terus menentang perlembagaan persekutuan, mereka mahu persamaan antara Islam dengan bukan Islam, tokong dan masjid, mereka mahu persamaan,” kata Abdullah dalam Utusan semalam. “Adalah satu kewajipan untuk umat Islam dalam PAS, Umno, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menolak DAP dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi. Masyarakat Melayu yang beragama Islam adalah kumpulan terbesar dalam populasi Malaysia. 

Sayap kanan dalam pergerakan parti Umno, parti utama dalam Barisan Nasional, telah membuat desakan agar melaksanakan hukum hudud di negeri kubu kuatnya Johor. Setakat ini cuma Kelantan dan Terengganu telah meluluskan hudud sebagai undang-undang, tetapi tidak dilaksanakan kerana melanggar perlembagaan persekutuan. Satu kaji selidik telah dilaksanakan oleh badan bebas Merdeka Center bahawa sokongan pengundi Melayu terhadap BN merosot dari 65 peratus kepada 58 peratus pada Jun. Sokongan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang merupakan presiden BN juga menurun dari 79 peratus kepada 75 peratus dalam tempoh yang sama.

August 8, 2012

Lagi Skandal Talam Terbongkar!

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Selepas lebih sebulan dibongkar dakwaan penyelewengan hampir RM1 bilion berhubung isu hutang Talam Corporation Berhad (Talam) membawa kepada penemuan baru yang lebih mengejutkan apabila syarikat itu didakwa menjual aset hartanah bukan miliknya yang terletak di Bukit Ulu Yam, Selangor. Menariknya, penemuan mengejutkan di sebalik skandal tersebut didedahkan secara 'tidak sengaja' Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok dalam blognya yang mendakwa tanah di Bukit Ulu Yam itu milik SAP Holdings Berhad dan bukannya Talam. Sehubungan itu, Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong menuntut penjelasan kerajaan PKR Selangor yang mana jika benar tanah tersebut milik SAP Holdings bagaimana Talam boleh bertindak menjualnya sehingga kerajaan negeri kemudian 'mencadangkan' Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) membelinya. 

Beliau hairan bagaimana Talam begitu hebat sehingga boleh menyakinkan kerajaan PKR Selangor menjadikan KHSB 'pak sanggup' membeli tanah bukan miliknya dengan harga RM18 juta iaitu RM5.3 juta lebih mahal berbanding nilai pasaran yang hanya berjumlah RM12.7 juta. Katanya, tidak cukup dengan itu, pada 2010, kerajaan PKR Selangor menerima 60 peratus saham dalam sebuah syarikat yang mempunyai aset tunggal cuma 79.6 hektar di Bukit Ulu Yam dan belum memulakan operasi sejak diperbadankan serta mempunyai hutang berjumlah RM807,000 dengan harga RM4.2 juta. "Kami tuntut penjelasan kerajaan PKR Selangor jika benar pendedahan Teresa itu bagaimana Talam boleh menjual tanah milik syarikat lain dan kerajaan negeri sendiri bersetuju dengan perkara itu. Saya percaya status pemilik sebenar yang didedahkan Teresa ada kebenaran kerana beliau Exco. 

"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjawab kenapa kenyataan beliau berbeza dengan kenyataan pemimpin DAP Selangor? Pihak mana sebenarnya yang betul? Abdul Khalid atau Teresa?," katanya selepas membawa pemberita melawat tanah seluas 79.6 hektar itu di Bukit Ulu Yam, hari ini. Minggu lalu, Tee Yong mendedahkan bagaimana KHSB dikatakan dipaksa menjadi 'pak sanggup' bagi melunaskan hutang Talam apabila kerajaan PKR Selangor 'mencadangkan' pembelian tanah milik syarikat itu di Bukit Ulu Yam dengan harga RM18 juta walaupun mempunyai kecerunan kelas tiga dan empat iaitu melebihi 35 darjah. 'Cadangan' awal itu ditolak kerana hasil kajian 55 peratus tanah seluas 160 hektar tersebut tidak boleh dibangunkan namun, KHSB tetap diarah kerajaan PKR Selangor membeli tanah berkenaan daripada Talam tetapi ia kemudian dinafikan Teresa yang mendakwa tanah itu milik SAP Holdings. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilikan saham sebanyak 60 peratus ke atas sebuah syarikat yang tidak menyakinkan, Tee Yong berkata, ia mempunyai kaitan langsung dengan arahan agar KHSB mengambil alih tanah 'milik' Talam di Bukit Ulu Yam sebagaimana didedahkannya minggu lalu. "Persoalannya, dalam pemilikan saham ini adakah kerajaan PKR Selangor menjalankan penilaian harga secara bebas melalui penilai dilantik dan adakah terdapat sebarang usaha terutama dalam bentuk undang-undang bagi mengambil kira soal hutang RM807,000 yang ditanggung syarikat itu," katanya.

August 3, 2012

Lagi Skandal Lim Guan Eng...

SUNGAI PETANI 3 Ogos - Parti KITA hari ini meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan berhubung kemampuan seorang bekas kakitangan pejabat beliau memiliki sebuah rumah mewah di Jalan Chemor, Georgetown, Pulau Pinang. Bendahari KITA negeri Kedah, H"ng Sau Ping ketika mendedahkan pemilikan rumah teres dua setengah tingkat bernilai RM1.8 juta oleh bekas kakitangan itu berkata ia tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai staf pejabat Ketua Menteri. "Saya ingin bertanya kepada Lim dan memberi beliau masa seminggu mulai hari ini agar dia atau isterinya memberi penjelasan atau saya akan meminta izin beliau untuk mendedahkannya. "Kadar sewa di kawasan itu mencecah RM3,500 sebulan dan pasti dengan gaji yang diterima, pemiliknya tidak mampu tinggal di rumah ini kecuali dia ada hubungan istimewa dengan seseorang," kata H"ng kepada pemberita di pejabat KITA Sungai Petani di sini. "Saya dapat maklumat ini dari sumber kuat bahawa lokasi rumah tersebut tidak jauh dengan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas kakitangan itu juga masih bertugas dengan kerajaan negeri. "Sebagai seorang rakyat, saya berhak mengetahui perkara sebenar dan menuntut Lim telus dalam perkara ini kerana beliau sering mencanangkan bahawa DAP mengamalkan sistem telus," katanya. - BERNAMA
 

August 2, 2012

Tema Kemerdekaan PR "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" = "1Bangsa, 1Negara, 1Jiwa" , Manifestasi 1Malaysia

Akhirnya, Pakatan Rakyat melalui lidah Sasterawan Negara A. Samad Said secara tidak langsung atau sebenarnya secara tidak sedar telah mempromosikan maksud dan agenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui konsep 1Malaysia. PR memutuskan tidak bersetuju dengan tema sambutan Hari Merdeka yang berbunyi "Janji Ditetapi" sebaliknya mereka menukar tema tersebut menjadi, "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", atau dalam erti kata yang sebenarnya ia membawa maksud, "1Bangsa, 1Negara, 1Jiwa" = 1Malaysia. Maka, tergelaklah seluruh rakyat Malaysia, apabila PR sebenarnya telah mempromosi dan menyokong konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh DS Najib tanpa mereka sedari. Tak tahu malu punya PR. Takbir..Baca berita di bawah :

Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.

"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan seorang individu bernama Alhaimi Adam. "Kerajaan belum tentu akan terima, tapi kena ingat bahawa (cadangan tema) ini datang daripada rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan akan memutuskan sekiranya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan berasingan dengan tema alternatif tersebut, sekiranya kerajaan pusat enggan menukar tema kontroversi "Janji Ditepati".

"Itu kita akan bincangkan di peringkat pimpinan kemudiannya, tapi kita harapkan kerajaan dapat rasa denyut nadi rakyat ini sebagaimana (tema) yang dipilih oleh jawatankuasa ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut. Pakatan sebelum ini memberi tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menarik balik tema kontroversi itu yang menerima kritikan keras pelbagai pihak. Jawatankuasa tersebut juga kini membuka talian kepada para pengguna Internet untuk menghantar cadangan logo dan lagu baru yang selari dengan tema berkenaan. Tarikh tutup cadangan itu, yang perlu dikemukakan kepada sekretariatpakatan@gmail.com adalah pada 5 Ogos.

Siapa Sebenarnya Dipersimpangan....