Tetamu Kehormat...

February 29, 2012

Video Badrul Amin Mengenai Tanggungjawab Seorang Isteri



Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat. Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.

Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut. Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat. Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan. Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden (Baca di sini).

February 28, 2012

Sorry Tun Mahathir...Bab Ini Memang Aku Tak Sokong

Jadi...Inilah Antara Parasit Itu?

SHAH ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.

“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini.

Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.

“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.

“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi. Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.

“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,” tambahnya lagi. Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

February 20, 2012

Akhirnya Ada Juga Yang Peduli

Akhirnya..ada juga tokoh yang sedar akan hal ini. Saya sudah lama, bahkan berbuih mulut dalam Mesyuarat Agung Persidangan UMNO Bahagian Kuala Kangsar, mencadangkan agar peranan PAS diambil alih oleh UMNO, setelah PAS hilang identitinya sejak bersahabat baik dengan DAP. Sama ada suka atau pun tidak UMNO harus sedar bahawa ideologi Islam merupakan fenomena akhir zaman yang wajib didukung dan pasti mendapat sokongan ramai. UMNO wajib menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya bagi menggantikan PAS yang semakin hari, semakin mengikut telunjuk orang-orang kafir. Perjuangan Islam cara UMNO mesti dimartabatkan dengan kaedah dan cara yang dikehendaki oleh umat Islam di seluruh dunia. Sudah sampai masanya, Jabha Ulama UMNO (Barisan Ulama UMNO) ditubuhkan sebagai satu sayap baru atau majlis tertinggi parti yang mengawal selia agenda parti dari semasa ke semasa. Peranan ulama dalam UMNO wajib dinaiktaraf dan bukan sekadar menjadi sekretariat ulama muda atau membaca doa semata-mata. DS Najib diharap tidak terlepas pandang dalam isu ini. Tatkala keghairahan PAS mahu menggantikan UMNO semakin memuncak - UMNO seharusnya bijak mengambil peluang ini, untuk menggantikan peranan PAS pula. Transformasi Najib perlu mengambil kira fenomena ini.

KUALA LUMPUR 19 Feb. – UMNO diminta menggantikan peranan memperjuangkan Islam yang ditinggalkan Pas agar parti Melayu tersebut memperoleh sokongan padu daripada umat Islam terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, berdasarkan kajian akademik beliau selama ini, UMNO dilihat mempunyai beberapa kelebihan dari segi politik sekiranya parti pemerintah itu menggunakan pendekatan sedemikian.

Katanya, memandangkan Pas kini telah kehilangan identiti dan perjuangan asal mereka demi kuasa politik, maka UMNO sekarang menjadi tonggak kepercayaan golongan ulama dan cendekiawan Islam sebagai benteng akidah paling hadapan umat agama tersebut.

“Apa yang saya nampak, sekiranya strategi ini digunakan, sokongan terhadap UMNO akan bertambah kerana orang Melayu dan Islam ini tidak boleh dipisahkan.

“Dahulu UMNO dituduh parti bukan Islam, sekular dan sebagainya, namun kini mereka perlu mengambil ruang itu. Saya yakin UMNO dapat mengetuk pintu hati masyarakat apatah lagi ketika ini Pas telah berkawan dengan pihak yang ternyata menentang Islam.

“Pas bertukar ke arah liberal disebabkan strategi berpolitik baru mereka yang bermatlamatkan kuasa. Ini yang berlaku kini, berbeza dengan pendirian parti itu dahulu, yakni begitu fanatik. Kenapa ia berlaku? Kerana mereka nampak ruang dan peluang itu untuk mendapat sokongan daripada skop yang lebih besar,” katanya.

February 15, 2012

Fenomena Hassan Ali : Satu Rumusan Terbaik!

Oleh Hafiz Zainuddin. Walaupun rakyat secara umum sudah makin celik politik, tidak dapat dinafikan, masih ramai lagi yang mengambil sikap berdiam diri. Ada yang berpendapat, sekiranya banyak kerusi PAS tumbang pada PRU ke 13 nanti, ia disebabkan oleh Hasan Ali (gambar kanan). Dengan pengalaman sebagai motivator dan mempunyai karakter tersendiri, beliau cukup mudah memaut hati pendengar lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa.

Sedikit sebanyak, kebarangkalian sokongn pengundi juga boleh berubah begitu sahaja. Legasi AKRAB tidak hilang biarpun Hasan Ali terjun ke kancah politik. Dalam konteks Hasan Ali, isunya bukan apa yang dibawa, tetapi siapa. Contohnya kalau Umi Hafilda yang membawa isu murtad, mungkin orang tidak ambil pusing. Ya. Minda masyarakat kita telah lama dipesongkan.

Saya masih ingat bagaimana pertama kali saya mendengar pidato Hassan Ali ketika ceramah sulung beliau di Dataran Kampung Sungai Tapah, Gugusan Manjoi Ipoh sekitar awal tahun 2000 yang lalu. Dengn gaya, lenggok bahasa dan emosi yang tersusun, cukup saya katakan; pandangan baik saya terhadap UMNO berubah selama-lamanya. Orang mungkin boleh membuat andaian bahawa saya peminat Hasan Ali tapi terpulanglah. Ini pengalaman saya.

Sebab itu saya katakan, Hasan Ali sedang mencetuskan fenomena. Beliau juga tidak malu untuk menamakan perjuangannya sebagai kuasa ketiga walaupun perkara tersebut telah lama diperkatakan sejak PRU yang lepas.

Apapun pandangan anda, bersikap sinis atau sebaginya. Fenomena Hasan Ali bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ia tidak sama dengan Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin (gambar kiri, sebelah kiri), Gobalakrishnan mahupun Ibrahim Ali (gambar kiri, sebelah kanan) yang berpaling dari perjuangan pro-demokrasi dan pro-rakyat.

Kenapa fenomena Hasan Ali? Lihatlah pada roadshow yang diadakan. Hampir semuanya mendapat sambutan. Jauh sekali dengan ceramah Zulkifli Nordin mahupun Ezam yang lebih banyak kerusi dari pendengar. Pengaruh mereka tidak sehebat Hasan Ali dan orang pun tidaklah membenci beliau sepertimana membenci Ibrahim ali.

Natijahnya, sekarang Hasan Ali bebas. Bebas bersuara dalam kerangka ruang demokrasi yang tersedia. Bebas untuk menuntut dan menyatakan pandangan-pandangan beliau yang lantang menyuarakan kebimbangan terhadap kemaraan Pakatan Rakyat dengan gambaran buruk terhadap akan terhakisnya kedudukan Raja-Raja Melayu, survival umat Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan. Turut diheret adalah PAS sendiri dengan dakwaan bahawa parti itu didominasi oleh pemimpin sekular.

Walau apapun cemuhan dan dakwaan Hasan Ali terhadap Pakatan Rakyat, kesemua tomahan tersebut sama seperti apa yang telah UMNO suarakan sebelum ini.

Dengan memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat, Hasan Ali secara tidak langsung menjadi jurukempen bagi Barisan Nasional. Ironinya, ia seperti bertukar shift, beliau kini telah menggalas beban UMNO terhadap kesilapan lampau mereka sepanjang mentadbir kerajaan. Pertukaran shift ini bererti, UMNO boleh menumpukan terhadap kerja-kerja politik mereka yang lain dalam memaut semula hati rakyat.

Mungkin kalangan pimpinan maupun penyokong Pakatan Rakyat memandang sinis Fenomena Hasan Ali ini dan menyifatkannya sebagai "perkara biasa", "gila meroyan" dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tanggapan ini mungkin saja suatu kesilapan besar.

Di saat rakyat makin terdedah dengan maklumat penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan pentadbiran Barisan Nasional, Pakatan Rakyat pula telah digoncang dengan dakwaan dan pendedahan negatif pentadbiran dan persefahaman mereka. Kita tidak berani meletakkan apa-apa konklusi lagi terhadap penilaian rakyat melaikan selepas keputusan pilihanraya diumumkan, akan tetapi Pakatan Rakyat haruslah lebih serius dalam menangani Fenomena Hasan Ali ini.

Hasan Ali, walaupun kita mendakwa beliau sebagai orang yang mempunyai fikiran tipikal, kolot, ia langsung tidak memberi impak terhadap pandangan masyarakat yang juga masih tipikal. Inilah bahayanya. Mungkin, kuasa ketiga acuan Hasan Ali akan menambah bilangan undi rosak mahupun mengurangkan peratusan yang keluar mengundi. Apakah itu yang kita mahu?

*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

February 12, 2012

Hassan Ali Terlalu Sukar Ditewaskan...

Kepimpinan tertinggi PAS terlalu memandang rendah tentang keupayaan dan pengaruh Dr Hassan Ali - mereka membuat perhitungan yang silap dan tersasar apabila mendakwa kononnya pemecatan Dr Hassan Ali sebagai ahli PAS, sama sekali tidak mengundang sebarang musibah kepada parti tersebut. Pelbagai hujah dikemukakan agar rakyat tidak terpengaruh dengan Dr Hassan Ali. Tetapi, lagi dilanyak Dr Hassan Ali ini..makin kuat pula jadinya. Kelam-kabut dibuatnya. Para pemimpin tertinggi PAS terpaksa bersilih ganti menjawab dan menangkis segenap tuduhan yang dikemukanan oleh Dr Hassan Ali dalam siri jelajah peneranganya.

Dulu, mereka kata jangan dipedulikan Dr Hassan Ali, dia ini tidak berguna dilayan, tetapi kali ini, mereka juga yang terpaksa buat beberapa kali sidang akhbar dan yang lebih parah "para parasit" ini terpaksa pula menulis bersiri-siri kisah "mengarut" bagi menunjukkan kononnya Dr Hassan Ali begitu terhegeh-hegeh kemarukan jawatan Menteri Besar Selangor. Sudahlah mereka pecat Dr Hassan Ali..lepas tu tabur paku dan kaca fitnah dengan prasangka buruk yang amat jijik terhadap Dr Hassan Ali. Tiada fakta, tiada carta, tiada sandaran - semuanya adalah prasangka buruk. Inikah yang dinamakan sebagai saudara seIslam? Kita mahu segala dakwaan Dr Hassan Ali dijawab dengan fakta, dan bukan menyerang peribadi beliau melalui persepsi dan sangkaan buruk yang hanyir lagi kotor. Baca berita di bawah :

IPOH 11 Feb. - Gelombang kuasa ketiga yang dicetuskan Datuk Dr. Hasan Ali semakin kuat apabila lebih 15,000 orang hadir mengikuti ceramah beliau di Padang Kampung Pengkalan Pegoh, di sini malam tadi.

Jumlah tersebut jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kehadiran sekitar 6,000 orang semasa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berceramah di Langkawi, Kedah dan 5,000 orang di Kangar, Perlis beberapa hari lalu. Kedatangan Hasan ke sini ternyata mengundang kegusaran pihak tertentu apabila gambar muka beliau pada kain rentang yang dipasang diconteng dan poster beliau turut dikoyakkan.

Malah, banyak bendera Pas dipasang di sekitar kawasan tersebut terutamanya berdekatan tempat ceramah di Padang Kampung Pengkalan Pegoh. Pada program 'Selamatkan Akidah Umat Islam' itu, Hasan berkata, sepanjang tiga tahun 11 bulan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, beliau menghadapi masalah operasi yang cukup besar dalam soal akidah.

Katanya, dalam isu operasi berkaitan judi, arak dan maksiat, beliau menghadapi tentangan yang cukup hebat daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Namun, yang saya tidak faham sampai hari ini, pimpinan Pas menentang dan tidak sokong saya dalam soal arak. Yang menolak saya ini bukan ulama atau golongan pemuda tetapi parasit di dalam Pas," katanya. Menurut Hasan, golongan parasit itu duduk di dalam tubuh badan Pas tetapi hendak menjahanamkan parti tersebut kerana mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR.

"Kerana inginkan keredaan DAP dan PKR, biar hancur Islam, biar hancur Melayu dan biar hancur institusi raja," katanya.

February 11, 2012

Kalau Kena Batang Hidung..Semuanya Fitnah

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang didakwa terbabit dalam skandal perlombongan pasir di Selangor mengaku menerima bayaran daripada Double Dignity Sdn Bhd (Double Dignity) atas kapasiti sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei mengaku menerima enam kali pembayaran elaun untuk tempoh Jun hingga Disember 2009, manakala ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari menerima tiga kali pembayaran untuk tempoh Oktober hingga Disember 2009.
Suhaimi berkata, dia dipelawa pemilik syarikat Double Dignity, Adnan Abd Mokhtar untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat yang menumpukan aktiviti perladangan di Sabah dengan dijanjikan elaun sebanyak RM5,000 sebulan buat permulaan pada Mei 2009.
Beliau yang mengakui menyiasat syarikat itu terlebih dulu kemudian menyerahkan dokumen dan maklumat untuk menyempurnakan pelantikan sebagai lembaga pengarah pada Jun 2009 sebelum sekali lagi diminta Adnan untuk mengenal pasti calon sesuai mengisi kekosongan pada September 2009.

“Saya memperkenalkan Amiruddin yang kemudian bersetuju dilantik sebagai Lembaga Pengarah Double Dignity dengan segala butiran pelantikan diserahkan pada September 2009,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.

Hadir sama, Amiruddin yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Raja Petra dalam artikel yang disiarkan portal berita Malaysia Today, kelmarin mendakwa ada unsur rasuah dalam urusan mendapatkan kontrak melombong pasir antara Mat Suhaimi dengan seorang kontraktor menerusi beberapa pertemuan di Pulau Pinang dan Subang serta rakaman perbualan telefon mereka. Laporan itu juga mendakwa Mat Suhaimi meminta wang daripada kontraktor berkenaan antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010 antaranya RM35,000 untuk perbelanjaan Ramadan, RM10,000 untuk jamuan Hari Raya dan RM50,000 untuk kegunaan pilihan raya.

Mat Suhaimi berkata, semua bayaran diterimanya atas kapasiti sebagai lembaga pengarah kecuali RM10,000 yang diterima pada 30 September 2009 adalah sumbangan derma untuk aktiviti jamuan raya yang ditawarkan Adnan. Bagaimanapun, katanya, pemberian RM50,000 pada 5 Januari 2010 adalah pembohongan besar yang cuba memfitnah dirinya sedangkan ia pinjaman untuk membantu rakan dinamakan A yang memerlukan wang segera untuk membayar kontraktor bagi kerja ubah suai pusat asuhan kepunyaan A.

“Kali terakhir saya menghubungi Adnan ialah pada 23 Jun 2010 bagi mengembalikan pinjaman sebanyak RM50,000, tetapi Adnan tidak muncul, sebaliknya pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang datang ke pejabat pada 28 Jun 2010.

“Adnan tidak dapat dihubungi hingga kini dan wang berkenaan masih tersimpan dalam akaun syarikat milik pegawai khas saya, Azmin Karim,” katanya.

Mat Suhaimi mengecam cubaan mengaitkan fitnah itu dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melalui perbualan telefon yang disiarkan Raja Petra berhubung permohonan kontrak Double Dignity yang didakwanya tidak wujud.

“Perbualan itu adalah rekaan putar belit dan diselang-seli dengan perbualan sebenar yang mungkin dirakam,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, mencabar Mat Suhaimi dan Amiruddin membuat laporan polis dan menyaman Raja Petra jika dakwaan tidak benar.

“Perkara ini perlu dilakukan segera bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam skandal rasuah pasir yang membabitkan integriti dan nama baik mereka,” katanya.

February 2, 2012

Bulan Yang Belum Cukup Terang!

Idea ini baik - sangat baik. Namun demikian, yang dihitung adalah kejujuran dan ketelusan. Jika hampir 80% penduduk Malaysia, khususnya orang Islam, mahukan hukum Hudud, maka apakah ia akan diperjuangkan secara serius oleh PAS? Dan akan dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat serta Buku Jingga? Akhirnya, idea Husam Musa ini hanya menjadi retorik basi yang diulang-ulang setiap kali menjelang pilihan raya sahaja. Cukuplah wahai PAS bermain-main dengan nama Islam. Cubalah pada kali ini menjadi parti yang ikhlas. Islam itu tinggi. Maka tiada lagi yang lebih tinggi daripadanya. PAS wajib lebih tinggi daripada DAP dan PKR - itu adalah rumusannya.

KUALA LUMPUR, 1 Feb - PAS mengajak rakyat Malaysia untuk turut sama dalam penghasilan manifesto pilihan raya ke-13 parti Islam dengan memberi cadangan dan harapan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata manifesto parti itu menekankan harapan rakyat Malaysia selepas Barisan Nasional (BN) gagal menjadi pemerintah yang baik.

"Kita akan membuat manifesto pilihan raya umum daripada cadangan yang menjadi harapan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"Cadangan ini boleh dihantar kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, Facebook atau Harakahdaily. Kita lakukan ini dengan harapan kita dapat tahu hasrat rakyat dan apa yang mereka mahukan dalam sesebuah kerajaan selepas pelbagai keadaan yang kurang di bawah BN," katanya yang merupakan pengerusi jawatankuasa manifesto pilihan raya PAS.

Beliau menambah cadangan-cadangan yang sesuai akan dimasukkan ke dalam manifesto sebagai penhargaan kepada rakyat. Husam berkata cadangan itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan boleh di hantar pada bila-bila masa.

"Saya menjangkakan pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat...ia boleh dihantar," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan "Tawaran Jingga" iaitu tawaran manifesto Pakatan Rakyat yang menekankan dasar-dasar bersama tiga parti komponen. Manifesto itu menggabungkan Rangka Kerja Bersama dan Buku Jingga Pakatan Rakyat, yang mengandungi janji parti perikatan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas menawan Putrajaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih merahsiakan tarikh pilihan raya umum ke-13 namun BN dan Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera masing-masing sebagai persediaan. Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.

February 1, 2012

Yang Tak Mungkin Kita Lupa...



AIDCNews -01/02/12 – Video ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdurasi 7 minit 48 saat (di atas) yang disifatkan menyokong konsep sebuah ‘Negara Israel’ mula tersebar di internet sejak semalam.

“Saya mewakili pendapat ‘two states solution’ (solusi dua negara) bagi (menyelesaikan) konflik Palestin dan Israel” kata Anwar di Woodrow Wilson International Center (WWIC), Washington DC, pada 24 Jun 2010.

‘Two States Solution’ atau ‘Solusi Dua Negara’ adalah idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang berpengkalan di Brussels, dan Washington DC dinamakan International Crisis Group (ICG).

Dalam mesyuarat ICG yang diadakan di Vancouver, Mac 2007, yang turut dihadiri Anwar,(lihat juga bukti video di sebelah kanan) badan itu mengesyorkan idea ‘two-state solution’ sebagai penyelesaian terbaik konflik Palestin-Israel.

‘Two-state solution’ bermakna mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka, tetapi dalam masa sama Israel juga turut diiktiraf sebagai sebuah Negara Sah.

Menurut sourcewatch, ICG ditaja oleh yayasan-yayasan dana pro-Israel, termasuk Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang berbangsa Yahudi, George Soros.

Soros juga merupakan salah seorang ‘Executive Committee’ dan ‘U.S. Board Members’ ICG.

Anwar Ibrahim juga turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG, yang dilantik sekitar Jun 2006, ketika beliau menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK, sebuah institusi yang disebut-sebut di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.

Hujah Anwar ‘Two State Solution’, Sah ! Sokong Negara Israel !

Cukup Azizan..Cukup..Panas Telinga Aku Dengar Sindiran Engkau Nie..

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menegaskan “mahu mempertahankan Kedah dan menentang Umno-Barisan Nasional (BN) bukan parti perikatan itu.”

Beliau juga menyifatkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengambil pendekatan berunding dengan lima mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai pandangan peribadi.

Azizan juga turut menegaskan cadangan itu sepatutnya ditujukan kepada rektor KUIN dan bukan beliau yang hanya bertindak selaku pengerusi lembaga pengarah pusat pengajian tinggi itu.

“Apa yang beliau (Anwar) campur tangan dalam perkara ini, mengapa saya yang perlu berunding? Bukan saya yang berunding dengan mahasiswa itu tapi KUIN.

“Lagipun (kalau berunding) nak cakap pasal apa lagi, perkara ini dah lama...empat daripada mereka sudah masuk semula (sambung pengajian), selain itu nak berunding apa lagi sebab perkara ini dah dibawa ke mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti itu dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Selain mendapat kecaman dari kumpulan mahasiswa, Azizan turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun parti pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari pula mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.

Azizan turut menegaskan tidak mahu terlibat dalam pentadbiran KUIN dan menyerahkan urusan itu rektor.

“Saya sudah cakap saya tidak campur tangan dalam urusan KUIN, saya hanya pengerusi lembaga pengarah...saya bukan rektor, saya serahkan kepada KUIN,” katanya.

Dengan nada tegas Azizan mengingatkan Pakatan Rakyat fokusnya adalah untuk mempertahankan Kedah dan menentang Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita Pakatan Rakyat, bukan BN...fokus kita untk tumbangkan Umno-BN.

“Saya nak pertahankan kerajaan negeri Kedah, saya mahu kalahkanj Umno-BN...sebab itu saya tidak campur tangan urusan KUIN, biar KUIN selesaikan,” katanya.

PAS Bakal Menerima Hukuman!